Saturday, 9 February 2013

Konsep Kepimpinan


Assalamualaikum, kali ni aku nak sampaikan apa yang telah di sampaikan oleh khatib pada 8/2/2013. Tajuk khutbah lebih tertumpu kepada “Pemimpin” 
Termaktub dalam hadis “Setiap kamu adalah pemimpin dan akan disoal akan kepimpinannya”




 Allah juga pernah berfirman dalam Al-Quran: “pernah ditanya kepada langit dan bumi untuk memegang amanah tersebut, tetapi enggan sebaliknya manusia yang berani memegang amanah tersebut, sesunguhnya manusia banyak melakukan kezaliman dan kejahilan.”



Khatib berpesan @ nasihat setiap pemimpin perlu bermuhasabah untuk memastikan dirinya dan semua bawahnya yaitu pekerja menunaikan solat kerana itulah sebaik-baik muhasabah.

Dan ingatlah wahai pemimpin jangan lah kamu sesekali bila dilantik memimpin, mengambil kesempatan di atas kesempitan orang lain, yaitu menafikan hak orang lain.



Apabila kamu dilantik pemimpin, janganlah berasa itu 1 berita baik, bukan 1 keseronokan, dan bukan 1 kebanggaan kerana itu adalah 1 amanah yang diberi Allah yang akan disoal di Padang Mahsyar.


Dan ingatlah bahawa tatkala kitab2 amal dibentangkan, tiada 1 pun yang akan tersorok, semuanya akan terbongkar dan para pesalah berkata “MAKA CELAKALAH KAMI” dan ingatlah bahawa Allah tidak akan sekali-kali mengkhiati, menzalimi nasib hambanya.


Sampai sini dulu coretan aku, kena biasakan tulis, sebab dapat kerja tulis article..xpelah kan “AGAMA ITU NASIHAT” antara sebab lain aku tulis ini adalah antara langkah aku untuk “MENDAPAT SAHAM AKHIRAT” rugi bro xde saham..usia makin tua..


  

-mzkesturi-

WANG MASUK AKAUN BANK AUTOMATIK!


No comments:

Post a Comment