Kalau nak ungkit2 jasa
UMNO, rakyat pun boleh ungkit semua penyelewengan2 UMNO.
Berikut hanyalah sebahagian kecil
punca segala masalah yang melibatkan kehilangan wang dan harta negara sejak
UMNO/BN berkuasa lebih setengah abad yang lalu.
Namun jika dikumpul ianya mencecah
ratusan billion Ringgit wang milik Rakyat yang telah diselewengkan oleh
kerajaan UMNO/BN.
1. Skandal PKFZ yang
melibatkan duit Rakyat sebanyak RM12.7 billion.
Tun Dr Ling Liong Sik mengaku tidak
bersalah di atas dua pendakwaan di bawah Seksyen 418 dan 417 Kanun Keseksaan
atas tuduhan memperdayakan Jemaah Menteri berhubung projek bernilai RM12.7
bilion itu. Bekas Presiden MCA ini dituduh memperdayakan Jemaah Menteri untuk
bersetuju meluluskan pembelian 999.5 ekar tanah milik koperasi nelayan Melayu
di Pulau Indah pada harga RM25 satu kaki persegi dengan kadar faedah 7.5
peratus, iaitu nilai yang jauh lebih tinggi dari nilai sebenar di pasaran. Beliau
juga mengeluarkan surat sokongan mengarahkan projek PKFZ ini diserahkan kepada
syarikat Kuala Dimensi Sdn Bhd, milik Pengerusi Kelab Penyokong BN, Dato Seri
Tiong King Sing.
2. Komisen pembelian kapal
selam sebanyak RM500 juta.
Harga asal pembelian: €1.14 billion
(RM4.52 billion)
Kos Senggaraan jangka panjang:
€999.15 juta (RM3.964 billion) kepada Perimekar Sdn Bhd bagi kerja-kerja
penyelenggaraan jangka panjang kapal selam itu pada tahun 2002.
Permohonan tambahan daripada
Kementerian pertahanan pada Sidang Belanjawan 2011 RM417 juta untuk membiayai
kontrak senggaraan (In Service Support) dua buah kapal selam Scorpene RM56 juta
untuk bayaran pendahuluan sewaan perkhidmatan Sistem Submarine Escape Rescue
Intervention (SMER-1).Sebelum ini, kerajaan sudah membayar €999.15 juta
(RM3.964 billion) - Rujuk di atas.
3. Kerugian pembelian aset
oleh Sime Darby RM1.6 billion.
Kerugian akibat lebihan kos
berjumlah kira-kira RM1.6 bilion, membabitkan projek minyak dan gas Bulhanine
dan Maydan Mahzam di Qatar serta projek hidroelektrik Bakun.
Pautan: Sime Darby kerugian RM1.6
bilion, CEO diarah bercuti
4. Menanggung kerugian
(bailout) Konsortium Perkapalan Berhad milik Mirzan Mahathir sebanyakRM1.7
billion.
MISC (anak syarikat Petronas) telah
diarahkan oleh Mahathir (PM ketika itu) untuk membeli aset Konsortium
Perkapalan Berhad dengan pembiayaan sebanyak RM1.7 billion bertujuan
menyelamatkan syarikat perkapalan milik anak beliau, Mirzan.
5. Kos senggaraan Paya Indah
Wetland RM88 juta.
6. Kerugian Pos Malaysia
(Transmile) RM5460 juta.
7. Perjanjian pembelian
Eurocopter sebanyak RM1.67 billion.
Harga ditawarkan oleh Eurocopter
Malaysia yang dipilih oleh kerajaan: RM1.67 billion
Harga Kelowna Flightcraft untuk
helikopter alternatif: RM865 juta (Kerajaan dapat menjimatkan RM805 juta)
8. Kos pembaikan bumbung
Stadium Terengganu yang runtuh sebanyak RM292 juta.
9. Kos memperbaiki kerosakan
MRR2 sebanyak RM70 juta
10. Akaun bil terlebih bayar
Maybank sebanyak RM4 billion.
11. Tumbuk-rusuk (kickbacks)
kepada Ng Yen Yen di Kementerian Pelancongan RM10 juta.
12. Kos membeli tiga buah
lukisan oleh MAS sebanyak RM1.5 juta.
13. Lebihan bayaran oleh
Kementerian Belia dan Sukan sebanyak RM8.4 juta.
14. Perbelanjaan Kompleks
Sukan gajah putih di London sebanyak RM70 juta.
15. Baikpulih bangunan MATRADE
sebanyak RM120 juta.
16. Kos minyak dan senggaraan
jet kegunaan PM sebanyak RM200 juta.
17. Hutang tidak dapat
dituntut InventQ sebanyak RM228 juta.
18. Membayar gantirugi
pembatalan Jambatan Bengkok sebanyak RM257 juta.
19. Kerugian dalam urusniaga
penjualan Augusta sebanyak RM510 juta.
20. Nilai kehilangan pendapatan
kerajaan daripada Approved Permit (AP) yang dikeluarkan bagi tempoh setahun
sebanyakRM1.8 billion.
21. Senggaraan kapal-kapal
selam KD Tunku Abdul Rahman dan KD Tun Rzak (akan dijadikan artifak Muzium
Negara) sebanyak RM4.1 billion.
22. Pembinaan dan senggaraan
PSC Naval Dockyard Lumut sebanyak RM6.75 billion.
23. Dua skandal Bank Bumiputra
pada wal 1980-an sebanyak US$1 billion dengan anggaran nilai kerugian pada 2008
sebanyak RM3.2 billion.
24. Kegagalan Maminco dalam
percubaan menguasai pasaran timah dunia pada tahun 1980-an dipercayai
mengakibatkan kerugian bernilai US$500 juta. (RM1.6 billion)
25. Bertaruh dalam niaga
kewangan pasaran hadapan luar negara menyebabkan Bank Negara Malaysia kerugian
RM30 billion pada tahun 1990-an.
26. Kerugian Perwaja Steel
sebanyak US$800 juta (RM2.56 billion).
27. Menggunakan dana awam
sebanyak RM10 billion dalam operasi Valuecap Sdn Bhd untuk melonjakkan nilai
harga pasaran saham.
28. Skandal kewangan Bank
Islam yang melibatkan kerugian RM700 juta.
29. Penjualan MV Augusta
dengan harga €1 (1 Euro) mengakibatkan kerugian sebanyak €75.99 juta (RM348
juta) - sama seperti No. 18?
30. Kehilangan royalti Wang
Ehsan Terengganu sebanyak RM7.4 billion (antara tahun 2004 – 2007)
31. Sejak penubuhan Petronas
Philharmonic Orchestra selama lebih 10 tahun yang lalu, ia telah menelan
perbelanjaan sebanyak RM500 juta denga RM1 juta setahun dibayar sebagai gaji
dan imbuhan kepada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO).
32. Yuran Penasihat: Mahathir
telah dibayar RM180,000, Shahrizat Abdul Jalil (Menteri Kemajuan Wanita)
RM404,726 dan Abdul Hamid Othman (Agama) RM549,675 pada setiap tahun.
33. Kerajaan telah
membelanjakan RM3.2 billion untuk pelaksanaan program Pengajaran dan
Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) sepanjang lima
tahun pertama pelaksanaannya. Daripada jumlah tersebut, kerajaan telah membayar
RM2.21 billion untuk membeli pelbagai kelengkapan teknologi, maklumat dan
komunikasi (ICT) namun tiada sebarang perincian perbelanjaan pernah
ditunjukkan.
Kerajaan telah membayar RM6k bagi
setiap komputer laptop/notebook yang dapat diperolehi di pasaran dengan harga
di bawah RM3k. Beberapa konsortium telah ditubuhkan semata-mata untuk
‘mengendali secara atas-angin’ pengagihan segala peralatan dan perkakasan
berkenaan. Kini, kebanyakan peralatan dan perkakasan telah menjadi milik anak
guru-guru yang terlibat dengan PPSMI.
34. Komisen yang telah dibayar
kepada dua buah syarikat persendirian yang mengendalikan pembelian kapal selam
Scorpene iaitu Perimeker Sdn Bhd dan IMT Defence Sdn Bhd berjumlahRM910 juta.
Ada kaitan dengan No. 2.
35. Kerajaan membuat bayaran
RM300 juta sebagai ganti rugi yang dibayar kepada Gerbang Perdana kerana
pembatalan pembinaan Jambatan Bengkok yang bernilai RM1.1 billion.
36. RM1.3 billion telah
dibazirkan dengan pembinaan kemudahan kompleks gajah putih ‘Customs,
Immigration and Quarantine’ (CIQ) apabila projek Jambatan Bengkok dibatalkan.
37. Membelanjakan RM100 juta
untuk kerja-kerja baik-pulih dan kebocoran Bangunan Parlimen Malaysia.
38. Program Angkasawan Negara
yang menelan belanja – RM40 juta
39. Dianggarkan sebanyak RM500
juta setahun dibelanjakan untuk Latihan Khidmat Negara
40. Menanggung kerugian Eye of
Malaysia – RM30 juta dan RM5.7 juta dalam bentuk pemberian tiket percuma.
41. Menanggung kerugian
sebanyak RM2.4 juta untuk pembelian dakwat kekal
42. Pada September 2006, Samy
Velu mengumumkan bahawa kerajaan telah membayar ganti rugi berjumlah RM38.5 billion
kepada 20 buah syarikat pengendali lebuhraya. Sembilan syarikat pengendali tol
lebihraya menerima durian runtuh berjumlah RM380 juta daripada kenaikan kadar
tol pada tahun 2008 sahaja.
43. Tumbuk-rusuk (kickbacks)
sebanyak RM32 juta nilai eksport kayu balak oleh syarikat-syarikat yang
berkaitan dengan Ketua Menteri Sarawak dan ahli keluarganya.
44. Dua kali menanggung
kerugian (bailout) oleh Malaysia Airline System (MAS) yang berjumlah sebanyak
RM7.9 billion. Pada ketika MAS berhadapan dengan kerugian pada saban tahun,
sebanyak RM1.5 juta telah dibelanjakan untuk membeli TIGA buah lukisan untuk
menghiasi pejabat pengerusi MAS, Munir Majid. (Berkaitan dengan No. 11)
45. Menanggung kerugian
(bailout) Sistem Pengangkutan Putra sebanyak RM4.486 billion.
46. Menanggung kerugian
(bailout) STAR-LRT sebanyak RM3.256 billion.
47. Menanggung kerugian
(bailout) Sistem Pembetungan Kebangsaan bernilai RM192.54 juta.
48. Menanggung kerugian
(bailout) Lebuhraya Seremban-Port Dickson sebanyak RM142 juta.
49. Menanggung kerugian
(bailout) Penjara Kuching bernilai RM135 juta.
50. Menanggung kerugian
(bailout) Kajian Makanan dan Gunaan Orang Islam sebanyakRM8.3 juta.
51. Menanggung kerugian
(bailout) Le Tour de Langkawi sebanyak RM3.5 juta.
52. Agihan secara borong
ratusan juta saham di Bursa Malaysia dengan berselindung di bawah Dasar Ekonomi
Baru (DEB) kepada kroni, kaum keluarga, anak-anak para Menteri dan pemimpin BN
yang bernilai berbillion-billion ringgit.
53. Pindah-milik puluhan ribu
hektar tanah-tanah komersial dan konsesi pembalakan kepada anak-anak serta kaum
keluarga para Menteri dan pemimpin BN yang bernilai berbillion-billion ringgit.
54. Kerugian Petronas sejak
tahun 1997 apabila menandatangani perjanjian dengan ENAM PENAMA yang tidak
didedahkan dalam dagangan hadapan petroleum negara dengan kadar harga murah
untuk jangkamasa yang panjang. Apabila harga bahan petroleum meningkat,
Petronas kekal menjual kepada ENAM penama ini pada harga murah yang telah
dipersetujui.
Bagi menampung penggunaan
bahan petroleum dalam negara, Petronas terpaksa membeli daripada pembekal luar
dengan kadar semasa dan mengakibatkan Rakyat terpaksa menanggung kenaikan harga
mengikut pergerakan harga minyak dunia. Sepatutnya, tanpa perjanjian dagangan
hadapan, Petronas memperoleh keuntungan yang besar mengikut harga pasaran
semasa. Dengan keuntungan ini, Petronas dapat berkongsi harga bahan petroleum
yang murah untuk kegunaan Rakyat.
Dan manusia yang
bertanggungjawab mengatur perjanjian dagangan hadapan yang merugikan Petronas
dan Rakyat ini adalah merupakan manusia yang paling lantang bersuara sekarang
ini -Mahathir Muhamad. Dan beliau ingin kekal menjadi penasihat Petronas hingga
mati bagi melindungi identiti ENAM JAHANAM yang menghisap darah Rakyat melalui
keuntungan Petronas.
55. RM5700 untuk membeli
seunit jek kereta yang berharga RM50.(*)
56. Kenderaan milik
kerajaan meneguk setangki petrol bernilai RM113 dalam tempoh beberapa minit.
(*)
57. Platform tiang bendera
berharga RM990 dibeli dengan harga RM30,000 (*)
58. Thumb drive berharga
RM90 dibeli dengan harga RM480 (*)
59. Kabinet simpanan barang
berharga RM1,500 telah dibeli dengan harga RM13,500 (*)
60. Pembelian seunit lampu
suluh bernilai RM35 telah dibayar dengan harga RM143. (*)
(*) - yang dinyatakan adalah
sebutharga untuk SATU UNIT. Kerajaan membeli dalam bentuk pukal antara puluhan
hingga ribuan unit item yang sama.
61. Perbelanjaan kempen
1Malaysia yang dibayar kepada APCO sebanyak RM76.8 juta.
62. Membayar subsidi RM17
billion kepada Penjana Tenaga Bebas (IPP)
63. Cincin berlian bernilai USD24
juta untuk Ro$mah --- kononnya pembelian telah dibatalkan – berapa
pula jumlah ganti rugi yang terpaksa rakyat bayar?
64. Satu laman web 1pengguna bagi
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dibina dan
diselenggarakan dengan belanja RM1.4 juta.
65. Projek e-mel 1Malaysia
yang menelan belanja RM50 juta.
66. Menggunakan Kumpulan Wang
Amanah Pencen (KWAP), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Danaharta dan
Khazanah untuk membeli saham-saham Timedotcom yang tidak laku – kerugian
sebanyak RM3.3 billion.
67. Skandal Offshore Petrol
Vehicle (PSC-NDSB) – rugi RM6.75 bilion
68. Ro$$mah sewa bilik
hotel RM100,000 satu malam di Burj Al-Arab Dubai!!
69. Ro$$mah dan Najib
sewa penthouse di Hotel Darling di Sydney pada kadar RM65,100
untuk sehari semalam.
70. “Lawatan Sambil Belajar”
ke Arab Saudi, Oman dan Bangladesh
Ro$$mah and the Gang (FLOM @ First Lady of
Malaysia) ditanggung kerajaan berjumlah RM134,317.76.
71. Memperuntukkan dana RM100
juta setahun untuk Ro$$mah berbelanja dalam projek peribadi ‘Permata
Negara’nya.
72. Perbelanjaan oleh Ro$$mah
untuk mengendalikan Sidang Kemuncak Wanita Pertama yang melibatkan 15
orang wanita isteri Ketua-ketua Negara yang majoritinya daripada negara-negara
Afrika yang menelan belanja RM4.5 juta untuk tempoh TIGA hari.
73. Kos ubah suai Seri
Perdana sebanyak RM12.5 juta.
74. Bil elektrik kediaman
rasmi PM dan TPM di Seri Perdana sebanyak RM160,000 sebulan.
75. Insinerator di Broga,
Semenyih, kerajaan BN yang di atas kebodohan mereka tidak mendengar keluhan
rakyat, terpaksa membazirkan berbilion ringgit membatalkan projek tersebut.
Insinerator yang seberat 1,500 tan dan menggunakan teknologi ‘fluidized bed
gasification’ yang dikatakan terbesar di Asia ditaksirkan menelan belanja RM1.5
bilion (lebih kurang USD395 juta) untuk dibina dan RM200 juta (USD53 juta) bagi
kos operasinya setiap tahun.
INI ANTARA YG DAPAT DIKESAN, YANG TIDAK DAPAT LAGI DIKESAN, MCM MANA??
-mzkesturi-
SISTEM DUIT SENYAP DIRUMAH TERBONGKAR!
FORMULA LUAR BIASA JANA PENDAPATAN!
No comments:
Post a Comment