Sunday 26 August 2012

Eidulfitri 1433H

Assalamualaikum, 
(SEBELUM APE2 CERITA NI UNTUK KENANGAN AKU JE..supaya aku boleh baca balik..macam diari..klu boleh jgn ckp aku ni poyo, koya..haha) 8Syawal1433H baru aku dapat update..sbb xsempat..bukan xde masa..tapi aku xreti urus masa..

Eidulfitri 1433H merupakan raya yang sempoi..haha...sebab ktorang xpergi beraya..hahah..tapi bagi aku sekarang raya dah macam biase2 je..xde pe2..mungkin dah besar..duit raya dapat ke x ke..dah xkisah sangat..heheh..orang nak bagi, bagi r..ucap terima kasih..xnak bagi terima kasih jugaklah+senyuman…hahah..lagi satu kenangan y aku xboleh lupa h/p nokia 1616 aku tertinggal dalam kereta dari 30Ramadhan-5Syawal…haha..5Syawal aku baru perasaan yang aku nye h/p xde…13Misscall, 6Massage…eleh sikit je pun~~kat bawah ni aku nak jadikan album kenangan..heheh


1Syawal 1433H jatuh pada hari ahad, kebetulan cuaca kat Melaka panas..tapi KL masa tu hujan..memang xde mood untuk berjalan2, solat sunat eidulfitri habis dlm jam 0830..lpas itu, dah jadi tradisi lepas solat sunat kami akan salam bermaafan kpd y lebih tua..lepas salam confirm dapat duit raya…(dah besau pon dapat gak) ahahahh


di pagi raya salam, ampun, kucupan buat kepada grandma





my dad..



memang setiap tahun, bila nak salam kami mendapat assessment untuk mencipta pantun hari raya...bab ni paling meriah..heheh





















Bila aku rasa macam tahun ni xpergi beraya..dh lama sangat melepak, aku tanya r grandma aq, “WAN, WAN..MACAM MANA WAN BOLEH KAHWIN DENGAN ATUK..??”

Fuuuhhh..lepas soalan ini ditujukan, grandma aq cerita sampai dekat jam 1400..hahah…tu dia~~

Puas la…wan ngn atuk aku, masing2 xnk mengaku, dua-dua xkenal antara satu sama lain…tapi best r aku dengar sejarah family aku, lagipun dengan cara ni atuk aku dpt r die refresh kan balik kenangan lama dia..hheheeh..tapi memang bila mula cerita, semua dok kt atas kerusi..bila dah lama semua dok bawah…hahah



Pastu muka semua xleh blah…hahha   









my grandpa~~


















Bila raya ke-2 baru family aku beraya 










tapi bagi aku sekarang raya dah macam biase2 je..xde pe2..mungkin dah besar..Cuma y best aku leh kenal sedara2


-mzkesturi-



Saturday 18 August 2012

50 Fakta Menarik Tentang Jutawan Melayu





50 Fakta Menarik tentang Kisah dan Prinsip Hidup TAN SRI SYED MOKHTAR ALBUKHARY
ORANG MELAYU TERKAYA DI MALAYSIA-semoga ianya dapat memberi teladan dan inspirasi buat kita semua dalam memajukan diri dan ummah, InsyaAllah.

1. Ada sebab kenapa saya bekerja seperti tiada hari esok. Agenda sosial dan kerja-kerja kemasyakatan itulah antara sebabnya. Saya mahu meninggalkan WARISAN UNTUK ANAK BANGSA YANG KEKAL BERPANJANGAN.

2. (Berkenaan know who) Bangsa lain tak mengapa tapi orang Melayu kena berdamping dengan orang politik sedikit-sedikit. Tapi masalahnya kita tidak mahu melalui kesusahan; banyak yang mahu senang dengan mendampingi orang politik semata-mata.

3. Tiada apa-apa rahsia. Saya ini hamba Allah biasa, budak dangau macam saudara semua juga. Tuhan jadikan manusia ini sama sahaja. Proses kematangan saya yang membezakannya. SAYA PERCAYA SESIAPA PUN BOLEH MENJADI APA SAHAJA ASALKAN MEREKA BERUSAHA DENGAN TEKUN . Tetapi tentulah ia memakan masa. TIADA JALAN SINGKAT.

4. Saya MENGENALI KEKUATAN DAN KELEMAHAN SAYA. Apa yang tidak mampu buat, saya akan minta orang lain tengok-tengokkan. Saya melalui jalan yang susah tapi itulah jalan yang kekal.

5. Kita perlu menggunakan kepakaran mereka (bangsa Cina) kerana mereka jauh lebih maju dan mahir daripada kita. Apa yang kita kurang faham kita berkongsi dengan tujuan untuk belajar dengan mereka. Apabila sudah faham baru kita boleh menjaga kepentingan kita.

6. Saya sedih melihat sistem sekolah pondok di Kedah. Saya ada cita-cita mahu memodenkan sekolah pondok. Kita kena maju.

7. Saya terlibat dalam perniagaan ini kerana saya tiada pilihan lain.

8. Untuk memajukan perniagaan, MEMANG KENA BANYAK SABAR DAN KUAT BERUSAHA .

9. Tidak ada jalan singkat. Saya belajar tentang perniagaan ini sejak kecil lagi dan saya juga biasa kena tipu.

10. Saya pun suka kemewahan. Saya pun suka tengok dunia, ke Tokyo , New York dan London . Saya pun suka pakai baju elok. Tapi kita hendak bermewah setakat mana, hendak pakai baju banyak mana, hendak tidur dalam berapa rumah satu malam, hendak makan pun sampai larat mana?

11. Dalam hidup ini kita sebenarnya TIDAK ADA STATUS, ADA MASA DI ATAS ADA MASA DI BAWAH.

12. Ketika Allah memberikan kemewahan, kita kena turun ke bawah, tengok mana-mana yang boleh dibantu. ALLAH BERI REZEKI MELALUI KITA UNTUK KITA TOLONG ORANG LAIN. REZEKI ITU BILA-BILA MASA SAJA DIA BOLEH AMBIL BALIK. Jika ada orang korporat Melayu yang tidak mahu turun ke bawah mungkin kerana bayangan duit itu lebih kuat daripada yang lain.

13. Korporat Cina turun ke bawah membantu. Orang Cina ada pelbagai persatuan. Kita tidak ada; kalau ada pun berpecah. ORANG MELAYU KITA TIDAK MAHU BEKERJASAMA KERANA PERASAAN DENGKI MENGUASAI DIRI.SUDAHLAH TAK MAHU BERUSAHA,APABILA ORANG LAIN BERUSAHA MEREKA MARAH.

14. Rezeki yang ada itu sebenarnya untuk orang lain. Memang dari segi hukum pun begitu. Kita kena keluar zakat dan fitrah. Tetapi zakat fitrah banyak mana sangat. Islam agama yang adil; ia minta sedikit saja. Oleh itu, kalau ada duit yang lebih ia seharusnya dibelanjakan dengan baik.

15. Saya tak kisah kalau saya tak buat semua ini. Saya boleh tak buat apa-apa dan balik ke Alor Star. Tetapi saya rasa hidup ini sia-sia. Orang Kedah kata kalau mati nanti mata tidak tutup rapat kerana tanggungjawab depan mata kita tidak buat. Orang lain ambil kekayaan kita, ambil hak kita dan pergunakan kita, kita masih tidak buat apa-apa!

16. Saya ADA EMOTIONAL ATTACHMENT KEPADA AGAMA, BANGSA DAN UMMAH. Saya bukan individualistik. Diri saya tidak penting. Pangkat dan gelaran ini kepada saya tidak mustahak .

17. Saya sedih media tonjolkan saya begini. Saya malu kerana orang Cina kaya beratus-ratus kali ganda daripada saya. Tapi saya tahu orang Melayu kalau hendak berjaya kena kerja kuat tidak kira siang malam. Kita ada kekuatan yang tuhan beri melebihi daripada bangsa lain. Tetapi untuk maju kita perlu berusaha.

18. Saya asal daripada tidak ada apa-apa. APA YANG SAYA TIDAK TAHU, SAYA BELAJAR MINTA TOLONG DARIPADA ORANG LAIN. SAYA TIDAK MALU . Saya bukannya mencuri. Saya usaha sendiri. SIKAP PEMALAS DAN PEMALU INI ORANG MELAYU KENA ATASI. KITA KENA BERANI KERANA BENAR. Apabila kita dapat keuntungan dan rezeki lebih, bolehlah kita menolong orang.

19.KAYA ITU BUKANLAH KEPADA DIRI SENDIRI. Kaya itu adalah kepada kumpulan perniagaan ini, KEPADA BANGSA DAN KEPADA ORANG RAMAI .Saya hanya memegangnya untuk sementara sahaja.

20. Saya tiada keinginan untuk menyimpan kekayaan ini untuk anak dan isteri. Duit ini tidak akan kekal. Saya percaya HANYA PERKARA YANG BAIK YANG KITA LAKUKAN AKAN KEKAL. Bukan duit yang akan melindungi saya nanti tapi apa yang saya lakukan sekarang.

21. Saya perlu terus mencari peluang dan perniagaan lain supaya kita terus dapat bantu orang lain mengembangkan diri masing-masing. Saya bukan buat semua ini untuk diri saya semata-mata.

22. Ada juga yang saya usaha tapi tak dapat dan orang tak tahu. Apa yang saya dapat itu yang jadi masalah kononnya Syed Mokhtar sapu semua. Bangsa lain memegang pelbagai kepentingan dalam ekonomi, siapa pun tak kata apa. Ini masalah orang Melayu. DI KAMPUNG ORANG MELAYU BERPECAH KERANA POLITIK, DI BANDAR BERPECAH KERANA WANG.

23. Saya percaya kalau rezeki itu Allah beri kepada saya ia bukan untuk saya tetapi untuk orang ramai juga. Orang tidak tahu banyak syarikat yang saya ada ini gagal dan tidak maju kepada saya tetapi orang tidak tahu.

24. Banyak orang percaya bahawa dia mesti ada RM10 juta atau RM20 juta dalam tangan baru hidup boleh selamat. Ini yang menyebabkan mereka HANYUT DARIPADA MENOLONG ORANG LAIN. Mereka lebih takutkan diri-sendiri. Mereka lupa bahawa kekayaan tidak boleh membantu selama-lamanya.

25. Orang kata saya tiada duit tapi banyak hutang. Orang berniaga mana yang tak berhutang. Tapi MESTI TAHU BAGAIMANA HENDAK MEMINJAM DAN MEMBAYARNYA SEMULA. Ada cara boleh kita buat. Tapi sebelum berhutang RM100 juta mesti sudah fikir bagaimana hendak membayarnya balik. Mesti ada tanggungjawab. BANYAK ORANG MAHU SENANG TAPI TIDAK RAMAI YANG MAHU BERTANGGUNGJAWAB .

26. (Perasaan setiap kali mendapat rezeki) Saya ini kata orang Kedah, lebai kodok bukan lebai pondok. Tapi saya tahu hal-hal asas. Kalau mahu saya minta terus dari tuhan. Tuhan beri manusia akal dan fikiran. Kalau hendak pakai baju dan seluar biarlah padan dengan badan.

27. Kesenangan yang saya perolehi ini datang dengan tanggungjawab (bila pinjam bayar balik dan buat amal jariah). Kalau hendak dibandingkan dengan bangsa lain, perniagaan saya ini tidak ada apa. Tetapi walaupun sedikit tetapi yang sedikit itu ada berkatnya.

28. SAYA SUKA KALAU NIKMAT SEDIKIT YANG SAYA DAPAT ITU ORANG LAIN BOLEH BERKONGSI BERSAMA.

29. Saya kadang-kadang kecewa dan sedih melihat anak orang alim yang sesetengahnya lupa diri setelah mendapat kekayaan. Saya pun sama seperti orang lain suka hendak ke luar negara tetapi kita tidak boleh lupa kubur kita dan asal usul kita. Di kampung kita mungkin ada jiran-jiran yang perlukan bantuan

30. ……kalau tidak mungkin saya sudah ke Haatyai dan jadi nakal. SAYA MANUSIA YANG BANYAK BUAT KESILAPAN.TETAPI SAYA INSAF, BERISTIGHFAR DAN TERUS BERJALAN LAGI. Sejak awal, saya ada kesedaran mahu mengekalkan hak kita sebagai orang Melayu.

31. Saya kata kepada diri sendiri kalau kerana itu saya terpaksa bersusah sedikit pun tidak mengapa.

32. KEKAYAAN INI TUHAN BERI KEPADA SAYA UNTUK SAYA MENOLONG ORANG LAIN PULA. SAYA PERCAYA KEPADA KEBERKATAN REZEKI. HARI INI KITA TOLONG ORANG, ESOK LUSA ORANG AKAN TOLONG KITA PULA DENGAN CARA YANG LAIN.

33. Kalaupun tidak sanggup tunggu 34 tahun seperti saya berilah sedikit masa untuk faham selok-belok perniagaan, InsyaAllah boleh maju.

34. KITA JANGAN CEPAT PUTUS ASA. PUTUS ASA BOLEH TAPI KENA CEPAT-CEPAT KUATKAN SEMULA SEMANGAT UNTUK BANGKIT BALIK. JANGAN JADIKAN AGAMA HANYA SATU TEMPAT UNTUK KITA BERGANTUNG APABILA KITA SUSAH. Tanggungjawab ibadah adalah tugas seharian.

35. Lifestyle? Saya tidak ada lifestyle yang kena masuk kelab sana dan sini. Tapi tak semestinya saya tidak boleh turun ke kelab. Orang Melayu kalau hendak ke depan mesti ada cara hidup yang fleksibel, boleh naik dan turun.

36. Lifestyle ini sebenarnya satu penyakit. Saya biasa pakai Mercedes tapi sekarang saya pakai Proton Perdana untuk sokong kereta nasional. Kereta itu pun cukup untuk bawa saya ke mana-mana.

37. Tiada sebab kenapa orang Melayu tidak boleh maju. Ini saya berani perang dengan sesiapa pun. Orang Melayu boleh maju. Kalau saudara jadi wartawan saudara kena tanam semangat suatu hari nanti mahu ambil alih akhbar ini. Tidak ada sebab kenapa ia tidak boleh berlaku.

38. KEJAYAAN DAN KELEMAHAN ORANG MELAYU BUKAN DISEBABKAN OLEH BANGSA DAN AGAMA KITA, TETAPI IA BERKAIT DENGAN SIKAP DAN CARA KITA BERFIKIR. GIGIH, TEKUN DAN TIDAK PUTUS ASA MERUPAKAN KUNCI KEJAYAAN KITA. SAYANGNYA PERKARA INI KURANG WUJUD DALAM CARA ORANG MELAYU BERFIKIR .

39. TUHAN MEMBERI PELUANG KEPADA SESIAPA SAJA YANG BEKERJA KUAT. Apa yang ada pada saya ini hanya usaha. Kalau anak dangau macam saya boleh, tidak ada sebab orang lain terutama mereka yang dari pekan tidak boleh.

40. Kita tidak usahlah selalu mengulang-ulang perkara yang boleh memberikan kesan psikologi negatif kepada orang Melayu (kereta dan rumah besar). Kita kena kurangkan bercakap tentang kereta besar dan rumah besar . Sesiapa pun mahu pakai kereta mewah tapi bukan itu matlamatnya.

41.ORANG MELAYU SEBENARNYA KENA BANTU DIRI-SENDIRI,KENA BEKERJA KERAS DAN FOKUS .

42. Sikap merendah diri perlu sentiasa ada dalam diri seseorang walau setinggi mana pun kejayaan dicapai.

43. Apa yang saya buat ini (kerja-kerja sosial) semuanya bermula daripada didikan orang tua saya sendiri.

44. SAYA SENDIRI BERHUTANG SAMBIL BERNIAGA DAN BUAT SUMBANGAN AMAL JARIAH. SAYA TAK MAHU TUNGGU HUTANG HABIS BARU HENDAK BUAT SEMUA INI. Saya takut kalau hutang habis saya pun mati dan apa pun tak sempat saya buat.

45. Saya biasa saja. Hidup saya tidak berubah, dari dulu beginilah. Saya terima apa saja nikmat yang diberikan oleh Allah. Tidak ada segelas air, ada setengah gelas pun saya bersyukur.

46. Kalau kerana sedikit bantuan itu mereka lulus peperiksaan dan hidup mereka menjadi lebih baik, saya sudah gembira. Saya tidak boleh buat banyak. Alhamdulillah, LEBIH BAIK BUAT SEDIKIT DARIPADA TIDAK BUAT LANGSUNG.

47. Saya tiada minat untuk beli kapal layar atau kapal terbang. Saya fikir kalau saya beli sesuatu biarlah orang ramai boleh pakai. Saya suka kalau saya beli sesuatu yang mahal, biarlah orang ramai boleh pakai.

48. SAYA GEMBIRA DAPAT MEMBANTU. SAYA MAHU ORANG LAIN MERASAI KESENANGAN APA YANG PERNAH SAYA RASA. Saya tahu bagaimana perasaanya. Saya kata kepada diri saya, apa yang saya dapat saya mesti beri orang lain merasainya sama. Jangan beri kurang, lebih tak mengapa. Itu yang membuat hati saya seronok.

49. Saya rasa saya ingin menyumbang lebih daripada ini. Saya kata kepada kawan-kawan ini baru warm-up saja; kita belum berjalan lagi.

50. SAYA RASA KITA SUDAH TERLALU BANYAK KETINGGALAN.

-mzkesturi-

Wednesday 15 August 2012

Euro 2012

hanya untuk suka-suka..
ni makan die~~~

bukan men tinggi Joe Hart lompat 
tapi akan daya England KALAH...hahahahhahah



-mzkesturi-

Monday 13 August 2012

Ramadhan 1433H



Sedar tak sedar kita sudah dalam minggu terakhir Ramadan yang hanya datang setahun sekali.

Umat Islam seluruh dunia majoritinya menghabiskan masa untuk beribadat dengan harapan untuk memperolehi “ganjaran pahala besar” dari pencipta.

Akan tetapi, tidak ramai umat Islam yang mengambil iktibar daripada falsafah Ramadan bagi meneruskan kehidupan sepanjang tahun.

Di bulan Ramadan, pada waktu siang, katakanlah teman kita yang bukan Islam menawarkan makanan, kita akan menolak dan berkata, “maaf saya berpuasa hari ini.”

Teman yang menawarkan makanan tadi pasti memohon maaf kerana beliau lalai atau terlupa bahawa kita sedang berpuasa.

Situasi kedua, seorang pegawai kerajaan yang menguruskan bahagian tender pembersihan bagi sesuatu jabatan ditawarkan “wang sagu hati” kerana membantu sebuah syarikat mendapatkan perkerjaan tersebut.

Tidak pula pegawai kerajaan itu menolak atau berkata, “maaf saya tidak ambil rasuah kerana saya orang Islam.”


Kebanyakkan daripada mereka akan ambil wang tersebut kerana rasuah dalam masyarakat Islam pada hari ini tidak dianggap sebagai dosa bagi kebanyakkan orang.

Umat Islam hari ini terutamanya di Malaysia terlalu sibuk untuk mengintai dengan siapa si “A” tidur atau skodeng ditaman-taman bunga kalau-kalau ada pasangan bercinta sedang berdua-duaan.

Ini sebabnya mengapa kita lihat dunia Islam pada hari ini berada dalam kemunduran dan tidak menjadi pemain utama dunia dalam kebanyakkan bidang baik dari segi politik, ekonomi, kelilmuan dan macam-macam lagi.

    

Nilai yang diajarkan oleh Islam tidak diterapkan dalam pemerintahan negara seperti “good governance” atau pentadbiran baik.

“Good governance” diamalkan oleh kebanyakkan negara kafir di Eropah atau negara Asia Timur seperti Jepun dan Korea Selatan.

Di Korea Selatan, bekas presiden Roh Moo Hyun membunuh diri kerana dituduh rasuah.

Belumpun lagi dibuktikan bersalah beliau sudah mengambil tindakan sebegitu oleh kerana di negara Kafir seperti Korea selatan, rasuah itu adalah sesuatu yang jijik dan hina dan tidak boleh dimaafkan
.

Di negara-negara Islam, yang dituduh atau dibuktikan rasuah pergi umrah atau haji untuk “mencuci dosa” dan hidup seperti biasa selepas pulang oleh kerana masyarakat sekeliling menganggap mereka sudah diampunkan dosa.

Impian Ramadan saya pada tahun ini adalah agar umat Islam di Malaysia menghayati falsafah disebalik bulan mulia ini.

Jika kita boleh menahan lapar dan dahaga, sudah tentu kita boleh menahan diri daripada mengambil rasuah.

Jika pada waktu malam di bulan Ramadan umat Islam boleh memberi tumpuan untuk beribadat di masjid atau surau untuk solat Terawaih dan membaca Al-Quran, mengapa tidak selepas Ramadan umat Islam menuntut ilmu sebanyak mungkin yang akan memberi maanfat kepada semua.

Sebab itu saya sering tekankan terdapat perbezaan besar diantara Islam dan Arab. Jangan kita menyangka apabila mengenakan jubah Arab kita sudah Islam daripada yang lain.

Tanya kepada diri sendiri apakah kita mengamalkan nilai-nilai kemanusiaan yang diajarkan oleh Muhammad S.A.W?

Atau cukup sekadar berbangga kerana menganggap diri kita bersama kebenaran dan orang-orang lain semuanya berada dalam kesesatan?

Maaf, saya tidak berminat dengan apa yang dibawa oleh golongan yang mendakwa mereka adalah ulamak pewaris kepada Nabi pada hari ini.

Jika benar mereka membawa ajaran Muhammad, mengapa tidak golongan yang mendakwa mereka ulamak membebaskan masyarakat daripada penindasan?

Bukankah ayah kepada Fatimah Al-Zahra itu menghapuskan amalan perhambaan yang jelas sebagai satu penindasan daripada satu manusia kepada manusia lain?

Jika seseorang dianggap ulamak hanya kerana boleh berbahasa Arab dan menghafal ayat-ayat Quran tetapi dangkal pemikirannya dalam pelbagai perkara, tidak hairanlah mengapa dunia Islam pada hari ini berada di zaman gelap.

Dunia Islam pada hari ini sama seperti masyarakat Eropah dizaman gelap.


Akan menjadi cerah apabila, umat Islam merasa jijik dengan rasuah sepertimana masyarakat kafir di Korea Selatan.

Semoga impian Ramadan saya tercapai.- The Malaysian Insider.



-mzkesturi-

Apa itu Seksyen 114A..??

Assalamualaikum, entry aku kali ni pasal seksyen 114A..kali ni aq copy paste je...hahah..(ni untuk rujukan aku..)




Seksyen 114A: Undang-undang kandang lembu?
Kalau kita ini tuan kedai, dan kita tangkap seorang anak muda mencuri coklat, kemudian mahu didakwa anak muda itu di mahkamah; adalah menjadi tanggungjawab tuan kedai untuk membuktikan bahawa coklat yang yang dicuri itu miliknya, dan hak milik itu dirampas tanpa izinnya. Mudah begitu.


Kalau kita ini tuan kedai, dan ada anak muda lalu di depan kedai kita dengan memegang sekeping coklat yang kebetulan dijual di kedai kita, adalah tidak masuk akal untuk kita mengheretnya ke mahkamah dan menyuruh si anak muda itu untuk membuktikan bahawa coklat yang dipegangnya itu tidak dicuri dari kedai kita.

Ini undang-undang mudah. Arwah Tan Sri Harun Hashim, apabila disoal tentang apa itu undang-undang dalam fahamnya, beliau menjawab bahawa undang-undang itu ‘common sense‘. Bukan setakat ‘common sense‘ dalam erti kata sesuatu yang ‘masuk akal’, bahkan mencakupi apa yang dipanggil ‘kesepakatan umum’.
Undang-undang mesti masuk akal dan disepakati umum

Undang-undang dibentuk atas sesuatu yang disepakati umum. Kalau umum tidak sepakat, ia tidak jadi norma dan lantas tidak cukup haul untuk diangkat sebagai umum. Kenyataan ini masuk akal. Kalau pekerjaan mencuri itu disepakati umum sebagai satu kesalahan, maka salahlah mencuri itu.

Kalau pekerjaan pakai kasut di kepala itu disepakati sebagai salah, maka bolehlah dikanunkan dan dijadikan undang-undang. Itu konsep kesepakatan umum dalam memahami makna fungsi undang-undang.

Jadi dalam kesepakatan umum selama ini, seorang yang dituduh dengan sesuatu kesalahan adalah tidak bersalah sehingga benar-benar terbukti bahawa dia bersalah; bukan sebaliknya.

Konsep ini difahami pepatah undang-undang, Ei incumbit probatio qui dicit, non qui negat; cum per rerum naturam factum negantis probatio nulla sit – yang mafhumnya ialah beban bukti letaknya pada yang mendakwa, bukan pada yang dituduh atau menafi, kerana memang fitrahnya, yang menafikan dakwaan selalunya payah untuk membawakan bukti.

Jika sebaliknya, maka memang terbaliklah sistem manusia ini. Bayangkan, siapa sahaja boleh ditangkap polis, untuk apa sahaja kesalahan sehingga dia boleh buktikan yang dia tidak bersalah.

Sistem yang begitu pastilah tidak adil, bukan?

Namun malang bagi kita yang mendiam di negara Malaysia yang diterajui United Malays National Organisation ini, pihak pemerintah sedang cuba berfikir dan bertindak secara tidak adil. Ini sebenarnya amat mudah bagi mereka, kerana memang sudah menjadi kelaziman bagi pemerintah untuk berlaku zalim.

Lihat sahaja undang-undang jahat seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dahulu yang membenarkan sesiapa sahaja ditangkap dan dipenjara tanpa perlu dibicarakan.

Jadi pemerintah yang nakal ini beberapa bulan lalu telah membuat sebuah pindaan kepada Akta Keterangan 1950 yang membuatkan dunia kita semua bakal terbalik. Pindaan tersebut dikenali sebagai Seksyen 114A.

Apa itu Seksyen 114A?

Seksyen 114A adalah satu daripada dua pindaan terhadap Akta Keterangan yang dibentangkan di parlimen April lalu dan telah digazetkan pada 31 Julai 2012. Tujuan seksyen ini dipinda katanya adalah khas untuk bertindak terhadap bahan-bahan ‘berbahaya’ di internet. Pindaan tersebut memudahkan pihak berkuasa mendakwa mana-mana pihak yang menyiarkan sesuatu yang memfitnah atau menghasut di internet.

Pindaan terbaru ini meletakkan kebertanggungjawaban kepada pemilik atau penyelaras blog, forum yang membolehkan orang lain menyiarkan komen; pembekal internet dan pembekal webhosting serta mereka yang memiliki komputer atau alat untuk menyiarkan bahan secara online.

Sebagai contoh sekiranya ada apa-apa kenyataan fitnah yang boleh dijejak kembali kepada kata laluan anda, atau alat elektronik anda, bahkan rangkaian internet rumah anda; Seksyen 114A memberi tanggapan bahawa anda bersalah sehingga anda dapat membuktikan sebaliknya. Ini bersalahan dengan tanggapan tidak bersalah sehingga terbukti bersalah seperti yang menjadi amalan kehakiman selama ini di seluruh dunia.

Justeru pindaan gila ini secara tidak adil memindahkan beban bukti kepada pengguna internet yang mungkin didakwa secara salah, untuk sebarang kenyataan fitnah atau menghasut yang terbit daripada rangkaian internetnya. Malah pentadbir forum-forum juga boleh dikenakan tindakan untuk kenyataan-kenyataan yang diterbitkan di laman forum mereka.

Apa yang lebih buruk ialah seandainya rangkaian internet seseorang digodam dan digunakan untuk menyiarkan bahan-bahan tersebut.

Inilah yang bakal berlaku…

Bayangkan seorang nenek yang sendirian di rumah, hanya guna internet untuk buka YouTube buat belajar memasak atau mengait; tiba-tiba sahaja pintu rumahnya diketuk polis. Mengapa? Kerana ada kenyataan yang menghasut diterbitkan dari rangkaian WiFi rumahnya yang digodam orang.

Jadi pindaan sebegini ini adalah gila dan tidak masuk akal. Undang-undang begini adalah undang-undang bobrok dan zalim yang mengekang kebebasan bersuara rakyat jelata.

Pemerintah yang mengekang kebebasan rakyat bersuara dan mengkritik ini adalah pemerintah yang selayaknya dihumbankan ke jurang paling dalam apabila selesai sahaja Pilihanraya Umum akan datang.

Kesannya nanti, orang akan takut untuk bersuara dan tidak lagi berani mengkritik. Malah blog-blog juga akan terpaksa menapis komen-komen dengan lebih tegas. Apa dia garis pemisah antara fitnah, hasut dengan ayat-ayat kritikan dan penegasan untuk mencabar pemerintah yang menzalimi rakyatnya? Ini semua hanya berhak ditafsirkan oleh pemerintah sendiri.

Maka akan takutlah sekalian hamba rakyat untuk mempersoal tindakan pemerintah. Akan tutuplah WiFi percuma di tempat-tempat lepak awam, risau rangkaian internetnya nanti digunakan untuk menulis ayat-ayat bahaya yang menggugat pemerintah. Di mana lagi kami semua nak lepak minum the tarik nanti kalau sudah tak ada WiFi percuma?

Bukan sahaja media massa dikawalnya, internet juga mahu dikawalnya. Ini pemerintah jenis apa ini?

Tetapi apabila pecacainya sendiri menyiarkan fitnah dan tohmah, kebal pula mereka itu daripada tindakan undang-undang. Lihat sahaja bagaimana mereka menggerakkan tentera siber dan media sosialnya untuk memfitnah dan menyebar berita palsu secara berleluasa, dan tidak pula memberi ruang untuk diskusi dan jawapan balas.

Ini halal pula? Tidak pula dihukum kafir harbi? Undang-undang tidak menyalahkan mereka? Ini undang-undang apa? Undang-undang kandang lembu? Mungkin lembu lebih mulia daripada segelintir manusia kemaruk kuasa yang berhati busuk serta zalim kerana sanggup mengongkong rakyat sendiri.
harap-harap blog aku xkena...hahah..oleh yang demikian 14/08/2012 merupakan "internet blackout day"

sumber: http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/12482-seksyen-114a-undang-undang-kandang-lembu

-mzkesturi-

Sunday 12 August 2012

Pantun Hari Raya 2012

 Assalamualaikum , entry aku kali ni…pasal pantun untuk hari raya..pantun ni aku reka sendiri takde ciplak-ciplak…hahah.. 




Ni pendapat aku "INGAT HARI RAYA EIDULFITRI ALLAH KURNIAKAN MERUPAKAN KEMENAGANAN UMAT ISLAM DI ATAS JIHAD YANG BERPUASA, AGAR KITA MERASAI KESUSAHAN, PENDERITAAN SAUDARA KITA YANG SUSAH.. OLEH ITU, SIAPA YANG TAK BERPUASA PENUH BILA MENCAPAI AKHIL BALIGH TANPA SEBARANG KEUZURAN, JANGAN ANGGAP INI SUATU KEMENANGAN"




Salam Eidulfitri dari pelajar, 
Kepada semua para pengajar,
Saya Zulaffandi baru belajar,
Salah silap adat belajar.



Assalamualaikum sebagai pra-ucapan,
Dari saya Zulaffandi sebagai perwakilan,
Salam Eidulfitri tanda ingatan,
Salah silap harap dimaafkan.

 

Hari raya hari gembira,
Jangan pula rasa duka,
Jimat cermat amalan mulia,
Semoga pahala dikurnia kita.



Hari raya hari gembira,
Jangan pula rasa duka,
Jimat cermat amalan mulia,
Semoga kita dapat pahala.



Anak pak jenin suka melompat,
Ingin melompat sampai bertingkat,
Nak bagi kad tak tahu alamat,
Mesej Salam Eidulfitri ok what.



Pak najib kantoi scorpin,
Amalannya asyik nak spin,
Ajak berdebat takut nak in,
Itu ke prime ministrin,
E eh bukan ke rosmah kantoi cincin.

-mzkesturi-