Assalamulaikum, artikel paper bawah saja aku save buat kenangan...ni ke namanya negara yang mengamalkan demokrasi..??
Itu rahsia, jangan tanya
Oleh Hayati Ibrahim
ya_t@hmetro.com.my
PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tersenyum dan tergelak apabila ditanya tarikh Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) sambil menyifatkan ia masih rahsianya dan hanya akan diumumkan apabila tiba waktunya nanti.
Malah beliau menegaskan sekali lagi perkara itu tidak perlu ditanya kerana disifatkan seperti bertanya kepada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Coca-Cola mengenai formula di dalam minuman berkenaan.
“Bila sampai masanya (akan diumumkan)...itu rahsia saya, jangan tanya. Ia seperti bertanyakan CEO Coca-Cola mengenai formula minuman Coca-Cola,” katanya selepas majlis pelancaran Silinder Gas LPG Komposit 1Malaysia (SL1M) di sini, semalam. Hadir sama, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Naib Presiden Faidhi Holdings, Hasrul Hisham Kassim dan Pengarahnya, Mohd Faidhi Fareez Abu Talib.
Ditanya mengenai kenyataan bekas Menteri Kewangan dan bekas Bendahari Umno, Tun Daim Zainudin yang meramalkan kemenangan Barisan Nasional (BN) pada PRU-13 di tiga negeri saja, iaitu Pahang, Johor dan Melaka, Najib berkata, macam-macam ramalan ada. “Saya tak mahu komen apa-apa, ada macam-macam ramalan dan sebagainya. “Pada saya yang penting sekarang kami buat kerja untuk menjamin kemenangan terbaik untuk BN,” katanya. Daim dilaporkan berkata demikian dalam wawancara eksklusif dengan akhbar harian berbahasa Cina yang diterbitkan semalam. Mengulas kadar gaji minimum, beliau berkata, perkara itu mungkin akan diumumkan ketika sambutan Hari Pekerja pada 1 Mei ini. Mengenai tindakan pembangkang enggan menyertai Jawatankuasa Khas Pemilihan (PSC) bagi meneliti isu berkaitan kilang nadir bumi Lynas di Gebeng, Najib berkata, beliau sendiri tidak tahu mengapa pihak pembangkang ingin memboikot jawatankuasa berkenaan.
Katanya, isu itu bukan soal politik, sebaliknya membabitkan kepentingan rakyat dan negara dengan jalan penyelesaiannya menjangkau soal politik kepartian. “Saya tidak anggap ini isu yang dibatasi atas pertimbangan politik, tetapi lebih kepada kepentingan politik dan negara,” katanya. Beliau juga meminta syarikat minyak dan gas di negara ini menukar penggunaan silinder gas LPG besi kepada silinder gas LPG komposit 1Malaysia yang dikenal pasti lebih ringan, murah, telus serta mesra pengguna dan persekitaran.
“Menerusi langkah ini secara berperingkat ia akan memberi sokongan kuat kepada produk berinovatif dan boleh digunakan pengguna dalam negara serta berpotensi dieksport.
“Saya berharap langkah seperti ini dilakukan syarikat minyak dan gas dalam masa terdekat,” katanya.ni die punya link tarak tipu la...
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Iturahsia_jangantanya/Article/index_html
No comments:
Post a Comment