Saturday 31 December 2016

Wanita Mangsa Pukul Lelaki


Wanita Mangsa Pukul Lelaki

Y seorang wanita lingkungan 37 tahun bekerja sebagai pembantu am pejabat juga merupakan rakan sekerja aku. Pada mula aku menyertai syarikat pada pertengahan bulan, aku menyapa Y dan minta pertolongan Y tentang kerja. Sebelum tengah hari pengurus operasi MP dan beberapa rakan sekerja lain mendengar teman lelaki Y, M memarahi Y sebab cemburu akan aku, aku pelik sebab musabab untuk cemburu aku, aku anggap Y seperti akak, kerana umurnya yang lebih tua.

Aku tidak mengendahkan hal itu, dua hari selepas itu, Y berpesan pada aku, untuk mengangkat tangan pada M, mengelakkan M cemburu pada aku.
Aku buat apa yang Y pesan.
Keesokkan hari Y cakap pada aku, yang M mengatakan aku peramah dan baik sebab mengangkat tangan, walhal aku dan M tidak pernah borak panjang. Hanya bertegur sapa.

Suatu hari pembantu am lagi satu A, terima panggilan dari M, mengatakan Y tak dapat datang kerja, kecemasan kepala kena jahit.
Aku cakap pada diri aku, wah bergaduh ke? Teruk ni... Tapi untuk bersangka baik, aku tidak mengendahkan.

Nak dijadikan cerita, pada suatu pagi M menghantar Y ke pejabat di tempat letak kereta, M menjerit memahari pada Y... Oh kau tak hormat aku ya..!!!
Aku penat jaga kau...!!
Ini balasan kau pada aku...!!
Pada masa itu, kebetulan aku dan pengurus operasi berada ditempat berhampiran. 
Kami bergegas ke arah mereka
Kami melihat muka M sangat bengis, tangannya menggigil, seperti orang kelaparan...
Dia cakap dah Y masuk kereta kita balik..!!!
Kau lebih pentingkan kerja dari aku..!!
Kita balik..!!
Hantar surat "resign"..!!
Syarikat tak perlu bayar gaji pun tak apa..!!

Kami bertanya kenapa ni?
M jawab.. Saya bukan apa Y lebih pentingkan kerja dari saya...
Saya suruh dia salam saja...
Kemudian Y menyorok dibelakang MP tangannya menggigil ketakutan
Pengurus operasi kata pada M untuk biarkan Y bekerja, kerana sekarang waktu untuk dia bekerja
Tanpa sedari hampir 10 orang berkerumun di tempat kejadian.

Aku menyuruh mereka semua pergi dan bawa Y ke dalam pejabat.
Aku cakap pada M, bro kau tak boleh buat macam ni, kau tengok semua orang takut kat kau, dah kau balik minum air banyak-banyak, relax tarik nafas dalam-dalam, aku perasan nafas M tercungap-cungap.

Aku cuba pujuk M balik ke rumah, kemudian aku perasan M sedikit tenang, nafasnya kembali teratur, tapi tangannya masih menggigil, kemudian M minta izin pada aku untuk bercakap dalam bilik mesyuarat untuk mohon maaf pada Y sebab tengking Y tadi.

Aku pun panggil Y, Y dalam tandas, ketakutan, tangannya menggigil, mukanya putih, merah, kerana ketakutan. Kemudian aku pesan pada M, kau tak boleh buat macam tu, tengking, sampai semua orang dengar, marah perempuan macam tu, M mohon maaf pasal peristiwa tadi.

Y pun sampai di bilik mesyuarat, M pujuk Y, bilik mesyuarat sepenuhnya kaca, jadi kami boleh nampak.
Selagi tangan M tak hinggap pada Y, kami tak boleh bertindak.

Selepas selesai komunikasi antara M dan Y, M cakap pada Y, sayang nanti pukul 5 petang I datang jemput ok...

Kami nampak M senyum, Y perasan, Y semakin takut...
M beredar dari bangunan pejabat, Y pesan pada kami, maaflah pasal kejadian tadi, Y pun cakap pada kami, tak tahu sama ada esok dia mati ke tidak...

Supervisor pengawal R pun singgah ke pejabat, menceritakan Y pernah tinggal seorang di sini dahulu, M datang pukul belasah muka Y, badannya lebam, bengkak, pengawal menelefon polis, kes tersebut menjadi kes polis, kes 3 bulan yang lepas.

Kemudian pembantu am, A pula menceritakan pada hari yang Y tak datang kerja sebab terima jahitan di kepala, adalah kerana M belasah kepala Y dengan vape.

Juruteknik H, pula cerita pada hari Y memulakan kerja di syarikat, Y memakai purdah, adalah kerana dibelasah oleh M di muka Y ada kesan lebam-lebam. H menambah, yang H tak boleh terima bila lelaki buat macam itu pada wanita, kerana H pun ada ibu, dan kakak-kakak, patutnya lelakilah yang jadi pelindung pada wanita, bukan pukul mereka.

Setelah aku mendengar cerita tersebut, aku minta Y lukiskan peta lokasi tempat dia tinggal, pada masa ini Y tinggal bersama keluarga M.
Y pun lukis pada kertas sambil menerangkan aku. Tiba-tiba M berada dibelakang Y cuba untuk memeluk, Y menjerit terkejut. Aku terkejut, tangan aku pun menggigil... Bila masa M masuk pejabat...

M menangis pada Y merayu, untuk tidak meninggalkannya.
Jam menunjukkan 5 petang, M cakap yang dia tak akan apa-apakan Y, M sambung yang aku boleh mengikut belakang kereta mereka sehingga sampai ke rumah.

Inilah peluang aku untuk mengingat jalan. Aku pun mengikut mereka sehingga ke rumah. Kemudian aku pun pulang.

Sampai dirumah, aku pun mewujudkan group perbincangan untuk menyelamatkan Y pada hari esok.

Aku nyatakan dua cadangan
1. Jika Y datang esok, sebelum masa rehat tengah hari seseorang perlu bawa dia keluar. Untuk pastikan Y dalam selamat. Bawa Y untuk membuat laporan polis. Kemudian rakan sekerja lain baru boleh laporan polis.

2. Jika Y tak datang esok pagi. Kita tunggu sehingga keluarga Y sampai untuk buat laporan untuk ambil Y dari rumah M, dan bawa Y terus ke keluarganya

Dalam pada masa yang sama, abang Y dalam perjalanan ke KL. Setelah seorang lagi juruteknik K menelefon abang Y dari kampung.

H hantar pada kami dengan pesanan

You are NOT my friend anymore, because you ARE my family FOREVER

😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭
---------------------------------------------------------------------------------

Keesokan harinya, pukul 7 pagi abang Y dah sampai pejabat, K pergi jemput abang Y. Aku bergegas ke pejabat.

Jam menunjukkan pukul 9:05 pagi, Y masih tak sampai pejabat.
Abang Y telah buat laporan polis menyatakan untuk mengambil Y dari rumah M

Aku, K, R dan abang Y ke rumah M.
Aku pesan pada abang U untuk tunggu sekejap untuk menyelesaikan masalah secara baik, mereka setuju.

Sampai dipintu, K disebelah dan R dibelakang.
Aku memberi salam, ayah M membuka pintu, dan aku meminta untuk bejumpa Y, Y datang ke arah aku, mukanya pucat, tangannya masih menggigil, mulutnya bergerak tapi tiada suara, aku nampak, "tolong, Y takut, bawa Y keluar dari sini"

Sampai Y keluar dari pintu depan rumah, aku menarik Y keluar tanpa selipar terus ke kereta abang Y, kami jumpa kembali di pejabat.

Sampai dipejabat, kami bertanyakan apa terjadi semalam, Y beritahu yang M cekik leher dan pergelangan tangan Y, tangan Y masih ada kesan merah akibat genggaman kuat M.

Kami menasihati Y dan abang Y membuat sekali lagi laporan polis. Dan berharap Y tidak lagi berjumpa dengan M. 

Y masih lagi proses penceraian dengan bekas suami. Kerana suaminya pantang nampak perempuan cantik. Bekas suaminya telah berkahwin lain.
Seperti keluar mulut buaya, masuk mulut singa

Cerita di atas adalah untuk menjadikan tauladan pada wanita, untuk berhati-hati memilih cinta, hati-hati dengan lelaki.

Langit tak semestinya cerah,
Awan tak semestinya mendung.

Itulah kisah Wanita Mangsa Pukul Lelaki.

1 comment: