Sunday 22 January 2017

Tips Beli Rumah + Beli Kereta + Kahwin Dalam Masa 3tahun : (Gaji RM2.6k)

Tips Beli Rumah + Beli Kereta + Kahwin Dalam Masa 3tahun : (Gaji RM2.6k)
=========================================================
.
Saya rasa kali ni better korang share dulu posting ni. Kasi park dulu kat wall masing-masing. Panjang posting kali ni. Ye la nak cover 3benda kan. Rumah, Kereta dengan Kawin dalam masa 3tahun. Ko rase..?
.
.
Ni kisah Ali yang baru jumpa dengan MZ malam sebelumnya untuk sesi perancangan kewangan.
.
Ali : Abu, jom kita beli rumah subsale nak..? Aku dengar boleh buat markup loan. Dapat cash back tu nanti boleh buat renovate rumah. Amacam menarik tak..?
.
Abu: Mantap gak idea ko tu. Tak sangka mereng-mereng ko pun, ada masa fikir masa depan gak ei. Siap bagi idea bernas lagi tu.
.
Ali: Aku bukan ape, sejak MZ ceramah aku malam tadi ada timbul keinsafan skit. Tapi tu la, baru keje 6bulan ni. Mana nak ada duit deposit.
.
Abu: MZ tu bagi tau apa lagi kat ko?
.
Ali: Dia ada ajar aku cara main ASB. Menarik game plan dia. Slow and steady.
.
Abu: Owh dia suruh simpan bulan-bulan ei. Lepastu cukup masa buat beli rumah? Macam tu ke?
.
Ali: Lebih kurang la. Tapi cara dia ohsem kot. Dia ajar guna ASBF.
.
Abu: ASBF tu apa? Loan ASB aku tau la.
.
Ali: ASBF tu ASB Financing, sama je dengan ASB Loan. Tapi ASB Financing ni guna term islamic. Kalau ASB Loan guna term konvensional. Setakat ni yang offer ASBF CIMB dengan Maybank je. RHB dengan Affin offer konvensional punya je.
.
Abu: Owh macam tu. Dah tu apa yang menarik sangat guna ASBF tu?
.
Ali: Ok macam ni... (Sambil keluar iphone7+ dan buka apps EZ Calculator)
.




Ali: Sekarang ni kita baru kerja kan. Gaji kasar pun sekitar 3ribu je. So dia cadangkan kat aku buat simpanan sekitar RM1k sebulan. 
.
Abu: Nak simpan macam mana..? Simpan dalam Tabung Haji..?
.
Ali: Eh bukan. Buat ASBF la. Ni dia panggil teknik 'Force Saving'. Ha ko tengok ni, buat ASBF RM200k, rate 5.2%, tempoh pinjaman 30tahun, tak payah ambil takaful skali. Bulan-bulan bayar RM1100 la kalau genapkan.
.
Abu: Dah tu bila masa nak beli Honda..? Duit ko bayar ASBF bulan-bulan tu dah bileh cover beli Honda City tau tak.
.
Ali: Haaa.. Tu la.. MZ cakap kat aku, beli la kete ape pun yang aku nak. Tapi lepas 2tahun. Sekarang ni tahan dulu kehendak tu sekejap. Sebab nanti bank tang tolong bayarkan untuk aku.
.
Abu: Aik macam mana tu..?
.
Ali: Haa.. Ni nak cite la ni...




Ali: Bila kita bayar tiap-tiap bulan, cukup tahun ASB akan bagi dividen kan? Ok katakanlah ASB bagi dividen 6.75% je setahun. Dividen tu kita jangan usik. Buat-buat lupa dividen dah keluar. Lepas tu tiap-tiap bulan layankan aje bayar RM1100. MZ bagi tau aku, teknik ni orang panggil teknik compounding.
.
Abu: Dah tu sampai bila nak layan compounding ni..?
.
Ali: Layan 2tahun je. Bila cukup tahun nanti, bila dah update buku ASB tu, kita akan dapat sekitar RM28.8k++. Ni la modal aku nak beli rumah pertama aku. Ha amcam mantap tak?
.
Abu: Hek eleh.. Tu je..? Kalau ko simpan bulan-bulan RM1100 pun memang dah dapat sekitar RM24k++ lepas tu tambah dengan dividen lagi. Beza sikit je pun takat ratus-ratus je pun. Baik buat simpanan bulanan, tak payah nak hutang-hutang ni.
.
Ali: Uish belum habis cerita lagi ni. Ko keje nak pancung je. Sabor la. Jangan la jadi typical Melayu Purba sangat. Satu lagi, ko betul ke boleh disiplin simpan RM1100 sendiri..? Baru Sogo buat sale dah menggelabah pegi shopping. Buat ASBF ni kurang-kurang akan bagi kita komitmen untuk simpan bulan-bulan.
.
Abu: Eleh, tak yah la nak emo-emo.. Pancung sikit je pun. Hahaha. Dah sambung, lepas tu macam mana..?





Ali: Ok, lepas tu kita start la cari rumah. Cari yang Market Value sekitar RM200k tapi dia jual dalam RM160k je. Kira cari rumah bawah market value la. MZ pesan cari area yang permintaan sewa tu tinggi. Contoh tempat banyak student. Kalau ada rezeki la.
.
Abu: Eh ada ke rumah macam tu..? Rumah sekarang ni mahal-mahal kot. Lepas tu nak cari below market price lagi. Boleh ke ei..?
.
Ali: Aku mula-mula macam ko gak. Sama je soalan yang aku bagi kat MZ tu. Dia jawap kat aku senang je. Ada tengok Mudah.my..? Dah try cari..?
.
Abu: So..? Ade ke.?
.
Ali: Memang ada kot. Hahahaha. Kita je yang tak tau. Macam ko lain Abu. Ko ketegori malas nak cari. Hahahaha. Nak senang cari REN/REA la. Diorang tau je port.
.
Abu: Aik, aku lak kene bahan. Ok lepas tu..?
.
Ali: Lepastu apa lagi, letak la downpayment ape sume bagai. Downpaymet 10% dah RM16k lepastu cost lawyer, valuer ape sume bagai ada la tambah lagi RM10k. So total dalam RM26k. Time ni bayar la guna duit dividen yang peram 2tahun tu. Siap ada baki lagi. 
.
Abu: Haah la.. Kenapa aku tak terfikir sebelum ni ei. Dah tu ASBF tadi terminate ke..?
.
Ali: Tak payah. Layankan je dulu bayar bulanan. Teruskan macam biasa. Sebab nanti nak guna lagi...



Ali: Sebab ni rumah pertama aku, so bank boleh disbursed 100%. Dan disebabkan rumah ni Market Value dia RM200k. So aku pun layan la santak full loan. Nanti dah habis proses jual beli, aku boleh dapt Cash Back. Ni la yang orang dok sebut teknik mark up loan tu.
.
Abu: Berapa dapat..? Menarik gak tu.
.
Ali: Ok bank disbursed RM200k tolak balance yang aku nak kene bayar lagi RM144k so aku boleh dapat dalam RM56k (RM220k - RM144k = RM56k)
.
Abu: Wow!!! Mantop!!!
.
Ali: Rumah tu nanti aku sewakan la. At least boleh la cover bayaran bulanan. Untung-untung boleh dapat lebihan 2 ke 3 ratus sebulan. Kalau pandai la kann.. Hehehe...






Ali: Ok sekarang ni kat tangan dah ada RM56k duit cash back + RM2.8k dalam ASB so total aku ada RM56.8k dalam tangan. Dari duit ni, aku asingkan RM13,200 untuk bayar ASBF aku untuk setahun. So balance ada RM43,600.
.
Abu: Owh maknanya lepas ni ko dah tak payah bayar ASBF tu dah la ye..? Sebab ko dah bayar untuk setahun. Dah tu untuk tahun berikutnya macam mana lak..?
.
Ali: Untuk tahun-tahun berikutnya, aku guna la duit dividen untuk bayar ASBF aku setahun. Ni la yang orang panggil teknik rolling dividen.
.
Abu: .......(khusyuk mendengar).......
.
Ali: Time ni la aku beli kereta baru. Aku takde la nak demand. Cukup la aku pakai Perodua Alza. Downpaymet dalam RM6,600++ lepastu bulanan pun takde la mahal sangat dalam RM700++ kalau aku hutang 9tahun. Lagi pun aku dah kurangkan komitmen bulanan dari RM1100 jadi RM700++ je. Lebihan RM400 tiap-tiap bulan tu boleh la buat sara minyak dengan maintenance kereta aku nanti.
.
Abu: Eh lamanya sampai 9tahun. Orang cakap nak best beli kereta ni buat hutang 5tahun je. 7tahun tu kira maksimum la. Kalau tak memang rasa ralat la.
.
Ali: Haa.. Tu la ko tak tau. Ada teknik pendekkan loan kete kot.
.
Abu: Ada jugak..? Banyak betul teknik MZ bagi kat ko?
.
Ali: Tu la.. Dia memang tak lokek ilmu la. Macam-macam dia ajar aku semalam.
.
Abu: Eh lepas tu.. Lepas tu..?
.
Ali: Lepas tu aku kahwin la. Hahahaha. Nak tunggu apa lagi. Duit pun dah ada RM36k++ dalam tangan. Cuma aku rasa aku takde la nak buat majlis grand. Maybe aku budget sekitar RM30k je kot untuk kahwin dengan honeymoon. RM10k hantaran, RM15k majlis, RM3k hadiah kawin sekali dengan cincin, balance RM2k aku buat pegi honeymoon. Selebihnya boleh la buat duit tabung nak mula hidup aku nanti bila lepas kawin.
.
Abu: Terbaik la perancangan yang MZ bagi kat ko. Tapi aku lagi minat nak tau pasal teknik kurangkan hutang kereta tu. Hahahaha...






Ali: Kalau ko nak tau teknik pendekkan loan kereta tu, ko kene tolong aku.
.
Abu: Apa dia..?
.
Ali: Ko minta tolong kat pembaca posting ni supaya like dengan share posting ni. Lepas tu komen 'Kereta'.
.
Abu: Haaaa.. Apa lagi..? Like dengan share laju-laju. Jangan lupa komen 'Kereta'. Tak rugi pun buat. Manfaat untuk korang gak nanti. Hehehe.




 -mzkesturi-

No comments:

Post a Comment