BACA, TELITI dan FAHAMI dengan mata HATI dan mata AKAL. SAYA sudah dan SAYA bertanggungjawab menyebarkannya. Semoga amanat ini benar dan apa jua diluar kemampuan dan pengetahuan SAYA, SAYA serahkan kepada Allah SWT. Hidup Islam dan rakyat!
Saya mohon agar rakyat Malaysia bertenang dan dapat meluangkan 10 minit dari masa berharga anda untuk membaca luahan hati saya agar rakyat faham mengapa saya bersungguh-sungguh dan beria sangat ingin merebut Putrajaya.
Jika saya katakan ia bukanlah perjuangan peribadi bagi membela ketidakadilan yang telah berlaku ke atas saya, pastilah ramai yang tidak akan percaya dengannya. Oleh itu, saya mengambil keputusan menulis beberapa fakta agar ia dapat meyakinkan rakyat bahwa saya ikhlas dan jujur memperjuangkan nasib kita semua.
Saya pernah dituduh liwat beberapa tahun lalu
dan mahkamah mendapati saya tidak bersalah atau lebih tepat saya tidak
melakukan perbuatan terkutuk itu sebagaimana yang didakwa oleh musuh-musuh
politik saya. Tidak cukup dengan itu, saya kemudiannya diheret semula ke
mahkamah dengan tuduhan lain pula. Kali ini mereka mendakwa saya telah
melakukan kesalahan ‘menyalahgunakan kuasa’. Saya akui saya tersilap
mempercayai anggota polis yang sering mengiringi saya ketika itu.
Saya telah meminta beliau menyiasat siapakah
penulis buku ’50 dalil mengapa Anwar tidak boleh jadi PM’. Hanya itulah
kesalahan yang mereka takrifkan sebagai ‘menyalahgunakan kuasa’ yang akhirnya
menyebabkan saya terpaksa meringkuk selama 6 tahun dalam penjara. Bolehkah anda
bayangkan perasaan saya dan keluarga ketika itu?
Sebaik keluar dari penjara, setelah 6 tahun
menghabiskan sisa-sisa hidup dengan pelbagai amalan keagamaan di dalam sana,
saya amat bersyukur akhirnya Tun Mahathir mengaku dalam satu sidang video bahwa
beliau memang sengaja mengada-adakan kesalahan saya bagi memastikan kerjaya
politik saya berkubur dalam penjara Sg.Buloh. Ramai rakyat yang telah tahu dan
pernah menonton video pengakuan Tun Mahathir ini. Anda juga boleh melihat
pengakuan Tun Mahathir di link youtube ini: (Di sini)
Apabila satu persatu tembelang BN terbongkar,
mereka mulai berasa kurang selesa serta risau dan mereka mula mengatur sebuah
lagi fitnah bagi ‘menyibukkan’ saya dengan sesuatu yang tidak pernah saya
lakukan. Tiba-tiba seorang pemuda mengaku diliwat oleh saya sehari selepas
beliau bertemu Dato Seri Mohd Najib di pejabatnya. Saya yang berada 6 tahun
dalam penjara seolah tidak pernah belajar bahwa ‘kebebasan’ itu adalah nikmat
yang harus saya syukuri. Saya sekali lagi terpaksa berhadapan dengan kemelut
yang amat memalukan saya dan keluarga.
Saya ingin bertanya, selama 6 tahun dalam
penjara, berapa ramaikah banduan yang telah saya liwat? Mengapa perlu tunggu
keluar penjara untuk melakukan perbuatan terkutuk itu? Saya sebenarnya tiada
ruang untuk menjelaskan kebenaran ini. Saya dinafikan keadilan. Saya juga turut
dinafikan hak bersuara di semua akhbar, stesen TV dan Radio milik BN. Saya
tiada tempat yang dapat menjelaskannya secara meluas kepada rakyat jelata.
Dimanakah dapat saya kemukakan bukti bahwa saya sungguh tidak pernah melakukan
perbuatan terkutuk itu? Mereka suruh saya buktikan di mahkamah, sedang merekalah
yang sebenarnya menguasai mahkamah. Ya benar! Mahkamah kita masih belum bebas.
Ia masih terus dikuasai sepenuhnya oleh ‘orang’ yang berkuasa.
Saya menolak untuk bersumpah kerana bukan saya
yang sepatutnya bersumpah, tetapi orang yang mendakwa diliwatlah yang
sepatutnya bersumpah laknat. Dia telah pun bersumpah dan biarlah Tuhan sahaja
yang melaksanakan laknat-Nya ke atas mereka yang bersumpah bohong. Itu bukan
lagi dalam kekuasaan saya. LA HAWLA WALA QUWATAILLAH BILLAH. Jangan lupa,
beberapa individu yang terbabit memfitnah saya dahulu ada yang telah mati
dengan tragis dan ada pula yang masih hidup tetapi mengalami sakit yang aneh.
Dan berhubung DNA pula, saya enggan diambil sekali lagi sample DNA kerana
mereka telah punyai DNA saya dalam pertuduhan kes liwat yang pertama dahulu.
Saya bimbang seandainya mereka mempunyai muslihat jahat terhadap sample DNA
terbaru itu nanti. Saya harus lebih berhati-hati.
Andaikata benarlah saya ini ‘kaki liwat’
sebagaimana fitnah mereka, bukankah molek jika ianya saya lakukan di luar
Negara. Saya mengajar di sebuah Universiti di Amerika Syarikat, it’s a free
country, jika benarlah saya ini kebulur sangat meliwat seseorang, saya boleh
melakukannya dengan sesiapa sahaja yang saya ingini di sana. Mengapa harus saya
lakukan perbuatan jahat itu di Negara sendiri, di Negara yang mana saya
berpolitik, berkeluarga dan mempunyai ribuan kenalan dan sahabat handai. Ia
tidak masuk akal dan tidak munasabah. Ia satu fitnah jahat yang amat berat buat
saya dan keluarga.
Justeru itu saya berazam untuk menyelamatkan
Malaysia dari kejahatan orang-orang yang jahat dan tidak berperikemanusian itu.
Saya rela mati kerana rakyat Malaysia. Hanya dengan menguasai Putrajaya
sahajalah segala tipu muslihat mereka dapat kita bongkar kepada umum. Masa itu,
anda nilailah sendiri dan saya akan memaafkan anda yang turut menuduh dan
memfitnah saya ketika ini kerana saya mengandaikan bahwa anda ‘jahil’ atau
‘tidak tahu’ ketika itu. Saya akan biarkan anda semua berkesempatan bertaubat
kepada Allah atas dosa dari kesalahan memfitnah saya, yang disifatkan Allah dan
Rasul-Nya sebagai lebih buruk daripada membunuh satu jiwa mukmin.
Berhubung pemilikan harta, setakat ini belum
ada bukti bahwa saya memiliki harta atau wang yang luar biasa banyaknya samada
dalam mahupun di luar negara. 9 tahun lamanya sebagai Menteri Kewangan Malaysia
serta Timbalan Perdana Menteri Malaysia, ramai dari kalangan pemimpin BN yang
berpendapat adalah amat bodoh saya tidak menggunakan kesempatan untuk
'membaham' khazanah negara ketika itu. Memang benar ketika itu saya boleh
sahaja melakukannya jika mahu, ia adalah dalam bidang kuasa saya sebagai
Menteri Kewangan Malaysia, namun hukum Allah dan syariat Islamlah yang telah
membendung saya dari melakukan perbuatan khianat seperti itu kepada rakyat
Malaysia.
Kami, pemimpin Pakatan Rakyat berjuang dengan
menggunakan hasil pendapatan masing-masing dan dari kemelut 'kekurangan dana'
ini, akhirnya membawa kepada keluarnya beberapa pemimpin yang 'kononnya' ingin
berjuang bersama tetapi rupanya mempunyai hasrat 'berbeza'. Pemimpin Pakatan
Rakyat yang bercita-cita jahat untuk meratah khazanah kekayaan negara awal-awal
lagi telah 'disingkir' oleh Allah Swt melalui ujian-ujian-Nya. Antara mereka
adalah Ezam Nor dan Zulkifli Nordin, sekadar menyebut beberapa nama dari
mereka. Syukur Alhamdulillah!
Baiklah, setakat itu sahaja yang dapat saya
perjelaskan tentang apa yang telah berlaku kepada saya selama ini. Saya ingin
bertanya, apakah anda sebagai rakyat Malaysia sanggup membiarkan orang yang
paling bermotif membunuh, menjadi PM? Jika anda sangsi dengan dakwaan saya
bahwa mereka, pemimpin-pemimpin BN terpaksa bersekongkol dengan perancang utama
satu plot pembunuhan hanya kerana ‘survival’ politik mereka, cuba anda
perhatikan fakta-fakta dan bukti-bukti di bawah ini:-
PEMBUNUHAN ALTANTUYA - WAJARKAH RAKYAT MENUTUP
KES INI?
Firman Allah surah An Nisaa' (105):
Sesungguhnya Kami telah menurunkan kitab kepadamu dengan membawa kebenaran,
supaya kamu mengadili antara manusia dengan apa yang telah Allah wahyukan
kepadamu, dan janganlah kamu menjadi penentang (orang-orang yang tidak
bersalah), kerana membela orang-orang yang khianat (lagi berdusta),
Fakta Individu-individu yang terbabit secara
langsung @ tidak dalam kes Pembunuhan Altantuya:
Altantuya Sharibuu @ Aminah bt. Abdullah
adalah penterjemah Bahasa Perancis bagi urusan pembelian kapal selam oleh
Kementerian Pertahanan Malaysia melalui 'Perimekar' milik Penganalisis Strategi
Ketenteraan Malaysia yang juga merupakan teman baik Dato Seri Mohd Najib.
Dato Seri Mohd Najib - Menteri Pertahanan
Malaysia / Timbalan Perdana Menteri Malaysia.
Abdul Razak Baginda - Penganalisis Pertahanan
kepada Kementerian Pertahanan Malaysia / pemilik 'Perimekar'.
Ketua Inspektor Hazilah Hadri - (UTK) yang
berkhidmat sebagai 'body guard' di pejabat Dato Seri Mohd Najib.
Koperal Sirul Azhar Umar - (UTK) juga
berkhidmat sebagai 'body guard' di pejabat Dato Seri Mohd Najib.
Aziz Buyong - Kolonel Tentera / Pakar bom C4.
Abdullah Ahmad Badawi - Perdana Menteri Malaysia
/ Menerima Kertas Siasatan dari Penyiasat Polis Tentera Malaysia (MP).
Khairy Jamaludin - Menantu Perdana Menteri
Malaysia / Menyimpan Kertas Siasatan berkenaan bagi tujuan survival politiknya
setelah ketiadaan Pak Lah nanti.
Rosmah Mansor - Isteri Dato Seri Mohd Najib /
Berada di tempat mayat diletupkan dengan C4.
Norhayati - Isteri Kolonel Aziz Buyong /
Pembantu Khas Rosmah yang turut berada di tempat kejadian letupan bom C4.
Fakta-Fakta lain dalam kes Pembunuhan Kejam
Altantuya:
Bom C4 milik Angkatan Tentera Malaysia.
Dua anggota UTK - Suspek utama pembunuhan
adalah body guard di pejabat Dato Seri Mohd Najib.
Rekod Imigresen kemasukan Altantuya dan
sepupunya ke Malaysia di'lenyap'kan oleh seseorang dari Jabatan Imigresen
Malaysia dengan arahan orang-orang tertentu bagi menutup konspirasi ini.
Zahid Hamidi ketika mengambilalih tugas
Menteri Pertahanan Malaysia akhirnya terpaksa membuat kenyataan 'konon'nya
Angkatan Tentera Malaysia tidak memiliki Bom jenis C4 dan itu adalah amat
bercanggah dengan kenyataan sepanjang kes perbicaraan Pembunuhan Altantuya di
mahkamah. Atas arahan siapakah beliau 'berbohong' dan untuk survival siapa?
Keterangan-keterangan ringkas dan jelas:
Ketua Inspektor Hazilah dan Koperal Sirul
Azhar dari Unit Tindakan Khas, yang juga merupakan ‘body guard’ Dato Seri Mohd
Najib tidak pernah mengenali Altantuya sebelum kejadian 'bunuh' itu dan tidak
langsung mempunyai 'motif' untuk membunuh model berkenaan tetapi mereka berdua
mungkin telah diarah oleh sesorang 'yang berkuasa' untuk melaksanakan
kerja-kerja pembersihan dalam konspirasi pembunuhan ini. Mereka berdua akhirnya
didapati bersalah oleh mahkamah kerana membunuh dengan niat dan dijatuhi
hukuman mati oleh hakim mahkamah. Mereka ini jelas telah 'dikambing hitamkan' oleh
pihak tertentu dalam usaha menutupi pekung 'pengarah sebenar konspirasi'
pembunuhan Altantuya.
Abdul Razak Baginda memang mempunyai motif
untuk membunuh Altantuya kerana beliau dilaporkan 'kononnya' adalah pasangan
kekasih kepada model ini dan kedatangan Altantuya dengan sepupunya Burmaa
Oyunchimeg adalah 'kononnya' untuk mengambil komisyen berjumlah US500 ribu yang
dijanjikan kepadanya seandainya pembelian kapal selam itu terlaksana. Adalah
difahamkan bahwa Syarikat milik Abdul Razak Baginda 'Perimekar' menerima
komisyen jualan sebanyak RM4.7 billion dari kerajaan Malaysia melalui
Kementerian Pertahanan Malaysia, hasil dari kejayaan dalam urusan pembelian 3
buah kapal selam dari Perancis untuk kegunaan Tentera Laut Malaysia.
Anehnya Abdul Razak Baginda kemudiannya
didapati tidak bersalah dan dia dibebaskan sepenuhnya dari pertuduhan membunuh
kerana dilihat tiada mempunyai kuasa untuk 'mengarah' suspek utama kes, yakni
Ketua Inspektor Hazilah dan Koperal Sirul Azhar dari UTK untuk melakukan
pembunuhan mangsa (Altantuya). Jadi siapakah yang mempunyai kuasa ketika itu?
Jika diamati serta diperhalusi, 'orang yang tak berapa nak cerdik' pun boleh
menilai fakta ini dengan baik. Cuba lihat rantaian fakta ini bagi mengaitkan
siapa jua yang bermain di minda anda sebagai 'suspek sebenar' yang bertindak
sebagai 'pengarah operasi' permbersihan nama baik seorang PEMBESAR dalam kes
pembunuhan ini.
Siapakah PALING BERMOTIF untuk membunuh
Altantuya selain Abdul Razak Baginda? Dan fakta yang paling penting untuk kita
perhalusi adalah siapakah yang berkuasa atau mempunyai kuasa untuk mengarah dua
orang UTK (Pengawal peribadi Dato Seri Mohd Najib - Hazilah dan Sirul) serta
Pakar Bom C4 tentera (Kolonel Aziz Buyong)? Siapakah pula yang berkemungkinan
mempunyai pengaruh dalam 'melenyapkan' rekod kemasukan Altantuya ke Malaysia?
Sudah tentulah ia melibatkan sesuatu yang AMAT BESAR sehingga perlu dihapuskan
wanita 'berbahaya' ini. Siapakah pengarah sebenar dalam konspirasi pembunuhan
ini? Apakah motif sebenar nya? Apa jua jawapan yang bermain di'minda fikiran'
anda, simpan dahulu untuk telahan fakta berikutnya.
Dato Seri Mohd Najib kemudiannya bersumpah
bahwa beliau tidak pernah mengenali dan tiada kaitan samada secara langsung
atau tidak dengan Altantuya. Sedangkan umum akhirnya mengetahui bahwa Altantuya
rupanya adalah 'Perterjemah Bahasa Perancis' yang diguna pakai ketika
berlangsungnya urusan pembelian kapal selam berkenaan. Ini menyebabkan Dato
Seri Mohd Najib 'terpaksa' juga mengenalinya walaupun dia ingin sangat agar
rakyat tahu 'konon'nya dia tidak pernah mengenali Altantuya. Fakta ini bukan
omong kosong. Ia turut dinyatakan di mahkamah dalam sebutan kes yang
berlangsung di Paris, Perancis berhubung penipuan yang berlaku dalam skandal
penjualan dan pembelian kapal selam itu.
Menambah buruk persepsi itu adalah apabila
sepupu Altantuya, Burmaa Oyunchimeg mengemukakan bukti bergambar di mahkamah
ketika diminta memberi keterangan. Bukti itu adalah gambar Abdul Razak Baginda,
Dato Seri Najib dan Altantuya sedang menjamu selera di sebuah restoran
eksklusif. Ya lah! Takan hanya kerana keluar makan bersama sahaja terus hendak
dikaitkan beliau sebagai pembunuh, itu tidak adil dan zalim namanya. Cuma yang
jelas di sini adalah Dato Seri Mohd Najib telah bersumpah 'bohong'. Dia sebenarnya
memang mengenali Altantuya. Kenapa ia seakan hendak di’sembunyi’kan dari rakyat
Malaysia? Pasti ada sebab BESAR disebalik semua itu.
Baiklah, sekarang amati pula dari sudut
berbeza, Abdul Razak Baginda hanya perlu melunaskan US500 ribu atau hanya
kira-kira RM1.6 Juta sahaja berupa komisyen kepada Altantuya. Dan jika
mengambil kira jumlah komisyen yang dimilikinya iaitu RM4.7 billion (Ringgit
Malaysia Empat Ribu Tujuh Ratus Juta), jumlah RM1.5 juta itu amatlah kecil dan
boleh dilunaskannya pada bila-bila masa sahaja. Sekali lagi, Abdul Razak
Baginda dilihat tiada sebab atau motif kukuh untuk membunuh 'kekasih gelap'nya
itu (Altantuya), dan lebih meyakinkan adalah beliau juga dilaporkan tidak
berupaya atau tidak mempunyai kuasa bagi mengarah suspek-suspek yang terdiri
dari Ketua Inspektor Hazilah, Koperal Sirul dan Kolonel Aziz untuk melaksanakan
tugas-tugas 'pembersihan' itu.
C4 adalah bom milik Angkatan Tentera Malaysia,
dan harus diingat Dato Seri Mohd Najib Razak adalah Timbalan Perdana Menteri
merangkap Menteri Pertahanan Malaysia yang berkuasa penuh terhadap apa jua
aktiviti Angkatan Tentera Malaysia. Dari semua fakta ringkas di atas, anda
pasti sudah boleh mengagak serta mengetahui siapakah KETUA sebenar dalam
'KONSPIRASI PEMBUNUHAN KEJAM' ini. Demi survival politik dan survival parti,
'orang yang zalim' ini terpaksa dilindungi oleh orang-orang besar parti yang
lainnya.
Apakah anda mengandaikan semua barisan
kepimpinan BN itu 'bodoh', 'buta' dan tidak mengetahui tentang hal sebenar ini?
Tidak, mereka semua bukanlah orang-orang yang bodoh, malah mereka bijak
berpolitik dan tahu apa sebenarnya yang sedang berlaku. Jika begitu, jika benar
mereka semua tahu, mengapa pula mereka beria-ia menyembunyikan fakta sebenar
dan sekaligus mempertahankan 'orang yang zalim' ini?
Nyatanya, semua ketumbukan kepimpinan BN
sebenarnya amat sedar dan tahu akan kebenaran ini, namun mereka jauh menyedari
serta tahu bahwa menyelamatkan 'orang zalim ini' adalah sama seperti
menyelamatkan kedudukan mereka sendiri. Mereka sedar seandainya jatuh 'orang
yang zalim' ini, maka hancur berkecailah keseluruhan empayar yang telah mereka
bina selama ini. Justeru itu, mereka tiada pilihan lain kecuali berusaha
mempertahankan juga 'orang yang zalim' ini sekalipun terpaksa 'membohongi'
rakyat jelata. Tidak mungkin mereka mahu melihat Pakatan Rakyat menguasai
PUTRAJAYA hanya kerana kesilapan yang dilakukan oleh 'orang yang zalim' ini.
Mereka 'terpaksa' jua mengangkat 'orang yang
zalim' ini sebagai pemimpin mereka, walaupun hati mereka jelas menolaknya.
Sayang sekali mereka semua terlupa pada Tuhan. Mereka terlupa bahwa Tuhan Maha
Mengetahui apa sahaja yang mereka nyatakan atau sembunyikan dalam hati mereka.
Mereka lupa bahwa mereka kelak akan tetap didatangi oleh Malaikat Maut. Mereka
berusaha dan cuba untuk melupakan semua kemelut itu demi kehidupan dunia yang
fana ini. Ada di antara mereka yang telah menerima 'hukum' Allah yakni mati,
namun yang masih hidup terus leka dan lalai dengan segala macam imbuhan duniawi
yang diterima mereka dari 'orang yang zalim' itu.
Kehidupan dunia ini adalah segalanya bagi
mereka-mereka ini. Mereka tahu ada akhirat menanti tetapi mereka berasa 'yakin'
kononnya mereka berada di pihak yang benar dan akan 'terselamat' dari api
neraka. Mereka bersangka baik terhadap harapan palsu yang dijanjikan syaitan
buat mereka dan penyokong-penyokong mereka. Sedang mereka dan penyokong mereka
bersekongkol dengan 'orang yang zalim' itu, Allah juga mempunyai rancangan-Nya.
Dan sudah tentulah perancangan Allah jauh lebih baik dari ciptaan-Nya.
Apa boleh buat saudara, kita terpaksa menunggu
sehingga ke hari pembalasan, yakni akhirat, bagi melunaskan semua yang kita
persangkakan. Takan kita semua mahu turut serta bersama mereka dalam menyokong
'orang yang zalim' itu. Mereka sendiri pun sebenarnya 'terpaksa' menyokongnya
demi survival politik sempit mereka. Ayuh rakyat Malaysia, berfikir dan
bertindaklah dalam Pilihanraya Umum nanti. Mari kita tegakkan kebenaran dan
keadilan buat semua. Kita tunjukkan bahwa rakyatlah yang paling berkuasa, dan
bukan mereka para pemimpin yang jahat itu.
Important link to the case: Murder of Shaariibuugiin Altantuyaa
Harus diberi perhatian serius bahwa Allah dan
Rasul-Nya telah acap kali mengingatkan dan memberi amaran kepada kita agar
berwaspada terhadap suatu zaman di mana pemimpin yang dusta itulah yang akan
'dipercayai' dan diberi kuasa. Ia sedang berlaku sekarang dan kita 'yang diberi
hidayah Allah' mudah membezakan antara penyokong yang melakukan kebaikan (amal
makruf) dengan mereka yang melakukan kebathilan (Mungkar)
Firman Allah surah Al Maa-idah (51): Hai
orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan
Nasrani (yakni orang yang suka berdusta) sebagai pemimpin-pemimpin (mu),
sebahagian mereka adalah pemimpin bagi sebahagian yang lain. Barangsiapa di
antara kamu mengambil mereka sebagai pemimpin, maka sesungguhnya orang itu
termasuk golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada
orang-orang yang zalim.
Hadis Rasulullah Saw pula menegaskan bahwa:
Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Akan datang di
kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan
berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan
membantu (mendukung/menyokong) tindakan mereka yang berbuat aniaya itu, maka ia
bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat
sampai datang ke telaga (yang ada di syurga)”.- Hadis Riwayat Tirmizi, Nasae’i
dan Hakim.
Sudah jelas bahwa Allah dan Rasul-Nya
melaknati orang-orang yang berdusta dan berbuat aniaya. Malah
penyokong-penyokong yang mendukung aspirasi pemimpin-pemimpin jahat itu juga
nantinya akan turut sama terpelosok di kancah neraka jahannam. Pasti akan ada
kelompok ini yang bertanya: "Bagaimana pula dengan ustaz-ustaz dan ulama
UMNO?. Apakah mereka ini turut bernasib malang dan terpaksa menghuni neraka
jahannam?".
Jawapan saya 'itu semua, keputusan ke mana
mereka akan dikembalikan kelak, kita serah bulat-bulat kepada Allah Azzawajalla
sahaja'. Bukan kita yang berhak menentukan ke mana kembalinya mereka nanti.
Namun, di sebalik penyerahan tawakal kepada Allah, kita harus faham bahwa
Rasulullah Saw diutus bagi menyempurnakan akhlak kita semua. Dalam sirah nabi
banyak sekali dipaparkan kisah-kisah bagaimana Rasulullah Saw bukan sahaja
bijak dalam ilmu agama, malah Baginda amat arif menilai akhlak orang-orang di
sekelilingnya. Baginda mengajar semua khalifah dan umat ketika itu bagaimana
dapat mereka mengenali samada orang itu berakhlak terpuji atau sebaliknya. Ini
bermakna, mereka para ustaz dan ulama bukan sahaja perlu menilai pemimpin dari
sudut agamanya sahaja, akhlak pemimpin itu turut menjadi faktor utama dalam
penilaian mereka sebelum seseorang pemimpin itu wajar disokong.
Seharusnya itulah yang menjadi panduan
ustaz-ustaz dan Ulama UMNO di dalam menentukan sokongan mereka. Menyokong
membabi buta akan menyebabkan mereka terdedah untuk menerima nasib yang sama
dengan kelompok ini kelak. Rasulullah Saw telah bersabda dalam banyak hadis
yang saya rangkumkan peringatannya, antara lainnya untuk mengenali akhlak
seseorang yang baik itu ada beberapa ciri utama:-
1. Pertama lihat suaminya samada dia bersolat
fardhu di masjid atau tidak?
2. Kemudian lihat isterinya, apakah dia
menutup aurat atau tidak?
3. Kemudian lihat pula anak-anak gadisnya,
apakah mereka menutup aurat atau tidak?
4. Lihat bagaimana mereka sekeluarga
berbelanja, apakah mereka boros atau tidak?
Walaupun banyak lagi ciri-ciri lain, solat
fardhu umpamanya, boleh dilakonkan watak itu dikhalayak ramai oleh seorang
munafik kerana kekerapan bersama dilihat menjadi faktor ia mudah dilakonkan.
Jadi, memadai melihat 4 ciri di atas yang ditekankan Rasulullah saw, yang saya
rasa amat sukar untuk dilakonkan kerana ia memerlukan seseorang itu istiqamah
dalam perilakunya itu. Itulah yang harus dinilai terlebih dahulu agar kita
dapat menetapkan kaedah menilai individu pemimpin berkenaan seterusnya.
Akhirkata, saya menyeru kepada semua rakyat
Malaysia, marilah kita 'share' amanat ini di kalangan fb'ians' dan teman kita
semua di luar sana, samada dengan mencetak dan mengedarkan amanat ini kepada
keluarga serta semua sahabat handai atau mencetak dan mengedarkan ia di
kampung-kampung, di mana maklumat ter'sekat' oleh pembangunan yang sengaja
di'tahan' ke sana oleh pemimpin-pemimpin tertentu.
Jika bukan saya serta pemimpin-pemimpin lain
dalam Pakatan Rakyat yang bangkit memperjuangkan nasib kita semua, andalah yang
terpaksa bangkit dan berjuang bersama demi kesejahteraan generasi anak-anak
kita yang akan datang. Ayuh! Marilah kita semua 'Gegakkan Gempita' kerana
semboyan telahpun berbunyi. Setiap dari kita rakyat Malaysia berkewajipan
mencanang semboyan ini kepada sekurang-kurangnya ahli keluarga terdekat.
Andaikata anda berkuasa melakukan lebih dari itu, saya dahului dengan ucapan
ribuan terima kasih yang tidak terhingga.
Berilah peluang kepada Pakatan Rakyat
menguasai Putrajaya pada PRU ke 13 nanti. Saya akan pastikan semua mereka yang
boros membelanjakan wang rakyat termasuk Rosmah Mansor yang sanggup membeli
sebutir cincin berlian berharga RM24juta di kala rakyatnya ada yang masih hidup
dalam kemiskinan dan ahli keluarga kepada Ketua Wanita UMNO Shahrizat Jalil
yang tergamak membelanja sampai RM250 juta wang dana Tabung Makanan kita dalam
skandal NFC di bawa ke muka pengadilan.
Janganlah 'terpedaya' atau 'diperbodohkan'
lagi hanya kerana 'sogokan' wang RM100, RM500 dan beberapa ratus lagi menjelang
pilihanraya yang akan di'saji'kan oleh pemimpin-pemimpin BN. Lihat angka yang
mereka 'baham'. angka yang diberikan kepada anda amatlah kecil berbanding
jumlah yang mereka ambil tanpa restu anda semua. Nasihat saya, anda ambillah
wang itu kerana wang itu memang milik rakyat dan bukan milik mereka, kemudian
undilah Pakatan Rakyat dalam PRU-13 nanti. Pakatan Rakyat akan pastikan
mereka-mereka yang bertanggungjawab atas setiap kesalahan mereka itu menerima
hukuman yang setimpal dengan kesalahan yang telah mereka lakukan kepada negara
dan rakyat Malaysia.
Bangkitlah wahai rakyat Malaysia!!!
Oleh : DS Anwar Ibrahim
-mzkesturi-
JUTAWAN MAYBANK2U BONGKAR RAHSIA AJAIB
SISTEM DUIT SENYAP DIRUMAH TERBONGKAR!
FORMULA LUAR BIASA JANA PENDAPATAN!
No comments:
Post a Comment