Monday, 8 October 2012

As-Syifa’ bhg 1


Assalamualaikum, kali ni aku nak kongsi ilmu dari as-Syifa’ dan untuk melindungi makhluk halus. As-syifa’ bermaksud penawar. Info yang aku nak bagi ni aku ambil terus dari darul syifa' Sabak Bernam, jadi xsalah rasanya kalau aku kongsikan kat dalam blog aku, kan “ilmu xdiamalkan umpama pohon y xberbuah.” Lagi 1 “apabila tercabutnya nyawa anak Adam maka putuslah amalannya kecuali amal jariah, ilmu y bermanfaat dan doa anak y soleh. Jadi ilmu y dimanfaatkan dapatlah aku dividend bila dalam kubur nanti. Aku cuba untuk memberikan penerangan dengan jelas kalau xjelas aku minta maaf..

Langkah-langkah:-

1. Baca surah al-Fatihah setiap lepas solat fardhu dengan niat untuk melindungi diri dari makhluk halus. Caranya 
Katakanlah kita bermula dengan hari ahad, jadi bermula dari ahad sehingga hari sabtu, setiap lepas solat baca 1x al-Fatihah, kiranya 1minggu 5kali selepas solat fardhu baca al-fatihah, minggu ke-2 2x al-Fatihah, begitulah seterusnya.
1minggu = 7 hari, 1 hari = 5 solat fardhu, 7hari X 5 solat fardhu = 35x surah al-Fatihah, minggu ke-2, 2Xkali, sehinggalah minggu ke-7 = 7Xkali al-Fatihah, kemudian kembali balik kepada 1Xkali

2. Membaca al-Muawizat sebelum tidur dan selepas bangun tidur, (rasanya betul ejaan rumi aku), surah 3 khuld, 
a)      surah al-Ikhlas,
b)      surah al-Falaq dan
c)       surah an-Nas
Caranya,
Sebelum @ selepas tidur, lunjurkan kai ke arah kiblat, kemudian tadah tangan baca surah al-Fatihah dan muawizat, setelah selesai tarik nafas kemudian hembus perlahan-lahan ketapak tangan, sehingga habis nafas (jangan habis terus takut mati lak nanti) dan sapukan keseluruh badan yang tercpai oleh tangan.

    3. Ayat kursi, sebagai pendinding.
Bagi yang baru beli rumah @ baru menduduki sesebuah kediaman, bacalah ayat kursi dengan 9 waqaf @9 tempat berhenti, kalau nak tahu cara 9 waqaf, rajin-rajinlah buka al-Quran.
Caranya,
Membaca ayat kursi 9 waqaf, kemudian pusingkan badan mengikut arah tawaf @ arah lawan jam step nya , tiup ke kiri, dan 4xkali  ke kiri, (kiri, belakang, kanan dan depan)

Bagi yang selalu keluar @ balik malam, sebelum masuk ke dalam rumah, amalkanlah membaca ayat kursi dengan 9 waqaf, di depan pintu kemudian tiup dari arah kanan, atas, kiri, dan depan kemudian barulah masuk ke dalam rumah, kalau boleh basuh kaki sebelum masuk pon ok jugak..


4. Pendinding Dengan Ayat Penggerak @ Ayat sebelum pergi tempat yang disangka berisiko
Bagi sesiapa yang mengamalkan bacaan al-Ma’thurat pasti tahu ayat ni:-



Cara amalannya:-
  • Bila hendak pergi ke sesuatu tempat yang berisiko @ merbahaya, @ bermusafir @ balik kampong @ hendak membuat sesuatu pekerjaan yang berisiko @ pulang ke rumah daripada melakukan sesuatu pekerjaan yang berisiko, maka bacalah ayat ni 7 kali

- 
  •  Jika bacaan tersekat-sekat atau ada gangguan ketika membaca ayat ini, maka berehatlah dahulu. Setelah berehat, baca lagi sehingga 7 kali bacaan lancar barulah meneruskan perjalanan @ pekerjaan tersebut.

Dan ada lagi 1 ayat y boleh digunakan yaitu ayat 9 dalam surah Yassin, nak tahu ayatnya macam mana, rajin-rajinlah buka surah Yassin, ayat ini pernah diceritakan dalam sirah Nabi Muhammad S.A.W di mana, pernah suatu ketika rumah Rasululllah di kepung sekelilingnya oleh tentera kafir, dan maka turunlah ayat itu tadi, dengan izin Allah kesemua tentera tadi berasa mengantuk teramat sangat dan tertidur, dan Rasullulah berlalu pergi dengan selamat.


5. Pendinding dengan doa berkubu



Cara amalannya:-
  •  Berdiri mengadap ke hadapan (katakan kea rah utara). Baca ayat ini kemudian tiup sehingga habis nafas ke hadapan sambil menoleh kanan ke kiri.

  • Pusing ke arah kiri (sekarang berdiri ke arah barat). Baca ayat ini kemudian tiup sehingga habis nafas ke hadapan sambil menoleh kanan ke kiri.

  • Lakukan perkara yang sama untuk arah selatan dan timur.

  • Berpaling semula ke arah utara, baca lagi kemudian tiup ke bawah sehingga habis nafas. Baca lagi kemudian tiup ke atas sehingga habis nafas.

  • Akhir sekali (bacaan ke-7), baca ayat ini kemudian tarik nafas dan tahan nafas seberapa lama yang boleh kemudian hembus.
Sampai sini dulu step nya, kalau ada lagi akan ku update..(aku cuba untuk menghasilkan ayat seskema mungkin)heheh…

-mzkesturi-

No comments:

Post a Comment