Sunday 29 December 2013

Penulisan Dato’ Seri Anuar Ibrahim


Assalamualaikum, kali ni aku mengambil dari penulisan DSAI, penulisan ini, sudah lama, sebelum PRU13, tapi mempunyai isi yang cukup hebat.

Mesti Baca jika anda malas baca itu adalah kebodohan anda sendiri yang menolak fakta Anwar Ibrahim: Mengapa Saya Bersungguh-sungguh Mahu Merebut Putarajaya?

Thursday 19 December 2013

[VIDEO] Cigerette adv



[VIDEO] Burung



[VIDEO] Budak kecil kena marah



[VIDEO] Buaian 360 darjah



[VIDEO] Best commercial ever



[VIDEO] Berseni Dengan iPhone



[VIDEO] Babies Eating Lemons for First Time Compilation



[VIDEO] Apa yang dia ni cuba lukis sebenarnya



[VIDEO] American got talents



[VIDEO] 20 of the best physiques



[VIDEO] 10 Terjunan super awesome yang korang mesti tak berani cuba punya



Sunday 20 October 2013

FB spam




Assalamualaikum, agak lama aku tak update blog aku, maklumlah cari bahan,  kali ni aku nak paste pasal FB spam. Berikut adalah perbualan aku dengan Feeza Hashim, tujuan aku layan dia sebab boringkan jadi adalah orang yang nak bercerita, sambil tu boleh lah aku improve my english...hahahah



Wednesday 15 May 2013

Selamat Hari Guru 2013

Assalamualaikum, Hari Guru di sambut pada 16 May setiap tahun, tahun ni punya kata-kata hikmah aku tak tahu.



pengorbanan seorang guru

Tapi tahun ini aku ada cipta puisi (pantun) 4 kerat idea sendiri, lama nak di keluarkan, bahasa bombastik aku telah hilang bersama-sama pasir di tepi pantai, di hakis sedikit demi sedikit, kerana ilmu jika tidak di kerah akan berpecah.


Wednesday 8 May 2013

[VIDEO] Buah Tangan Kerajaan Malaysia PRU13

Posting ini bukan kami PENYOKONG PR tak terima kenyataan, kami mahu buka minda rakyat Malaysia apa yg sebenarnya BERLAKU semasa PRU-13. Pendedahan ini tak akan disiarkan mana2 Tv dan milik kerajaan. Anda nilai2kan. Kalau setuju atau tak setuju, sila komen dgn berhemah.


Friday 26 April 2013

Khutbah Jumaat 26/4/2013


Assalamualaikum, agak lama aku tak update pasal khutbah Jumaat, tapi kali ini, alhamdulillah para syaitan yang sering bawa tongkat, gincu, dan celak tidak dapat menjerat aku pada khutbah Jumaat kali ini..



Yusuf Al Qaradawi: Anwar Ibrahim paling layak jadi PM


fuhh...kenyataan dari Ulama' terkenal


Monday 15 April 2013

Kuliah Jin : Ust. Hj. Ismail Kamus



1) Jin berasal dari Jan (Bapak Jin) dan gelarannya Azazil. Dicipta dari api  (biru), dan telah beramal puluh ribu tahun lamanya .

 2) Apabila Allah swt. memerintahkannya supaya tunduk menghormati Nabi Adam,  mereka telah ingkar. Allah swt. melaknat dan perintah turun ke bumi. Jin terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam dan Syaitan. Jin Islam pula terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam(Soleh) dan Jin Tidak Islam (Tidak Soleh). Syaitan yang turun kesemuanya jahat (tidak Islam).



Isu Masalah Rokok


Assalamualaikum, kali ini mari kita membicarakan tentang isu rokok, jika ambil peduli akan isu semasa kita dapati hukum merokok di Selangor adalah haram, tetapi tidak di negeri lain. hukum ini telah di bahaskan oleh mufti di Selangor. Oleh itu, marilah kita buka minda dan dengan hati yang terbuka serta menghayati kisah rokok.


Saturday 30 March 2013

Are Sure We're going to Choose them again?




PENGKHIANATAN KEENAM UMNO TERHADAP MELAYU - JOHOR



 "Di DUN Kahang, Johor, pengundi Melayu membentuk majoriti dengan angka 71.39%, Cina 26.11%, manakala india 2.46%.

5 Syarat Manusia Dibenarkan Membuat Maksiat


Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, “Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat.”


Friday 22 March 2013

75 Sebab Kenapa BN Mesti Di Tumbangkan




Kalau nak ungkit2 jasa UMNO, rakyat pun boleh ungkit semua penyelewengan2 UMNO.
75 Sebab Kenapa Barisan Nasional Mesti Di Tumbangkan!!


Legend SPM 2012

Result SPM 2012 telah keluar pada 21 March 2013, di bawah merupakan result yang memang legend..
bersangka baiklah....


Tuesday 19 March 2013

Doa makbul kpd Dr.M


Alhamdulillah.. Doa Allmarhum Dato' Haji Fadzil bin Mohd Noor dimakbulkan ALLAH apabila nyawa mahathir dipanjangkan bagi melihat sendiri kemusnahan dan kehancuran yang dr.m lakukan dulu.. Ameen~


Ted Bundy, si pembunuh kacak


Ted Bundy



DIA mempunyai perwatakan menarik dan bijak yang didakwa mampu memikat golongan wanita. Tetapi, di sebalik wajah kacaknya, lelaki dikenali sebagai Ted Bundy ini sebenarnya adalah seorang penculik, perogol, pembunuh bersiri yang pernah menggemparkan Amerika Syarikat (AS) pada era 1970-an.

Wednesday 6 March 2013

NOVEL

Maka betul r..kajian menunjukkan bahawa lelaki mempunyai daya imiginasi y tinggi..aku telah membuat kajian ke atas diriku..

Saturday 16 February 2013

Amanat Dato' Seri Anwar Ibrahim - Menjelang PRU 13




  

BACA, TELITI dan FAHAMI dengan mata HATI dan mata AKAL. SAYA sudah dan SAYA bertanggungjawab menyebarkannya. Semoga amanat ini benar dan apa jua diluar kemampuan dan pengetahuan SAYA, SAYA serahkan kepada Allah SWT. Hidup Islam dan rakyat!

Fenomena 5S






Assalamualaikum, kali ni aku nak sampaikan pasal keburukan 5S. pernah diceritakan dahulu, para pemikir penyesat bersidang bagaimana cara untuk menjatuhkan dan menyesatkan umat Islam diseluruh dunia.

Tuesday 12 February 2013

Laporan Media Singapura Mengenai PSY di Penang Malaysia






NAJIB DIMALUKAN DISELURUH DUNIA..LAPORAN JUJUR OLEH PIHAK MEDIA SINGAPURA MENGENAI SAMBUTAN KONSERT PSY YG DIANJUR OLEH BN

PSY di Penang 2013


DSN dimalukan..?? saat di tanya kepada hadirin yang datang..persembahan sekejap je tp RM2juta


Saturday 9 February 2013

Konsep Kepimpinan


Assalamualaikum, kali ni aku nak sampaikan apa yang telah di sampaikan oleh khatib pada 8/2/2013. Tajuk khutbah lebih tertumpu kepada “Pemimpin” 
Termaktub dalam hadis “Setiap kamu adalah pemimpin dan akan disoal akan kepimpinannya”



Monday 28 January 2013

Iklan Paling Bosan Sepanjang January 2013


tup tup dah 28/01/2013 akhir january..

Kali ni kita bicara pasal iklan di radio, pening giler aku duduk dalam kereta dengar iklan radio yang sama..
apa yang aku cerita ni, apa yang aku rasa....  
ayat yang aku taip, ada yang xsama...




1. HMetro
GEMPAK…!!!
Ape benda yang gempak pon aku xtau..tengok paper biasa je.. tapi aku paling xleh blah iklan kat radio..
Ni list yang aku ingat..hhahaah
“KAMI MEMBURU CERITA YANG GEMPAK…!!!”
“Eleh tu je cerita, xgempak pon, nanti ada cerita baru telefon balik”
“HARIAN METRO KINI BERWAJAH BARU”

 2. MRT
“Kenapa kita perlukan MRT..??”
“Anda telah menyuntik semangat kami untuk melaksanakan project MRT”
“kami MRT Corporation berterima kasih kepada rakyat Malaysia”


3. AES 
Aku rasa ni paling xleh blah
“Abang kita adalah mangsa pemandu tidak bertanggungjawab saya harap dengan adanya AES dapat mendisiplin pemandu2
Pagi ni “ayah cikgu pesan supaya memandu berhati2, kan dah kena tangkap dengan AES”
Xsangka aku ramai yang sokong AES~~

JUTAWAN MAYBANK2U BONGKAR RAHSIA AJAIB


-mzkesturi-

Sunday 20 January 2013

30 ORANG YANG PERTAMA DALAM ISLAM

Patut tajuk diberi 30 orang pertama yang hebat

1. Orang yang pertama menulis Bismillah : Nabi Sulaiman AS.

2. Orang yang pertama minum air zamzam : Nabi Ismail AS.

3. Orang yang pertama berkhatan : Nabi Ibrahim AS.

4. Orang yang pertama diberikan pakaian pada hari qiamat : Nabi Ibrahim AS.

5.. Orang yang pertama dipanggil oleh Allah pada hari qiamat : Nabi Adam AS.

6. Orang yang pertama mengerjakan saie antara Safa dan Marwah : Sayyidatina Hajar (Ibu Nabi Ismail AS)

7. Orang yang pertama dibangkitkan pada hari qiamat : Nabi Muhammad SAW.

8. Orang yang pertama menjadi khalifah Islam : Abu Bakar As Siddiq RA.

9. Orang yang pertama menggunakan tarikh hijrah : Umar bin Al-Khattab RA.

10. Orang yang pertama meletakkah jawatan khalifah dalam Islam : Al-Hasan bin Ali RA.

11. Orang yang pertama menyusukan Nabi SAW : Thuwaibah RA.

12.. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan lelaki : Al-Harith bin Abi Halah RA.

13. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan wanita : Sumayyah binti Khabbat RA.

14. Orang yang pertama menulis hadis di dalam kitab / lembaran : Abdullah bin Amru bin Al-Ash RA.

15. Orang yang pertama memanah dalam perjuangan fisabilillah : Saad bin Abi Waqqas RA.

16. Orang yang pertama menjadi muazzin dan melaungkan adzan: Bilal bin Rabah RA.

17. Orang yang pertama bersembahyang dengan Rasulullah SAW : Ali bin Abi Tholib RA.

18. Orang yang pertama membuat minbar masjid Nabi SAW : Tamim Ad-dary RA.

19. Orang yang pertama menghunuskan pedang dalam perjuangan fisabilillah : Az-Zubair bin Al-Awwam RA.

20. Orang yang pertama menulis sirah Nabi SAW : Ibban bin Othman bin Affan RA.

21. Orang yang pertama beriman dengan Nabi SAW : Khadijah binti Khuwailid RA.

22. Orang yang pertama mengasaskan usul fiqh : Imam Syafei RH.

23. Orang yang pertama membina penjara dalam Islam: Ali bin Abi Tholib RA.

24. Orang yang pertama menjadi raja dalam Islam : Muawayah bin Abi Sufyan RA.

25. Orang yang pertama membuat perpustakaan awam : Harun Ar-Rasyid RH.

26. Orang yang pertama mengadakan baitul mal : Umar Al-Khattab RA.

27. Orang yang pertama menghafal Al-Qur'an selepas Rasulullah SAW : Ali bn Abi Tholib RA.

28. Orang yang pertama membina menara di Masjidil Haram Mekah : Khalifah Abu Ja'far Al-Mansur RH.

29. Orang yang pertama digelar Al-Muqry : Mus'ab bin Umair RA.

30. Orang yang pertama masuk ke dalam syurga : Nabi Muhammad SAW.

Kerja Kosong

-mzkesturi-

Friday 18 January 2013

MUHASABAH KEWANGAN DENGAN MERENUNG 7 KESILAPAN KEWANGAN


Assalamualaikum, kali ini saya nak bawa semua untuk berfikir sejenak tentang 7 kesilapan kewangan. Bagi para remaja, kita juga perlu mempunyai pengetahuan serba-sedikit tentang hal kewangan kerana tidak ada orang di dunia akan sentiasa muda, pasti meningkat usia. Lain pula jika di beri kesempatan Allah kepada hambanya, sepeti yang berlaku kepada AshabulKahfi.

Menurut Kamus Besar Bahasa Indonesia, muhasabah bererti introspeksi iaitu peninjauan atau pembetulan terhadap perbuatan, sikap, kelemahan dan kesalahan diri sendiri. Dalam bahasa Arab, kata muhasabah adalah bentuk jamak dari kata “muhasaba” yang berasal dari kata “hisab” iaitu perhitungan atau “hasaba” ertinya menghitung. Tentu ada pembaca yang tertanya akan kaitannya dengan perancangan kewangan. Ada tiga sebab utama kenapa kita tidak pa­tut malas melakukan muhasabah kewangan secara sistematik.

Pertamanya lebih kerap kita melakukan muhasabah kewangan, lebih yakin prestasi kewangan kerana kita akan sedar sudah berada pada haluan yang benar menuju wawasan kewangan yang ditetapkan.
 Keduanya jika berlaku gangguan atau tempias ekonomi kita berupaya melakukan pembetulan m Keduanya jika berlaku gangguan atau tempias ekonomi kita berupaya melakukan pembetulan  umpama nakhoda kapal yang mengendali bahtera di tengah lautan yang bergelora.

Sebab ketiga ini menjurus kepada pembaca Islam berdasarkan surah Al-Mu'min ayat 16:

"Pada hari ini tiap-tiap jiwa diberi balasan dengan apa yang diusahakannya. Tidak ada yang dirugikan pada hari ini. Sesungguhnya Tuhan itu amat cepat hisabnya."

Ayat itu menjelaskan bahwa setiap usaha dan perbuatan yang manusia lakukan akan dihisab oleh Tuhan dan mereka akan men­dapatkan pembalasan sesuai dengan aktiviti masing-masing termasuk semua kegiatan kewangan.

Sesiapa sahaja tidak kira pencapaian ke­wangan mereka sekarang boleh melakukan muhasabah kewangan. Hakikatnya semakin kaya seseorang itu semakin mustahak bag­inya melakukan introspeksi samada seorang diri atau dengan bantuan penasihat profe­sional. Berikut saya berikan satu teknik mu­hasabah kewangan iaitu dengan bertanya berapa banyak kesilapan kewangan berikut yang masih dilakukan secara sedar atau tidak.

1. Sentiasa menangguh untuk memulakan sistem perancangan 

Tidak syak lagi inilah kesilapan yang pal­ing besar sekali. Tanyalah diri anda sendiri sudah berapa kali ucapan seperti tidak apa, nanti dulu, lepas kahwin, bila anak dah besar dijadikan alasan untuk tidak memulakan plan kewangan seperti tabungan untuk pendidi­kan anak, insuran perubatan atau membuat temu-janji dengan perancang kewangan bagi membaik pulih pinjaman anda

2. Gagal menetapkan matlamat kewangan dan cara mencapainya 

Kita sendiri sedar yang tiada orang yang mer­ancang untuk gagal tetapi kebanyakannya ga­gal merancang. Mungkin kerana sibuk dengan pelbagai tugas dan tanggungjawab anda tidak mempunyai masa untuk menulis di atas kertas jawapan kepada soalan-soalan seperti:



• Apakah 3 matlamat kewangan paling kritikal?

• Bila jangkamasa pencapaiannya?

• Berapa yang perlu diperuntukkan setiap bulan?

3. Kekurangan disiplin untuk menabung se­cara sistematik 

Media massa sekarang ini dipenuhi dengan iklan dan propaganda bertujuan menggalak­kan kita berbelanja lebih dari yang sepatutnya. Tetapi patutkah media massa dipersalahkan? Apakah ada sistem atau rahsia yang boleh me­nyelamatkan wang kita daripada lanun-lanun seperti kad kredit, jualan murah, desakan rakan sebaya dan gaya hidup serba glamour?



4. Kejahilan tentang konsep nilai masa (time value) wang 

Semua orang tahu pasal hutang kad kredit, hutang along dan hutang pinjaman perumahan yang seolah-olah tak pernah habis dibayar dan kalau dapat dibayar pun akan mengambil masa yang lama. Tetapi malangnya masih ramai yang lebih suka "menyimpan"' dengan syarikat kad kredit dan sentiasa merungut tidak cukup wang.



5. Perlindungan Insurans/Takaful yang tidak mencukupi 

Apabila memulakan satu sistem simpanan un­tuk tujuan tertentu contohnya deposit pembelian rumah, tabung pendidikan anak, ada risiko yang boleh menyebabkan wang simpanan tersebut tiba-tiba hangus. Contohnya sep­erti belanja perubatan, hilang upaya bekerja, kemalangan. Bolehkah kita berserah kepada takdir semata-mata untuk memastikan matla­mat kewangan kita tercapai?

6. Kegagalan menangani “’musuh” wang yang utama iaitu inflasi 



Bayangkan harga sebuku roti 10 tahun dari sekarang , atau segelas teh tarik. Kajian KWSP telah pun menunjukkan bahawa duit simpanan yang diambil oleh pencarum se­waktu usia 55 tahun habis dalam jangkamasa 3 tahun sahaja. Anda bagaimana , apa senjata yang ada untuk melawan inflasi, kanser ke­wangan nombor satu?

7. Keengganan menggunakan perkhidmatan penasihat kewangan bertauliah 

Semua orang tahu bila sakit harus jumpa dok­tor bukan peguam. Begitu juga kalau ada kes undang-undang jumpa peguam bukan doktor. Tidakkah logik untuk meminta khidmat nasihat seorang penasihat kewangan bagi mengatasi dilema kewangan anda? Kesilapan ini telah digunakan oleh pihak-pihak tertentu mem­perkenalkan skim cepat kaya dan pembelian produk-produk kewangan yang tidak sepadan dengan profil kewangan pelanggan.


Selepas melakukan muhasabah di atas kita patut sambung dengan muhasabah men­gaudit kedudukan kewangan kita. Kalau tidak buat audit kewangan peribadi ini, saya jamin anda akan menemui kebuntuan hari ini dan seterusnya dalam cubaan untuk melepaskan diri dari belenggu kewangan. Audit bermak­sud menyediakan dua penyata kewangan iaitu Wang Masuk Wang Keluar (WMWK) dan penyata aset-liabiliti (A-L). Boleh guna pen dan kertas atau lebih baik lagi gunakan perisian kewangan seperti Excel atau Google Docs.


Dari audit WMWK, kita boleh melihat di mana berlakunya pembaziran dan apakah perlu untuk menambah pendapatan. Sebabnya betapa bijak kita berjimat cermat akan sampai satu masa di mana inflasi dan tanggungjawab baru akan merimaskan situasi semula. Dari penyata A-L pula kita boleh atur strategi untuk berperang dengan hutang dan melihat samada harta kita patut disimpan, dijual atau dibiarkan begitu sahaja. Memang hebat jika para remaja sudah memulakan muhasabah kewangan. (klik di sini)

-mzkesturi-

Wednesday 16 January 2013

Pertanyaan Imam Al-Ghazali

16/1/2013 saya rasa memang suatu kelainan apabila terdapat dua kuliah yang saya hadiri menekankan apabila kita berumur 40 tahun, kedua-dua penceramah memberitahu bahawa apabila umur 40 tahun, seseorang insan itu sudah berada di tahap matang, 1st penceramah menceritakan tatkala Nabi Muhammad di lantik menjadi Nabi pada umur 40 tahun, dan 2nd  penceramah menyampaikan pesanan daripada Imam Ghazali kepada anak muridnya yaitu "apabila sudah seseorang sampai 40 tahun jika masih tidak berubah perangai buruknya maka siap sedialah ke neraka" (lebih kurang macam tulah yang disampaikan pesanan kepada muridnya)
kali ni jom kita mendalami persoalan yang dikemukan Imam Ghazali

Iman Ghazali = " Apa yang paling besar didunia ini ?"
Murid 1 = " Gunung "
Murid 2 = " Matahari "
Murid 3 = " Bumi "

Imam Ghazali = " Semua jawapan itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka."

IMAM GHAZALI" Apa yang paling berat didunia? "
Murid 1 = " Baja "
Murid 2 = " Besi "
Murid 3 = " Gajah "

Imam Ghazali = " Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah."

Imam Ghazali = " Apa yang paling ringan di dunia ini ?"
Murid 1 = " Kapas"
Murid 2 = " Angin "
Murid 3 = " Debu "
Murid 4 = " Daun-daun"

Imam Ghazali = " Semua jawapan kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali di dunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT . Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat "

Imam Ghazali = " Apa yang paling tajam sekali di dunia ini? "
Murid- Murid dengan serentak menjawab = " Pedang "

Imam Ghazali = " Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA . Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri "
(klik di sini)

-mzkesturi-

Wednesday 2 January 2013

The Different


Setiap kali kalau datang idea aku suka untuk menulis kali ni pasal 
Perbezaan Akal, Dangkal, Tangkal, Janggal, Pangkal, Sangkal 
sebaneranya tak banyak beza pun sebutannya bahasa Melayu memang sedikit mengelirukan nak taknak kita perlu tahu 


Akal merupakan kurniaan Allah pada manusia untuk membezakan manusia dengan binatang,


Dangkal menunjukkan pemikiran seseorang yang cetek atau dangkal


Tangkal merupakan azimat yang selalunya dipercayai mempunyai sesuatu kuasa untuk sesuatu dan itu boleh jatuh syirik


Janggal menunjukkan sesuatu perasaan seseorang menunujukkan dia berasa ganjil untuk melakukan sesuatu


Pangkal merupakan sesuatu yang berada di depan


Sangkal kenyataan di atas tidak boleh di sangkal kerana ianya benar bermaksud kenyataan di atas di boleh ditolak kerana ianya benar

kerja kosong
(setiap kali terlintas idea aku cepat-capat taip..)

-mzkesturi-

Tuesday 1 January 2013

SELAMAT SAMBUT TAHUN 2013 MASIHI

wah..mau masuk 21thun..tua~~~
kena igt..mati..mati..mati..
xkenal usia..bila2 bleh dtg menjemput...
Ya Allah kurniakanlah kebaikan, kesejahteraan hidup, umur y panjang pada diriku, ibubapaku, keluargaku dan kepada muslimin dan muslimat seluruhnya..seterusnya kurniakanlah syurga kepada kami..
semoga amalan pada tahun 2013 menjadi tahun yang lebih baik dari tahun 2012..
sesungguhnya Engkaulah Maha Agung, Maha Mengetahui dan Maha Pengasihani


kabulkanlah doa kami ya Allah Tuhan sekalian Alam, dengan Engkau kami memoon dan dengan engkau kami kembali


Sesungguhnya orang yang beruntung adalah orang di mana amalannya hari ini lebih baik daripada semalam dan hari esok lebih baik daripada hari ini

Dan orang y rugi adalah orang di mana amalannya hari semalam dan esok sama dengan amalannya hari ini

Seterusnya orang y celaka adalah orang di mana amalannya hari ini lebih teruk daripada hari semalam dan hari esok lebih teruk daripada hari ini


SELAMAT SAMBUT TAHUN 2013 MASIHI

-mzkesturi-