Monday 31 December 2012

Adab Malam Pertama

Tajuk dia...perghh..tapi ni kan ilmu, ilmu yang tidak disampaikan umpama pohon yang tidak berbuah..

1. Suami beri salam bila masuk bilik yang dalamnya Isterinya...
2. Kedua Suami Isteri melakukan Solat Sunat Syukur...
3. Memegang ubun-ubun Isteri dan membaca Doa... Seumpama:




"Allahumma Inni As-Aluka Min Khairiha, Wa A-'Uzubika Min Syarriha..." (Ya Allah, Sesungguhnya Aku Memohon Dari Kebaikannya, Dan Lindungilah Aku Dari Kejahatannya...)
“Jika dari kalian menikahi seorang wanita atau ketika membeli seorang pembantu maka ucapkanlah: Ya, Allah sungguh aku meminta kepada-Mu kebaikannya dan kebaikan yang Engkau ciptakan atasnya dan aku berlindung kepada-Mu 

4. Menyuruh Isteri mengucap Dua Kalimah Syahadah; Bertanyakan apakah dia Rukun Iman, Islam dan sumpamanya...

5. Membaca Doa Jimak, Seumpama:



"Allahumma Jannibnasy Syaitan, Wajinnibisy Syaitana Ma Rozaqtana..." (Ya Allah, Jauhkanlah Kami Dari Syaitan Dan Jauhkanlah Dari Syaitan Apa Yang Akan Engkau Kurniakan Kepada kami...)
6. Tuuttt... (^_^)v

  Ustaz Azhar Idrus - Masjid Titian Baru (23/05/2012) 


-mzkesturi-

Monday 10 December 2012

~~Final YEAR~~

Alhamdulillah, lepas bayar yuran b'makna aku telah masuk sem 6 yaitu final sem untuk dapatkan diploma
result pon, cgpa xberubah..alhamdulillah..maintain~~

final sem kne serius skit rsenye..
tapi bagi aku ko kne stud smart jangan study hard
sebab menyusahkan diri sendiri
relax be cool, 
tapi be cool sgt pon xleh gak





bagi aku paling penting selain sari ibadah wajib adalah "TIDUR" kasi cukup
100% attention dalam kuliah



 wow kasi break itu wall~~


sebab aku letak pic ni,
aku ambil course Engineering Electronic Computer
jadi kena r biasakan dgn circuit


standard r setiap course y diambil mesti ada final project,
ni contoh project robotic,
aku xberani ambil risiko u buat robotic sebab aku tahu mmg susah.. 




kat bawah ni list subject final sem


AA301 - ISLAMIC CIVILISATION 

BA601 - Engineering Mathematics 5 (Pra Syarat BA501)

EC601 - Database System

EC602 - Computer System Diagnosis and Maintenance

EC603 - Embedded Robotic

EE601 - Project 2 (Pra Syarat EE501) 

EE603 - CMOS Integrated Circuit Design

EE604 - CMOS VLSI Layout Design 

PB201 - ENTREPRENEURSHIP


"EMBEDDED ROBOTIC"!!!!

 
nak buat camne...relax~~




wah pas ni kena r siap2 u grad..hahah

wahhh...
END OF SEMESTER
FINAL SEMESTER
FINAL YEAR

tapi aku selalu tanya diri aku 
adakah aku sedia untuk masuk dalam electronic industry?? services industry?? 
sebab aku tahu y paling susah adalah perkhidmatan kat situ hati kena tabah telinga kena tahan maki dengan customer..
sebab majikan sekarang berpegang pada customer always right


-mzkesturi-

Wednesday 5 December 2012

Pictures in 90's

Pictures in 90's semalam mama aku belek jumpe pic lama2, kat bawah ni banyak pic family je..


baju belang tu r aku

haiyoo banyak tembam..!!hahah

katanya muka aku cam anak orang puteh (baju biru)


aku dari kecik memang xleh berenggang ngn handphone hahah




-mzkesturi-

Monday 3 December 2012

Misi ke Everest Finish

Alhamdulillah 2/12/2012 merupakan tarikh akak aku balik dari Nepal.. jika 2/11/2012 Misi ke Everest  aku mendoakan supaya pergi dengan selamat apa salahnya kali ni aku mendoakan tanda kesyukuran kpd Allah kerana dah memudahkan urusan dan mencapaikan impian akak aku..

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
selawat dan salam ke atas junjungan besar NAbi Muhammad S.A.W..Ya Allah ampunkanlah dosa2 kami, dosa2 kedua ibubapa kami, serta dosa2 sekalian umat islam y masih hidup dan y telah mati seluruhnya..
 Ya Allah berikanlah kejayaan kepada kami dalam hidup dan mati kami, khususnya para muslimin di Palestine, Syiria, Afghanistan, Rohingya, dan seluruh para muslimin di seluruh dunia di setiap detik y kini sedang berperang ke jalanMu kerana ingin menegakkan agamaMu ya Allah yaitu Islam..

 Ya Allah aku bersyukur kerana Engkau telah memberikan kekuatan dan kejayaan kepada kakak aku Anis Zulaikha Zabani dan rakan-rakannya dalam misi pendakian ke gunung everest y telah berangkat pada pagi 2/11/2012, dan telah pulang pada 2/12/2012.. terima kasih ya Allah di atas segala kemudahan urusan mereka semasa menjalani aktiviti tersebut, perkenankanlah wahai tuhan sekalian alam










-mzkesturi-

Thursday 29 November 2012

Jodoh


Salam, morning  15 Muharram 1434..

Pagi ni aku nak cerita pasal jodoh..aku dapat ilham ni lepas aku mandi..tiba2 die datang jadi aku tulisla…pagi aku active kot, siap jog..tu r ada hadis mengatakan bahawa “Pemikirakan y Cerdas Bermula dari Badan y Cergas”

Jodoh, aku mendefinisikannya sebagai satu pertemuan antara satu dengan satu yang lain @ pertemuan antara 2 hala.

1. Jodoh antara manusia dengan Allah

Jodoh ini memang confirm..dalam surah Al-Zalzalah ada cerita..banyak lagi surah y menceritakannya

2. Jodoh antara manusia lelaki dan wanita



Haha..kalau bab ni confirm, dia punya elaborate panjang..tapi aku cuba make it simple..

Jodoh antara lelaki dan wanita memang telah ditulis dalam takdir.. Allah merahsiakan jodoh supaya dapat mematangkan para manusia.. Allah ingin menguji sejauh mana manusia bersedia atau tidak dalam menempuh segala ujian n cabaran.. Aku xmenolak kenyataan bahawa jodoh merupakan rahsia Allah

Jodoh memang telah ditakdirkan tetapi manusia tidak boleh hanya menunggu jodoh tu datang dan pergi.. “Jodoh Perlu di cari Seperti Manusia Mencari Rezeki untuk Menampung Kehidupan”

Tapi bagi aku, aku tanya pada diri aku (ni lah soalan y aku selalu timbulkan pada diri aku)

 i.   Adakah aku dah bersedia..?? aku nak  dan bakal menjaga anak orang ni..

 ii.  Aku, dosa pahala pun entah ke mana masih terapung-apung..boleh ke ko nak tampung dosa orang lain ni..??

 iii. Xpe la orang lain die dah jumpa sebab dorang cari..ko..??!! ye r duit xde..apa ko igt cari jodoh xguna dwet ke..??

 iv. Xpe simpan duit dulu, kalau ko couple skg confirm boros..lg 1 couple kan haram..macam ni ko nak tanggung dosa orang lain..?? halal haram pon xtw..

(kenyataan ni r selalu aku tanya kat diri aku dan kesimpulannya aku belum layak lagipun jiwa gua belum dikacau) hahah

Tapi aku xmenolak jika jodoh tu datang.. ingat jangan tolak takut xdapat



Aduhhh..sebenarnya banyak lagi aku nak cerita..tp len kali r

3. Jodoh antara manusia dengan benda 

Aku sentiasa percaya bahawa jika barang y kita sayang hilang, jika kita betul2 ikhlas, barang tu akan datang balik,

nak balik barang y hilang..kita kena b’doa, minta pada Allah..solat hajat..kan doa tu senjata senjata umat islam..dan ko kena percaya barang tu akan jumpa kita..insya’allah kita dapat balik..kalau x, kena r terima kenyataan, y barang ko dah hilang..dan doa juga r..mana tahu Allah nak bagi lebih baik..pokok nya “ALWAYS THINK POSITIVE”

tulisan kat atas ni betul2 aku buat..bukan copy paste..ikhlas dari hati..hahah

-mzkesturi-

Friday 2 November 2012

Misi ke Everest


Assalamualaikum, kali ni aku nak cerita skit pasal my sister, pg td aku, abang, n abah g hantar die ke KLIA (bkn anta tp tengok je..), fuhh.. jam 0400 aq dh mndi..pnye semangat…hahah..smpi kt KLIA dlm jam05++, lps solat subuh bru lah team akak aku smpi u check in, ada 8 org y pergi ke india 5 pelajar, 3 staff..dorg pergi u buat research..selama sebulan…
tajuk macam aku lak y pergi Everest hhehehe...

Aku ckp xde tipu r..ni buktinye..          




this is my sister 

 my siblings












            

To readers aq nk mnx tolong doakan akak aku
 Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
 selawat dan salam ke atas junjungan besar NAbi Muhammad S.A.W..Ya Allah ampunkanlah dosa2 kami, dosa2 kedua ibubapa kami, serta dosa2 sekalian umat islam y masih hidup dan y telah mati seluruhnya..
 Ya Allah berikanlah kejayaan kepada kami dalam hidup kami, khususnya y paling hampir yaitu final exam..
 Ya Allah berikanlah kekuatan dan kejayaan kepada kakak aku Anis Zulaikha Zabani dalam meneruskan pendakian ke gunung everest y telah berangkat pada pagi 2/11/2012, permudahkanlah segala urusan mereka semasa menjalani aktiviti tersebut, seterusnya berikanlah kejayaan kepada mereka yang terlibat
 perkenankanlah wahai tuhan sekalian alam




-mzkesturi-

Saturday 20 October 2012

Di Sebalik Majlis Pengijazahan Universiti


Majlis pengijazahan tinggi martabatnya dalam tradisi keilmuan di seantero dunia. 


Dalam majlis menyambut kejayaan penuntut dalam bidang masing-masing ini, graduan akan menyarung jubah dan diletakkan di atas kepala topi akademik (mortar board).

Dan kemudian siap sedia untuk menerima segulung ijazah daripada universiti.
Namun begitu, kini ramai yang beranggapan bahawa etika pemakaian dan pengijazahan ini hanyalah upacara rasmi universiti tanpa ada makna pengiktirafan ilmu.

Ada juga beranggapan bahawa ia upacara yang dicedok sepenuhnya daripada Barat. Jika begitu, dari mana asal tradisi ini dan apakah semangat di sebalik pemakaian topi akademik, jubah dan penerimaan ijazah?
Saya terpanggil untuk menerangkan secara ringkas empat aspek utama dalam majlis pengijazahan universiti yang perlu dihayati setiap graduan supaya berbekas dalam hati sanubari bahawa mereka sebenarnya membawa tanggungjawab yang berat.

Mereka memikul amanah guru untuk menyampaikan ilmu mereka kepada orang lain di samping menghargai sumbangan tamadun Islam dalam membentuk tradisi keilmuan dunia.
Tradisi pengajian hadis, tafsir
Istilah ijāzah berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud "kebenaran atau keizinan yang diberikan oleh guru kepada penuntut untuk menyampaikan ilmu yang dipelajari" (license to teach).

Tradisi yang asalnya diamalkan dalam ilmu hadis dan tafsir ini dibangunkan sejak abad ke-4 Hijrah atau ke-10 Masihi.

Kemudian, pada abad ke-12 Masihi, tamadun Eropah Kristian mencedok masuk ke dalam sistem pendidikan mereka dengan menggantikan istilah ijazah kepada licentia docendi.

Namun konsep itu mula dipisah-pisahkan kepada sijil, diploma, ijazah dan seterusnya. Berbanding licentia docendi yang hanya dikurniakan oleh universiti, penganugerahan ijāzah terletak pada hak guru.

Ini membuatkan guru pada waktu itu amat bersungguh-sungguh mendidik penuntut kerana mereka bertanggungjawab terhadap apa yang diajar dan apa yang akan diajar oleh anak murid mereka kepada orang lain.

Para penuntut pula bersungguh-sungguh mendalami ilmu untuk mendapatkan pengiktirafan daripada guru. Tempoh untuk mendapatkan ijazah juga tidak tetap kerana bergantung kepada prestasi penuntut untuk meyakinkan guru.

Inilah faktor penting mengapa taraf pendidikan dan budaya ilmu dalam tradisi pendidikan Islam dapat dikekalkan.
Kandungan dalam ijazah pula akan dimulakan dengan basmalah, puji-pujian kepada Allah dan Nabi Muhammad SAW dan para sahabat serta potongan ayat al-Qur'ān yang menyebut tentang ketinggian taraf orang yang berilmu.

Contohnya surah al-Zumar ayat ke-9. Kemudian guru akan menyatakan namanya dan berterima kasih kepada guru sewaktu mereka masih menuntut , nama penerima ijazah, akhlak serta prestasi penerima semasa menuntut ilmu dan pelbagai maklumat yang memaparkan jalur pewarisan ilmu (silsilah) mereka.

Ijazah kebiasaannya akan diberikan dalam bentuk buku kecil yang mengandungi maklumat hingga mencapai dua puluh muka surat dan lebih berbanding sijil zaman ini dalam sehelai kertas yang digulung tanpa nama guru yang mendidik mereka.
Al-Quran di atas songkok


Dalam tradisi pendidikan Islam, apabila seseorang itu layak diijazahkan, mereka akan memakai penutup kepala seperti kopiah atau songkok kemudian di atasnya akan diletakkan al-Quran (kini diganti dengan lapisan tebal berbentuk segi empat) dan kemudian diikat pada kepala si penerima ijazah.

Ia sebagai simbol ketinggian ilmu yang dimilikinya dan berikrar akan menyampaikan ilmu yang dikuasainya dengan tulus ikhlas dan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap ilmu yang dimiliki.

Menariknya jika dilihat zaman ini, ramai graduan secara berjemaah melontar topi mereka ke udara dengan muka yang ceria mungkin merasakan itu sekadar topi sahaja.
Jubah yang dipakai oleh penuntut dan guru mengikut warna masing-masing bertujuan membezakan orang awam dengan penuntut ilmu dan ilmuwan. Terdapat juga kisah di mana seorang menteri perlu menukar jubah menteri kepada jubah sarjana bila ingin membacakan hadis kepada pendengar.

Jika seorang itu layak mengajar, mereka akan disarungkan jubah yang digunakan oleh ilmuwan dan upacara ini masih diteruskan sehingga kini, terutamanya penganugerahan kepada penerima ijazah doktor falsafah.
Justeru itu, seperti mana mereka tidak dibenarkan meletakkan al-Qurann di atas kepala dan menyarung jubah akademik sehingga mereka benar-benar layak, seperti itu juga para penuntut universiti kini dilarang memakai jubah dan topi akademik sebelum mereka layak memakainya.

Begitulah ketinggian budaya ilmu yang dipaparkan dalam tradisi pendidikan Islam demi menjaga kesucian ilmu dan para graduan seharusnya menjiwai setiap maksud yang terkandung di dalam majlis pengijazahan ini.

Hari yang bersejarah ini sebenarnya bukanlah hari teristimewa antara graduan dengan keluarganya mahupun rakan sekuliah walaupun tidak dinafikan mereka juga penting, tetapi saat intim antara anak murid dengan guru untuk mengimbau pengembaraan ilmu mengajar dan belajar.
Dengan mendalami setiap perkara di atas, kita boleh membuat kesimpulan bahawa setiap peri laku dan pemakaian dalam majlis pengijazahan membawa makna mengiktiraf ketinggian ilmu.

Selain itu, tujuan mendapatkan ijazah untuk menyampaikan ilmu dan melaksanakan amanah yang diberikan oleh guru.

Namun, kini, apabila tujuan mendapatkan ijazah ditumpukan semata-mata hanya kepada kemahuan ekonomi dan pasaran kerja hingga makna ilmu itu tidak meresap ke dalam diri masing-masing; maka terjadilah gejala yang tidak menzahirkan nilai kesarjanaan.

Ia antaranya menari beramai-ramai di depan Dewan Canselor dan pelbagai sambutan yang didorong dengan hawa keseronokan walhal waktu ini mereka dihormati sebagai bakal ilmuwan, bukan penghibur.

 Oleh itu, adalah wajar ditanya kepada kesemua graduan, adakah kita berhak mendapat penghormatan sebagaimana dibincangkan di atas?

Sumber: Mohamad Firdaus Pozi, Malaysiakini

-mzkesturi-

Wednesday 10 October 2012

Ketika Cinta Bertasbih

Assalamualaikum, kali ni aku nak sampaikan ilmu sikit…
29 September 2012 merupakan terdapatnya program bual bicara “Ketika Cinta Bertasbih” y dihadiri oleh imam muda n ustazah pilihan..namanya xperlu disebut sebab aku pon lupa..nama xpenting y penting ilmu y disampaikan..hahaha..jom lihat menurut pandangan tokoh­­2 hebat

Cinta y didefinisikan oleh Hamka
Nak tahu siapakah Hamka..??google lah sendiri
Cinta terbahagi kepada:-
  1. Adil : adil bermaksud meletakkan sesuatu benda y kena pada tempatnya @ meletakkan Sesuatu y hak@betul
  2. Hikmah : kebenaran bukannya kebatilan
Menurut pandangan Sheikh ibnu Khattab
Sesiapa y cinta kepada sesuatu dia akan menjadi hamba kepada sesuatu itu dan,
Sesiapa y cinta kepada seseorg itu dia akan sentiasa menyebut tentang org itu..
Bagi contoh pada no 1:-
Mungkin kita dapat lihat @ mempunyai kawan y cenderung bermain game di computer, bagaimana mereka begitu obsess ketika bermain game sehingga makan, pelajaran, dan lebih teruk solat entah ke mana.. tu lah y disebut benda y paling ringan u dilupakan adalah solat..inilah contoh kepada no 1 “Sesiapa y cinta kepada sesuatu dia akan menjadi hamba kepada sesuatu itu”.

Cinta Menurut pandangan ibnu Qayyum

1. Cinta kepada pemilik yaitu Allah S.W.T

2. Cinta kepada Rasulullah S.A.W

3. Mukmin dgn mukmin dlm konteks keluarga

4. Sesama muslim @ sesama muslimah

5. Simpati antara manusia yaitu mengambil berat

6. Selain pd manusia spt harta

Muslim @ Muslimah bermaksud seseorg y beragama islam
Mukmin @ Mukminah bermaksud seseorg y beriman..utk jd seorg y beriman mmg susah..
Iman mempunyai 80 cabang, y aku tahu hanyalah:-

 i.   Sabar itu sebhg dr iman,
 ii.  Malu itu sebhg dr iman,
 iii. Kebersihan itu sebhg dr iman
  
Imam muda m’ceritakan@m’berikan cth tentang “Islam tidak menghalalkan cara” y agak pnjg dan lebar..aku cuba ringkaskan
Sang teruna = ST, sang Dara=SD
ST dan SD mencipta satu cinta y hebat, ST seorg pemakai purdah, ketika bulan ramadhan, SD menelefon, mengejutkan ST supaya bangun sahur, solat, jgn tinggal solat, makan minum cukup..mereka b’study group hanya b’dua…

dtg seorg sahabat menegur p’buatan ST & SD.. ST &SD xmengaku kesilapan mereka..sahabat m’berikan perumpamaan spt seorg islam=SI, tujuan SI buat ini adalah u memakan daging babi,
sorg islam menunggu seekor babi betina melahirkan anaknya..setelah babi t’sebut beranak, SI terus menyambut anak babi t’sebut tanpa jatuh ke tanah dan tanpa mengenai ibu babi tersebut krn klu kena babi jd najis mughallazah = najis berat..lalu anak babi tersebut diazankan oleh SI, sbg tanda halal..SI siap memberikan pakaian u babi tersebut menutup aurat dan memberikan makan minum y halal..setelah cukup umur babi tersebut SI menyembelihnya u dimakan..maka waktu itu hukumnya “TETAP HARAM” kerana “ISLAM TIDAK MENGHALALKAN CARA” samalah spt cinta ST & SD td..

giliran ustazah pilihan pula berpendapat:-

maksiat adalah perkara keji y di keji o syariat, Ustzh menasihat supaya ingin bercinta kita perlu formula “FITRAH”..Ustzh juga menasihat para wanita u sentiasa menutup aurat krn mata lelaki ni maha hebat sbb 
mereka mempunyai kelebihan u m’x-ray tubuh wanita “Kemampuan B’imiginasi y Sangat Tinggi” 

F: Fikiran

I: Inspirasi

T: Teknik Untuk Bina Cinta

R: Respond Tindak Balas Cinta

A: Aplikasi dalam Cinta

H: Hamba Kena Kembali Kepada Fitrah yaitu Kepada Allah
Janganlak korang tafsir fitrah macam ni lak

F: Fitnah

I: Induvidu

T: Tentang

R: Ransangan

A: Akan

H: Hawa
Sampai sini sajalah topic kali ni, Imam Muda dan Ustazah Pilihan byk menekan konsep cinta antara induvidu..mungkin ramai remaja, jd konteks die kecil..aku baru ingat nak minta terangkan cinta terhadap pemimpin khususnya PM1M..hahha..tp bagi aku:-
Ini apa y aku ckp kt diri aku, “ko jgn r nk bercinta, duit pon xde, abah n mama kasi, solat pon xt’jage, dosa pahala pon ntah pape, diri sendiri pon xt’jge, ni ko nk jge ank dara org..nk bg makan pe pasir..??”
Pesanan buat kaum hawa,
Xlupa pada lelaki juga,
Aurat haruslah dijaga,
Supaya terhindar neraka


-mzkesturi-

Monday 8 October 2012

As-Syifa’ bhg 1


Assalamualaikum, kali ni aku nak kongsi ilmu dari as-Syifa’ dan untuk melindungi makhluk halus. As-syifa’ bermaksud penawar. Info yang aku nak bagi ni aku ambil terus dari darul syifa' Sabak Bernam, jadi xsalah rasanya kalau aku kongsikan kat dalam blog aku, kan “ilmu xdiamalkan umpama pohon y xberbuah.” Lagi 1 “apabila tercabutnya nyawa anak Adam maka putuslah amalannya kecuali amal jariah, ilmu y bermanfaat dan doa anak y soleh. Jadi ilmu y dimanfaatkan dapatlah aku dividend bila dalam kubur nanti. Aku cuba untuk memberikan penerangan dengan jelas kalau xjelas aku minta maaf..

Langkah-langkah:-

1. Baca surah al-Fatihah setiap lepas solat fardhu dengan niat untuk melindungi diri dari makhluk halus. Caranya 
Katakanlah kita bermula dengan hari ahad, jadi bermula dari ahad sehingga hari sabtu, setiap lepas solat baca 1x al-Fatihah, kiranya 1minggu 5kali selepas solat fardhu baca al-fatihah, minggu ke-2 2x al-Fatihah, begitulah seterusnya.
1minggu = 7 hari, 1 hari = 5 solat fardhu, 7hari X 5 solat fardhu = 35x surah al-Fatihah, minggu ke-2, 2Xkali, sehinggalah minggu ke-7 = 7Xkali al-Fatihah, kemudian kembali balik kepada 1Xkali

2. Membaca al-Muawizat sebelum tidur dan selepas bangun tidur, (rasanya betul ejaan rumi aku), surah 3 khuld, 
a)      surah al-Ikhlas,
b)      surah al-Falaq dan
c)       surah an-Nas
Caranya,
Sebelum @ selepas tidur, lunjurkan kai ke arah kiblat, kemudian tadah tangan baca surah al-Fatihah dan muawizat, setelah selesai tarik nafas kemudian hembus perlahan-lahan ketapak tangan, sehingga habis nafas (jangan habis terus takut mati lak nanti) dan sapukan keseluruh badan yang tercpai oleh tangan.

    3. Ayat kursi, sebagai pendinding.
Bagi yang baru beli rumah @ baru menduduki sesebuah kediaman, bacalah ayat kursi dengan 9 waqaf @9 tempat berhenti, kalau nak tahu cara 9 waqaf, rajin-rajinlah buka al-Quran.
Caranya,
Membaca ayat kursi 9 waqaf, kemudian pusingkan badan mengikut arah tawaf @ arah lawan jam step nya , tiup ke kiri, dan 4xkali  ke kiri, (kiri, belakang, kanan dan depan)

Bagi yang selalu keluar @ balik malam, sebelum masuk ke dalam rumah, amalkanlah membaca ayat kursi dengan 9 waqaf, di depan pintu kemudian tiup dari arah kanan, atas, kiri, dan depan kemudian barulah masuk ke dalam rumah, kalau boleh basuh kaki sebelum masuk pon ok jugak..


4. Pendinding Dengan Ayat Penggerak @ Ayat sebelum pergi tempat yang disangka berisiko
Bagi sesiapa yang mengamalkan bacaan al-Ma’thurat pasti tahu ayat ni:-



Cara amalannya:-
  • Bila hendak pergi ke sesuatu tempat yang berisiko @ merbahaya, @ bermusafir @ balik kampong @ hendak membuat sesuatu pekerjaan yang berisiko @ pulang ke rumah daripada melakukan sesuatu pekerjaan yang berisiko, maka bacalah ayat ni 7 kali

- 
  •  Jika bacaan tersekat-sekat atau ada gangguan ketika membaca ayat ini, maka berehatlah dahulu. Setelah berehat, baca lagi sehingga 7 kali bacaan lancar barulah meneruskan perjalanan @ pekerjaan tersebut.

Dan ada lagi 1 ayat y boleh digunakan yaitu ayat 9 dalam surah Yassin, nak tahu ayatnya macam mana, rajin-rajinlah buka surah Yassin, ayat ini pernah diceritakan dalam sirah Nabi Muhammad S.A.W di mana, pernah suatu ketika rumah Rasululllah di kepung sekelilingnya oleh tentera kafir, dan maka turunlah ayat itu tadi, dengan izin Allah kesemua tentera tadi berasa mengantuk teramat sangat dan tertidur, dan Rasullulah berlalu pergi dengan selamat.


5. Pendinding dengan doa berkubu



Cara amalannya:-
  •  Berdiri mengadap ke hadapan (katakan kea rah utara). Baca ayat ini kemudian tiup sehingga habis nafas ke hadapan sambil menoleh kanan ke kiri.

  • Pusing ke arah kiri (sekarang berdiri ke arah barat). Baca ayat ini kemudian tiup sehingga habis nafas ke hadapan sambil menoleh kanan ke kiri.

  • Lakukan perkara yang sama untuk arah selatan dan timur.

  • Berpaling semula ke arah utara, baca lagi kemudian tiup ke bawah sehingga habis nafas. Baca lagi kemudian tiup ke atas sehingga habis nafas.

  • Akhir sekali (bacaan ke-7), baca ayat ini kemudian tarik nafas dan tahan nafas seberapa lama yang boleh kemudian hembus.
Sampai sini dulu step nya, kalau ada lagi akan ku update..(aku cuba untuk menghasilkan ayat seskema mungkin)heheh…

-mzkesturi-