Saturday 31 December 2016

Wanita Mangsa Pukul Lelaki


Wanita Mangsa Pukul Lelaki

Y seorang wanita lingkungan 37 tahun bekerja sebagai pembantu am pejabat juga merupakan rakan sekerja aku. Pada mula aku menyertai syarikat pada pertengahan bulan, aku menyapa Y dan minta pertolongan Y tentang kerja. Sebelum tengah hari pengurus operasi MP dan beberapa rakan sekerja lain mendengar teman lelaki Y, M memarahi Y sebab cemburu akan aku, aku pelik sebab musabab untuk cemburu aku, aku anggap Y seperti akak, kerana umurnya yang lebih tua.

Aku tidak mengendahkan hal itu, dua hari selepas itu, Y berpesan pada aku, untuk mengangkat tangan pada M, mengelakkan M cemburu pada aku.
Aku buat apa yang Y pesan.
Keesokkan hari Y cakap pada aku, yang M mengatakan aku peramah dan baik sebab mengangkat tangan, walhal aku dan M tidak pernah borak panjang. Hanya bertegur sapa.

Suatu hari pembantu am lagi satu A, terima panggilan dari M, mengatakan Y tak dapat datang kerja, kecemasan kepala kena jahit.
Aku cakap pada diri aku, wah bergaduh ke? Teruk ni... Tapi untuk bersangka baik, aku tidak mengendahkan.

Nak dijadikan cerita, pada suatu pagi M menghantar Y ke pejabat di tempat letak kereta, M menjerit memahari pada Y... Oh kau tak hormat aku ya..!!!
Aku penat jaga kau...!!
Ini balasan kau pada aku...!!
Pada masa itu, kebetulan aku dan pengurus operasi berada ditempat berhampiran. 
Kami bergegas ke arah mereka
Kami melihat muka M sangat bengis, tangannya menggigil, seperti orang kelaparan...
Dia cakap dah Y masuk kereta kita balik..!!!
Kau lebih pentingkan kerja dari aku..!!
Kita balik..!!
Hantar surat "resign"..!!
Syarikat tak perlu bayar gaji pun tak apa..!!

Kami bertanya kenapa ni?
M jawab.. Saya bukan apa Y lebih pentingkan kerja dari saya...
Saya suruh dia salam saja...
Kemudian Y menyorok dibelakang MP tangannya menggigil ketakutan
Pengurus operasi kata pada M untuk biarkan Y bekerja, kerana sekarang waktu untuk dia bekerja
Tanpa sedari hampir 10 orang berkerumun di tempat kejadian.

Aku menyuruh mereka semua pergi dan bawa Y ke dalam pejabat.
Aku cakap pada M, bro kau tak boleh buat macam ni, kau tengok semua orang takut kat kau, dah kau balik minum air banyak-banyak, relax tarik nafas dalam-dalam, aku perasan nafas M tercungap-cungap.

Aku cuba pujuk M balik ke rumah, kemudian aku perasan M sedikit tenang, nafasnya kembali teratur, tapi tangannya masih menggigil, kemudian M minta izin pada aku untuk bercakap dalam bilik mesyuarat untuk mohon maaf pada Y sebab tengking Y tadi.

Aku pun panggil Y, Y dalam tandas, ketakutan, tangannya menggigil, mukanya putih, merah, kerana ketakutan. Kemudian aku pesan pada M, kau tak boleh buat macam tu, tengking, sampai semua orang dengar, marah perempuan macam tu, M mohon maaf pasal peristiwa tadi.

Y pun sampai di bilik mesyuarat, M pujuk Y, bilik mesyuarat sepenuhnya kaca, jadi kami boleh nampak.
Selagi tangan M tak hinggap pada Y, kami tak boleh bertindak.

Selepas selesai komunikasi antara M dan Y, M cakap pada Y, sayang nanti pukul 5 petang I datang jemput ok...

Kami nampak M senyum, Y perasan, Y semakin takut...
M beredar dari bangunan pejabat, Y pesan pada kami, maaflah pasal kejadian tadi, Y pun cakap pada kami, tak tahu sama ada esok dia mati ke tidak...

Supervisor pengawal R pun singgah ke pejabat, menceritakan Y pernah tinggal seorang di sini dahulu, M datang pukul belasah muka Y, badannya lebam, bengkak, pengawal menelefon polis, kes tersebut menjadi kes polis, kes 3 bulan yang lepas.

Kemudian pembantu am, A pula menceritakan pada hari yang Y tak datang kerja sebab terima jahitan di kepala, adalah kerana M belasah kepala Y dengan vape.

Juruteknik H, pula cerita pada hari Y memulakan kerja di syarikat, Y memakai purdah, adalah kerana dibelasah oleh M di muka Y ada kesan lebam-lebam. H menambah, yang H tak boleh terima bila lelaki buat macam itu pada wanita, kerana H pun ada ibu, dan kakak-kakak, patutnya lelakilah yang jadi pelindung pada wanita, bukan pukul mereka.

Setelah aku mendengar cerita tersebut, aku minta Y lukiskan peta lokasi tempat dia tinggal, pada masa ini Y tinggal bersama keluarga M.
Y pun lukis pada kertas sambil menerangkan aku. Tiba-tiba M berada dibelakang Y cuba untuk memeluk, Y menjerit terkejut. Aku terkejut, tangan aku pun menggigil... Bila masa M masuk pejabat...

M menangis pada Y merayu, untuk tidak meninggalkannya.
Jam menunjukkan 5 petang, M cakap yang dia tak akan apa-apakan Y, M sambung yang aku boleh mengikut belakang kereta mereka sehingga sampai ke rumah.

Inilah peluang aku untuk mengingat jalan. Aku pun mengikut mereka sehingga ke rumah. Kemudian aku pun pulang.

Sampai dirumah, aku pun mewujudkan group perbincangan untuk menyelamatkan Y pada hari esok.

Aku nyatakan dua cadangan
1. Jika Y datang esok, sebelum masa rehat tengah hari seseorang perlu bawa dia keluar. Untuk pastikan Y dalam selamat. Bawa Y untuk membuat laporan polis. Kemudian rakan sekerja lain baru boleh laporan polis.

2. Jika Y tak datang esok pagi. Kita tunggu sehingga keluarga Y sampai untuk buat laporan untuk ambil Y dari rumah M, dan bawa Y terus ke keluarganya

Dalam pada masa yang sama, abang Y dalam perjalanan ke KL. Setelah seorang lagi juruteknik K menelefon abang Y dari kampung.

H hantar pada kami dengan pesanan

You are NOT my friend anymore, because you ARE my family FOREVER

๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ
---------------------------------------------------------------------------------

Keesokan harinya, pukul 7 pagi abang Y dah sampai pejabat, K pergi jemput abang Y. Aku bergegas ke pejabat.

Jam menunjukkan pukul 9:05 pagi, Y masih tak sampai pejabat.
Abang Y telah buat laporan polis menyatakan untuk mengambil Y dari rumah M

Aku, K, R dan abang Y ke rumah M.
Aku pesan pada abang U untuk tunggu sekejap untuk menyelesaikan masalah secara baik, mereka setuju.

Sampai dipintu, K disebelah dan R dibelakang.
Aku memberi salam, ayah M membuka pintu, dan aku meminta untuk bejumpa Y, Y datang ke arah aku, mukanya pucat, tangannya masih menggigil, mulutnya bergerak tapi tiada suara, aku nampak, "tolong, Y takut, bawa Y keluar dari sini"

Sampai Y keluar dari pintu depan rumah, aku menarik Y keluar tanpa selipar terus ke kereta abang Y, kami jumpa kembali di pejabat.

Sampai dipejabat, kami bertanyakan apa terjadi semalam, Y beritahu yang M cekik leher dan pergelangan tangan Y, tangan Y masih ada kesan merah akibat genggaman kuat M.

Kami menasihati Y dan abang Y membuat sekali lagi laporan polis. Dan berharap Y tidak lagi berjumpa dengan M. 

Y masih lagi proses penceraian dengan bekas suami. Kerana suaminya pantang nampak perempuan cantik. Bekas suaminya telah berkahwin lain.
Seperti keluar mulut buaya, masuk mulut singa

Cerita di atas adalah untuk menjadikan tauladan pada wanita, untuk berhati-hati memilih cinta, hati-hati dengan lelaki.

Langit tak semestinya cerah,
Awan tak semestinya mendung.

Itulah kisah Wanita Mangsa Pukul Lelaki.

Wednesday 14 December 2016

Kisah Nabi Muhammad SAW

Kisah Nabi Muhammad SAW 

Nabi Muhammad SAW adalah nabi terakhir yang diutus ke muka bumi untuk membawa umatnya ke jalan yang benar. Beliau dilahirkan dari seorang ibu yang bernama Siti Aminah dan Ayah yang bernama Abdullah, yang dilahirkan pada hari Isnin, 12 Rabiul Awal atau 22 April 571 M di kota Mekkah pada tahun Fiil (gajah) dan wafat pada tanggal 8 Juni 632 M di Madinah dalam usia 63 tahun. Nabi Muhammad dilahirkan dalam keadaan yatim, kerana ketika nabi Muhammad masih dalam kandungan, Abdullah telah meninggal dunia. Nabi terlahir dari keluarga bangsawan Bani Quraisy. Nama lengkap Muhammad bin Abdullฤh ini merupakan seorang yang terlahir dari keluarga Bani Quraisy yang membawa ajaran agama Islam. Nama Muhammad ertinya orang yang terpuji. Nama ini diberikan oleh datuk tercintanya yaitu Abdul Muthalib.

Monday 12 December 2016

Kisah Nabi Isa AS

Kisah Nabi Isa AS

Maryam sejak kecil diasuh oleh mendiang Nabi Zakaria, ia seorang gadis yang baik budi pekertinya, sesudah menginjak usia dewasa ia selalu mengurung diri di tempat ibadah. Sama sekali tak pernah berhubungan dengan orang lain. Pada suatu hari Nabi Zakaria melihat Maryam di tempatnya, ia terkejut melihat aneka buah – buahan yang ada dalam kamarnya. Maryam menjelaskan bahwa semua itu adalah kurnia Allah swt. Nabi Zakaria percaya akan hal itu, memang tidak mustahil Maryam yang suci, taqwa dan tunduk pada perintah allah itu sehingga mendapat kurnia berupa makanan dari syurga.

Kisah Nabi Yahya AS

Kisah Nabi Yahya AS

Nabi Yahya a.s. adalah anak Nabi Zakaria a.s., Nabi Yahya a.s. adalah seorang yang bertakwa dan telah diberi hikmah oleh Allah s.w.t. dari semenjak kecil. Beliau adalah seseorang yang berbakti kepada kedua orang tuanya dan beliau bukan orang yang sombong dan durhaka.

Sunday 11 December 2016

Kisah Nabi Zakaria AS

Kisah Nabi Zakaria AS

Umur Nabi Zakaria AS dan isterinya sudah tua, padahal sejak usia muda mereka mendambakan seorang putra yang dapat melanjutkan dakwah untuk membimbing umatnya supaya tidak tersesat. Pekerjaannya sehari-hari adalah sebagai tukang kayu, tetapi dakwah yang dilakukan untuk membimbing umat lebih diutamakannya dari pada kepentingan peribadi.

Saturday 10 December 2016

Kisah Nabi Yunus AS

Kisah Nabi Yunus AS

Nabi Yunus bin Mata termasuk orang yang shaleh, sejak sebelum diangkat menjadi Nabi dan Rasul beliau memang seorang ahli ibadah yang tekun. Ia termasuk orang yang lurus, namun ada kelemahannya yaitu mudah hilang harapan, ia telah mengajak kaumnya menyembah Allah dan meninggalkan penyembahan terhadap berhala. Meninggalkan kemaksiatan dan kedurhakaan. Namun di antara sekian banyak kaumnya itu hanyadua orang yang mau mengikutinya. Dua orang itu adalah Rubil dan Tanuh. Rubil seorang yang alim dan bijaksana sedangkan Tanuh seorang yang tenang dan sederhana.

Kisah Nabi Ilyasa AS

Kisah Nabi Ilyasa AS

Nabi Ilyasa AS adalah anak Akhtub bin 'Ajuz, yang lalu diangkat anak oleh Nabi Ilyas A.S. Beliau diangkat oleh Allah menjadi rasul sebagaimana telah tersebut di dalam AI Qur'an.

Kisah Nabi Sulaiman AS

Kisah Nabi Sulaiman AS

Nabi Sulaiman menjadi Raja setelah ayahnya wafat, pada waktu itu ia baru berusia tiga belas (13) tahun. Allah SWT member keistimewaan kepada Sulaiman, selain sebagai raja yang besar ia juga sebagai Nabi. Keistimewaan Nabi Sulaiman yaitu pikirannya yang cerdas dan ilmunya yang sangat luas, Nabi Sulaiman dapat berkomunikasi dengan makhluk lain seperti Jin, Semut, dan burung. Semua makhluk patuh kepada perintahnya dengan seizing Allah SWT.

Kisah Nabi Daud AS

Kisah Nabi Daud AS

Berlalulah tahun-tahun yang cukup panjang dari wafatnya Musa. Setelah Nabi Musa, datanglah para nabi dan mereka telah mati dan anak-anak Israil setelah Musa telah kalah. Kitab suci mereka telah hilang, yaitu Taurat. Ketika Taurat telah hilang dari dada mereka maka ia pun tercabut dari tangan mereka. Musuh-musuh mereka menguasai peti perjanjian yang di dalamnya terdapat peninggalan keluarga Musa dan Harun. Bani Israil terusir dari keluarga mereka dan rumah mereka. Keadaan mereka sungguh sangat tragis. Kenabian telah terputus dari cucu Lawi, dan tidak tersisa dari mereka kecuali seorang wanita yang hamil yang berdoa kepada Allah SWT agar Dia memberinya anak laki-laki. Lalu ia melahirkan anak laki-laki dan menamainya dengan nama Asymu'il yang dalam bahasa Ibrani berarti Ismail. Yakni Allah SWT mendengar doaku.

Friday 9 December 2016

Kisah Nabi Harun AS

Kisah Nabi Harun AS 

Harun bin Imran bin Qahats bin Azar bin Lawi bin Yaakub bin Ishak bin Ibrahim. Beliau adalah saudara Nabi Musa, diutus untuk membantu Musa memimpin Bani Israel ke jalan yang benar.

Firman Allah: "Dan Kami telah menganugerahkan kepadanya sebahagian rahmat Kami, yaitu saudaranya, Harun menjadi seorang nabi." 

Kisah Nabi Musa AS

Kisah Nabi Musa AS

Nabi Musa AS dilahirkan di Negeri Mesir pada masa pemerintahan Raja Firaun, ibunya bernama Yukabad dan ayahnya bernama Imran bin Yashar. Raja Firaun seorang Raja yang zalim dan kejam. Waktu itu dikeluarkan undang-undang apabila ada bayi lahir laki-laki, harus dibunuh dan apabila lahir bayi wanita dibiarkan hidup saja. Ketika Musa lahir, ibunya takut sekali, ia khawatir Musa akan dibunuh tetapi Allah SWT memberikan ilham agar bayi itu ditaruh di dalam peti kemudian dihanyutkan ke sungai Nil. Akhirnya, peti yang berisi bayi itu ditemukan oleh Asyiyah isteri Firaun. Asyiyah memohon kepada suaminya agar bayi itu tidak dibunuh, tetapi dijadikan anak angkat saja.

Kisah Nabi Syu’aib AS

Kisah Nabi Syu’aib AS

Nabi Syu’aib AS tinggal di kota Madyan yang letaknya di Yordania sekarang. Ketika itu, masyarakatnya kafir kepada Allah dan melakukan berbagai kemaksiatan, seperti membajak (merompak) dan merampas harta manusia yang melintasi mereka. Mereka juga menyembah pohon lebat yang disebut Aikah.

Kisah Nabi Zulkifli AS

Kisah Nabi Zulkifli AS

Nama asalnya ialah Basyar, anak Nabi Ayyub AS dari istrinya Rahmah. Seperti ayahnya, Zulkifli juga mempunyai sifat yang sabar dan teguh dalam pendirian. Ia hidup di sebuah negara yang dipimpin oleh seorang Raja yang arif bijaksana. Pada suatu hari Raja tersebut mengumpulkan rakyatnya dan bertanya, "Siapakah yang sanggup berlaku sabar, jika siang berpuasa dan jika malam beribadah?" Tak ada seorang pun yang berani menyatakan kesanggupannya. Akhirnya anak muda bernama Basyar mengacungkan tangan dan berkata ia sanggup melakukan itu. 

Kisah Nabi Ayyub AS

Kisah Nabi Ayyub AS

Nabi Ayyub AS adalah putra dari Aish bin Ishaq AS bin Ibrahim AS. Sebagaimana disebutkan dalam kisah Nabi Yaqub AS, Aish adalah saudara kembar Nabi Yaqub AS, jadi Nabi Ayyub masih kemenakan Nabi Yaqub AS dan sepupu Nabi Yusuf AS. Nabi Ayyub AS adalah salah seorang nabi yang terkenal kaya raya, hartanya melimpah, ternaknya tak terbilang jumlahnya. Namun demikian ia tetap tekun beribadah, gemar membuat kebajikan, suka menolong orang yang menderita, terlebih dari golongan fakir miskin. 

Kisah Nabi Yusuf AS

Kisah Nabi Yusuf AS

Putra tersayang Nabi Ya'qub AS

Nabi Yusuf AS adalah salah satu dari 12 orang putra Nabi Ya'qub AS. Rasa sayang Nabi Ya'qub yang berlebihan terhadapnya membuat saudara-saudaranya menjadi iri hati terhadapnya. Lebih dari itu, wajah Nabi Yusuf pun jauh lebih tampan dibandingkan dengan saudara-saudaranya yang lain. Suatu hari Yusuf bermimpi tentang 11 bintang, matahari dan bulan, turun dari langit dan bersujud di depannya. Ia menceritakan mimpinya ini kepada ayahnya. Ya'qub sangat gembira mendengar cerita itu dan menyatakan bahwa Allah SWT akan memberikan kemuliaan, ilmu, dan kenikmatan hidup yang mewah bagi putranya. 

Kisah Nabi Ya'qub AS

Kisah Nabi Ya'qub AS

Sebagaimana disebutkan sebelumnya, Nabi Ya'qub AS adalah putra Nabi Ishaq AS, dan ia memiliki saudara kembar bernama Aish. Ayahnya lebih menyayangi Aish saudaranya karena dia lahir lebih dulu, sedang ibunya lebih menyayanginya karena beliau lebih kecil. Ketika usianya sudah sangat lanjut, Nabi Ishaq tak dapat melihat lagi. Ia sering dilayani oleh Aish yang pandai berburu dan sering mendapatkan kijang. Sedang Nabi Ya'qub sangat pendiam dan lebih senang berada di rumah mempelajari ilmu-ilmu agama. Perselisihan Ya'qub AS dengan saudaranya

Kisah Nabi Ishaq AS

Kisah Nabi Ishaq AS

Nabi Ishaq AS adalah salah satu putra Nabi Ibrahim AS dari istrinya yang bernama Siti Sarah. Ishaq adalah kata dalam bahasa Ibrani yang berarti tertawa. Dalam Al Qur'an dikisahkan bahwa Sarah tertawa ketika mendapat keterangan bahwa dirinya akan memperoleh seorang anak lelaki, sementara usianya sudah sangat lanjut, yaitu 90 tahun. Tatkala Ibrahim merasa ajalnya hampir tiba, Ishaq belum menikah. 

Thursday 8 December 2016

Kisah Nabi Ismail AS

Kisah Nabi Ismail AS

Nabi Ibrahim mengasingkan Hajar dan anaknya.
Dengan kelahiran bayi Ismail, Siti Sarah, istri pertama Nabi Ibrahim AS, beransur-ansur merasa cemburu sehingga ia meminta kepada suaminya agar memindahkan Hajar dan anaknya ke suatu tempat yang jauh. Atas wahyu dari Allah SWT, Ibrahim AS memenuhi kehendak istrinya. Ia kemudian memindahkan Hajar dan bayinya ke tengah padang pasir di Mekah, dekat sebuah bangunan suci yang kemudian dikenal sebagai Ka'bah. Ia kemudian meninggalkan keduanya di tempat itu karena harus kembali ke Palestina untuk menemui Sarah. Dalam perjalanan pulang itu Ibrahim tak henti-hentinya memanjatkan doa memohon keselamatan bagi istri dan putra yang ditinggalkannya. 

Kisah Nabi Ibrahim AS

Kisah Nabi Ibrahim AS 

Nabi Ibrahim AS dilahirkan di Babylonia, bahagian selatan Mesoptamia (sekarang Iraq). Ayahnya bernama Azar, seorang ahli pembuat dan penjual patung. Nabi Ibrahim AS dihadapkan pada suatu kaum yang rosak, yang dipimpin oleh Raja Namrud, seorang raja yang sangat ditakuti rakyatnya dan menganggap dirinya sebagai Tuhan. 

Kisah Nabi Saleh AS

Kisah Nabi Saleh AS

Nabi Saleh AS, menurut salasilah, beliau adalah putra dari 'Ubaidah bin Tsamud bin 'Amir bin Iram bin Sam bin Nuh AS. Ia diutus ke tengah-tengah bangsa Tsamud yang hidup di bekas kemusnahan kaum Aad. Bangsa Tsamud ternyata lebih pandai daripada kaum Aad. Setelah kaum Aad binasa, negeri mereka menjadi tandus dan kering. Kemudian negeri ini dibangun kembali oleh kaum Tsamud, sehingga bagai disulap menjadi negeri yang hijau dan makmur. Akan tetapi seperti kaum pendahulunya, kaum Tsamud pun menjadi sombong dan lupa diri. Hukum rimba berlaku lagi, mereka yang kuat menekan mereka yang lemah. Mereka pun tidak mahu mendengarkan dakwah Nabi Saleh AS. 

Kisah Nabi Hud AS

Kisah Nabi Hud AS

Nabi Hud AS turunkan di tengah-tengah kaum Aad yang terkenal memiliki fisik tegar dan berotot kuat. Namun moral mereka sangat buruk, di antara mereka berlaku hukum rimba, siapa kuat, dialah yang menang. Kaum ini hidup di negeri Ahqaf, yaitu diantara Yaman dan Oman. Mereka adalah kaum penyembah berhala-berhala bernama Shamud, Shada, dan Al Haba. 

Kisah Nabi Nuh AS

Kisah Nabi Nuh AS

Setelah berabad-abad berlalu dari masa Nabi Idris, dan moral manusia sudah terlalu jauh menyimpang dari kebenaran, Allah SWT menurunkan seorang Nabi yang bernama Nuh. Beliau merupakan keturunan ke-9 dari Nabi Adam AS. Beliau diangkat menjadi nabi dan rasul pada usia 480 tahun. Beliau menjalankan tugasnya selama lima abad dan wafat pada usia 950 tahun. Nabi Nuh terkenal sebagai nabi yang fasih berbicara, bijaksana, dan sabar dalam menjalankan tugas dan risalahnya. Namun demikian, ia hanya mendapatkan pengikut antara 70 sampai 80 orang, itu pun hanya dari kalangan orang-orang lemah. 

Kisah Nabi Idris AS

Kisah Nabi Idris AS


Nabi yang pandai menulis, menjahit, mengetahui ilmu binatang, dan menunggang kuda. Nabi Idris AS diutus kepada anak cucu Qabil yang durhaka kepada Allah SWT. Ia merupakan keturunan ke-6 dari Nabi Adam AS. Ia termasuk salah seorang nabi yang sabar dan taat beribadah. Menurut beberapa riwayat, Nabi Idris AS hidup di Mesir. Ia berdakwah mengajarkan tauhid dan beribadah menyembah Allah SWT. Ia wafat dalam usia 82 tahun. Ketika Nabi Muhammad SAW melakukan isra mi'raj, Nabi Idris AS dijumpai di langit ke-6 dan memberi salam kepada Nabi Muhammad SAW. Dalam Al Quran terdapat 2 ayat yang menyebutkan tentang Nabi Idris AS, yaitu surah Maryam ayat 56 dan 57.


Kisah Nabi Adam AS

Kisah Nabi Adam AS


Manusia pertama diciptakan


Manusia pertama di dunia, moyang dari seluruh umat manusia. Diciptakan dari tanah oleh Allah SWT, dan kemudian ditiupkan roh ke dalamnya. Semua makhluk di surga bersujud kepadanya atas perintah Allah SWT, hanya iblis yang menolak, kerana ia merasakan dirinya yang diciptakan dari api lebih tinggi darjatnya daripada Adam. Sebagai balasan, Allah SWT mengusir iblis dari syurga dan melaknatnya sehingga hari pambalasan. Sejak itu iblis bersumpah untuk sentiasa menyesatkan Adam dan keturunannya hingga hari kiamat nanti, sebagai balasan bagi Adam yang dianggapnya telah menyebabkan ia terusir dari surga. Kisah penciptaan Adam, pembangkangan iblis, dan pengusiran iblis dari surga dinyatakan dalam surat Al-Baqarah: 30-38, Al-A'rรขf: 11-18, dan Shรขd: 73-83. 

Kisah Nabi ILYAS AS

Kisah Nabi ILYAS AS

Dalam kisah dan cerita juga merupakam kisah teladan yang juga bisa menjadi renungan kita bersama kerana dalam sejarah para nabi dan Rasul kehadiran mereka memang memiliki mandat atau amanat yang harus dijalankan sebagaimana mestinya. 

Kisah Nabi Luth AS

Kisah Nabi Luth AS

Nabi Luth AS adalah keturunan Nabi Ibrahim AS. Ketika Nabi Ibrahim AS berhijrah dari kota Harran menuju Palestina bersama isteri dan para pengikutnya, Luth bin Harun ikut bersama mereka. Ibrahim bersama Luth kemudian menuju Mesir di saat musibah kelaparan melanda Palestina. Setelah musibah itu mereda, mereka kembali dari Mesir dengan membawa ternak yang diberikan raja Mesir kepada mereka. Berhubung padang rumput yang ada tidak mencukupi bagi ternak yang banyak itu, maka sering timbul pertikaian antara gembala-gembala Ibrahim dan gembala-gembala Luth.