Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin
Adham. Dia berkata, “Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong
berikan aku nasihat.”
Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, “Jika
kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka bolehlah kamu
melakukan maksiat.”
Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya, “Apakah
syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?”
Ibrahim bin Adham berkata, “Syarat pertama, jika kamu
bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya.”
Mendengar itu dia mengenyitkan kening seraya berkata, “Dari
mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah?”
“Ya!” tegas Ibrahim bin Adham. “Kalau kamu sudah
memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu
berkeinginan melanggar larangan-Nya?”
“Yang kedua,” kata Ibrahim, “Kalau mahu bermaksiat, jangan
tinggal di bumi-Nya!”
Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati.
Ibrahim kembali berkata kepadanya, “Wahai Abdullah,
fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya,
sedangkan kamu melanggar segala laranganNya?”
“Ya! Anda benar.” kata lelaki itu.
Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim
menjawab, “Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang
tidak dapat terlihat oleh-Nya!”
Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, “Wahai Ibrahim,
ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?”
“Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih
berkeinginan melakukan maksiat?” kata Ibrahim.
Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat.
Ibrahim melanjutkan,“Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu,
katakanlah kepadanya; Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan
melakukan amal soleh.”
Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera
tersedar, “Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi
permintaanku?”
“Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak
boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau
boleh lari dari kemurkaan Allah?”
“Baiklah, apa syarat yang kelima?”
Ibrahim pun menjawab, “Wahai Abdullah kalau malaikat
Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan
engkau ikut bersamanya.”
Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata,
“Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak
kehendaknya.”
Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air
matanya bercucuran. “Mulai saat ini aku bertaubat kepada Allah.” Katanya sambil
teresak-esak.
JUTAWAN MAYBANK2U BONGKAR RAHSIA AJAIB
SISTEM DUIT SENYAP DIRUMAH TERBONGKAR!
FORMULA LUAR BIASA JANA PENDAPATAN!
-mzkesturi-
SISTEM DUIT SENYAP DIRUMAH TERBONGKAR!
FORMULA LUAR BIASA JANA PENDAPATAN!
No comments:
Post a Comment