Sunday 29 April 2012

Kenapa Perlu Politik..??

                       
Assalamualaikum, kali aku nak masukkan entry tentang kenapa perlu berpolitik..?? 28/4/2012 merupakan 1 sejarah penting..dan mungkin tidak akan dijadikan 1 peristiwa dalam buku sejarah di sekolah..hahah


Ramai orang kata, kita dah hidup aman sekarang ni, watpe nak adakan bantahan dan perhimpunan walau untuk menegakkan islam, nanti jadi macam syria dan negara2 lain baru nak nyesal..

Aman? aman? apa itu aman? maksiat berleluasa itu aman? korupsi tu aman? zina di mana2 itu aman? pecah amanah itu aman? rasuah itu aman? gejala sosial itu aman? dedah aurat dan dedah aib orang itu aman? fitnah sana sini aman?


Golongan ini hanya lihat aman dari segi kehidupannya saban hari yang senang lenang sahaja kerana tak susah hati melihat maksiat yang berleluasa atas muka bumi malah redha dengannya.. golongan ini boleh buat bodoh saja lihat maksiat itu berterusan.. tahu tak bahawa maksiat ni semua adalah bala? bala yang Allah timpakan sebab kita tak mahu mendaulatkan islam dalam kehidupan, dalam pemerintahan, dalam segala aspek..


Jadi, ubahlah mind set tu, aman adalah kehidupan dalam keadaan taat kepada agama Allah dan takut buat maksiat dan tidak berbangga dengan maksiat.
aku minat dengan statement kat atas ni..kenapa..??sebab bila aku buat statement kat FB ramai yang komen aku tak berminat dengan politik..ada jugak yang update status cakap mengarut r BERSIH...
dalam pemikiran aq senang je..bagi aku politik merupakan sesuatu yang mempengaruhi kita, bagi aku setiap yang berorganisasi adalah politik.

Bila orang cakap tak suka politik aku tanya dorg..bro betul ke ko tak ske politik..?? kita ambil 1 contoh mudah dalam solat jumaat..kalau seorang lelaki yang solat jumaat tanpa berjemaah apakah maknanya..? sendiri jawab r..

cuba tanya kita tanya diri kita pernah solat jumaat x bagi lelaki..?? kalau dalam solat jumaat itu ko ikut sape..?? imam..jadi kalau imam belum rukuk kita boleh rukuk x..?? tak boleh..kalau kita rukuk jugak..?? batal..(aku tanya, aq jawab..) hahah…kalau nak tahu itulah yang dipanggil politik..ada pemimpin dan ada yang dipimpin..

lagi 1 contoh..siapakah nabi Muhammad S.A.W..?? seorang pesuruh Allah.. kalau nak tahu nabi Muhammad ni seorang ketua Negara, ketua agama islam, ketua keluarga, panglima perang, seorang imam..nampak tak ape yang aku nampak..?? walaupun beliau seorang imam atau ketua agama islam ada tak dia terpisah daripada menjadi panglima perang..beliau masih telibat dalam semua aspek..



aku masih ingat lagi apa yang ayah aziz (Ust Nik Abdul Aziz Nik Mat) cakap agama dan politik tidak dapat dipisahkan..aku akan ingat benda ni sampai bila-bila..

sejak BERSIH ni ada aku rasa macam wow..!! hebatnya..rakyat Malaysia dah mula bersuara..kat sini aku sertakan 8 tuntutan BERSIH 3.0



Tuntutan Bersih :
1. BERSIH kan Senarai Undi (Daftar Pemilih)                          
2. Reformasikan Undi Pos
3. Gunakan Dakwat Kekal
4. Akses Media Yang Bebas & Adil
5. Tempoh Berkempen Minima 21 Hari
6. Kukuhkan Institusi Awam
7. Hentikan Rasuah
8. Hentikan Politik Kotor





Barulah kita tahu yang ramai yang tak berpuas hati dengan kerajaan..aku ada cakap gak dengan manusia yang suka sangat dengan kerajaan sekarang..betulka korg tak kisah dengan:-

1. kak ijat beli kondo rm 250 juta..??

2. kak rosmah beli cincin berlian..??

3. beli kapal selam tak boleh selam..scorpene sampai sekarang tak setle2..

4. kes altantuya..

5. minyak naik, dan terus naik

6. pasal Lynas..sedang Australia pon xnk..kita (malaysia) gak y ambil

7. harga kereta waja di arab Saudi rm 26K tapi kt Malaysia rm 60K


Semua guna duet kita..betulkah korg xkisah..

Aku pernah juga cakap dengan seorang executive pejabat, aku cakap en, walaupun saya pelajar, saya kena tahu pasal Negara walaupun sikit, sebab malulah kalau orang bercerita tentang negara kita tak tahu, dia cakap kamu betul..dia ada cakap kalau gaji rm 5K sebulan anak 2 orang sekarang cukup2 makan, rumah rm1K, kereta rm700, makan, tol, duit belanja anak..perghh memang susah bai~~




lebih baik aku save sebab kalau bagi link mengkin tak lama lagi dah kena delete

ni video sebab kenapa dorg terbalikkan kereta polis paper utusan, bharian, hmetro, tv3 ada tujuk ka..??

ni video peserta amal belasah polis..



-mzkesturi-

Thursday 26 April 2012

Itu rahsia, jangan tanya, NAJIB

Assalamulaikum, artikel paper bawah saja aku save buat kenangan...ni ke namanya negara yang mengamalkan demokrasi..??


Itu rahsia, jangan tanya

Oleh Hayati Ibrahim
ya_t@hmetro.com.my

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tersenyum dan tergelak apabila ditanya tarikh Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) sambil menyifatkan ia masih rahsianya dan hanya akan diumumkan apabila tiba waktunya nanti.

Malah beliau menegaskan sekali lagi perkara itu tidak perlu ditanya kerana disifatkan seperti bertanya kepada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Coca-Cola mengenai formula di dalam minuman berkenaan.
 



“Bila sampai masanya (akan diumumkan)...itu rahsia saya, jangan tanya. Ia seperti bertanyakan CEO Coca-Cola mengenai formula minuman Coca-Cola,” katanya selepas majlis pelancaran Silinder Gas LPG Komposit 1Malaysia (SL1M) di sini, semalam. Hadir sama, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Naib Presiden Faidhi Holdings, Hasrul Hisham Kassim dan Pengarahnya, Mohd Faidhi Fareez Abu Talib.





Ditanya mengenai kenyataan bekas Menteri Kewangan dan bekas Bendahari Umno, Tun Daim Zainudin yang meramalkan kemenangan Barisan Nasional (BN) pada PRU-13 di tiga negeri saja, iaitu Pahang, Johor dan Melaka, Najib berkata, macam-macam ramalan ada. “Saya tak mahu komen apa-apa, ada macam-macam ramalan dan sebagainya. “Pada saya yang penting sekarang kami buat kerja untuk menjamin kemenangan terbaik untuk BN,” katanya. Daim dilaporkan berkata demikian dalam wawancara eksklusif dengan akhbar harian berbahasa Cina yang diterbitkan semalam. Mengulas kadar gaji minimum, beliau berkata, perkara itu mungkin akan diumumkan ketika sambutan Hari Pekerja pada 1 Mei ini. Mengenai tindakan pembangkang enggan menyertai Jawatankuasa Khas Pemilihan (PSC) bagi meneliti isu berkaitan kilang nadir bumi Lynas di Gebeng, Najib berkata, beliau sendiri tidak tahu mengapa pihak pembangkang ingin memboikot jawatankuasa berkenaan.



Katanya, isu itu bukan soal politik, sebaliknya membabitkan kepentingan rakyat dan negara dengan jalan penyelesaiannya menjangkau soal politik kepartian. “Saya tidak anggap ini isu yang dibatasi atas pertimbangan politik, tetapi lebih kepada kepentingan politik dan negara,” katanya. Beliau juga meminta syarikat minyak dan gas di negara ini menukar penggunaan silinder gas LPG besi kepada silinder gas LPG komposit 1Malaysia yang dikenal pasti lebih ringan, murah, telus serta mesra pengguna dan persekitaran.
“Menerusi langkah ini secara berperingkat ia akan memberi sokongan kuat kepada produk berinovatif dan boleh digunakan pengguna dalam negara serta berpotensi dieksport.



“Saya berharap langkah seperti ini dilakukan syarikat minyak dan gas dalam masa terdekat,” katanya.ni die punya link tarak tipu la...
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Iturahsia_jangantanya/Article/index_html