Friday, 26 April 2013

Khutbah Jumaat 26/4/2013


Assalamualaikum, agak lama aku tak update pasal khutbah Jumaat, tapi kali ini, alhamdulillah para syaitan yang sering bawa tongkat, gincu, dan celak tidak dapat menjerat aku pada khutbah Jumaat kali ini..





Konsep pemimpin daripada Khalifah Harun ar Rashid


Engkau(pemimpin) ibarat sumber air, manakala ulama’ sebagai penyambung saluran air, namun apabila sumber air tadi kotor, maka apa lagi yang hendak diharapkan lagi daripada penyambung, begitulah taksiran atau perumpamaan pemimpin dan ulama dalam membentuk sebuah Negara. Kelak, setiap pemimpin akan disoal (dihisab) akan amalannya yaitu amanah yang diberikan kepadanya, yang mana baik amalannya dibalas dengan kenikmatan syurga begitu juga sebaliknya.


Seorang pemimpin yang Islam yang mengamalkan Islam dalam hidupnya hendaklah mempunyai ciri2 asas yaitu menunaikan solat 5 kali sehari, menunaikan zakat, melaksanakan perintah Allah serta merasai keperitan hidup orang bawahan, yaitu orang yang susah.


Dalam soal pemerintahan berkonsepkan demokrasi, yaitu melalui pengundian memilih pemimpin, bukan sahaja pemimpin disoal di akhirat, malah pengundi2 juga turut disoal akan pemilihan pemimpin di antara mereka. Tiada satu pun yang akan terlepas itulah janji Allah Maha Agung.


Oleh yang demikian, khatib memberi bayangan atau perumpaan supaya memilih pemimpin yang hebat seperti Saidina Umar Al-Khattab, seorang pemimpin yang tidak akan tidur selagi lampu di seluruh Madinah di padam, bukan seperti pemimpin yang senantiasa lena di atas kemewahan rakyat.


Selain itu, seperti khalifah Harun ar-Rashid di mana sehingga bergilangan air mata tatkala meminta nasihat daripada ulama’ untuk kebajikan rakyatnya.

Seperti Abu Bakar as-Siddiq yang mengeluarkan semua hartanya untuk kebajikan umat.

Firaun seorang contoh pemimpin yang zalim, mengaku dirinya sebagai tuhan, berbangsa Qibti dan tidak suka kepada kaum bani Israel atau Yahudi, Firaun berusaha untuk memisahkan rakyatnya, sering juga mencurigai rakyat. Tapi apakan daya empayar yang dibina akhirnya jatuh menyembah bumi.


Ingatlah kerajaan yang kekal hanyalah milik Allah Yang Maha Esa.


Para pemuda, belajarlah untuk menjadi pemimpin, seperti memimpin keluarga serta rakan2. Dan ingatlah pemimpin bukanlah dilahirkan di dalam bilik kuliah yaitu 100% teori, sebaliknya pemimpin yang hebat dan berkualiti, lahir daripada kesusahan, kesimpitan hidup yaitu mempunyai pengalaman dalam menyelesaikan masalah yang rumit,


Seperti Nabi Yusuf A.S daripada dikurung sehingga menjadi insan yang agung, daripada dibenci kepada insan yang disayangi, daripada insane yang di musuhi kepada seorang pemimpin yang di segani. Begitulah ujian Allah kepada pemimpin hebat, sering diuji dengan pelbagai ujian, dan “ingatlah Allah tidak sekali2 memberikan ujian kepada hambanya yang tidak setaraf dengan ujian yang hendak diberikan”.
  
-mzkesturi-


JUTAWAN MAYBANK2U BONGKAR RAHSIA AJAIB
SISTEM DUIT SENYAP DIRUMAH TERBONGKAR!
FORMULA LUAR BIASA JANA PENDAPATAN!

No comments:

Post a Comment