fuhh...kenyataan dari Ulama' terkenal
LEMBAH PANTAI 26 APRIL: Mursyidul AM PAS, Tuan Guru Nik Aziz Nik
Mat petang ini baharu sahaja melancarkan surat terbuka Sheikh Dr Yusuf Al
Qaradawi, tokoh Islam terkemuka yang kini Ketua Ijtihad Ulama Dunia.
Peluncuran warkah amanat itu disempurnakan pada majlis yang
diadakan di Surau Apartment Pantai Permai, Pantai Dalam, 3 petang tadi.
Program itu dianjurkan calon KEADILAN Parlimen Lembah
Pantai, Nurul Izzah Anwar yang turut hadir sama.
Di dalam surat tersebut, Yusuf Al Qaradawi menegaskan bahawa
Datuk Seri Anwar Ibrahim paling layak menerajui negara sebagai Perdana Menteri
Malaysia.
Berikut petikan kandungan surat Yusuf Al Qaradawi:
“Sesungguhnya saya sendiri perpandangan bahawa Anwar
Ibrahim, berdasarkan sejarah dan pengalamannya, kebijaksanaan dan
perjuangannya, kesabaran dan kecekalannya, sejak usia mudanya yang awal hingga
ke hari ini, juga kecintaan yang diperolehinya daripada orang yang baik-baik
dari kalangan rakyat Malaysia, dari kalangan Melayu dan Cina, maka dia
selayaknya berada pada pilihan yang paling atas untuk memegang jawatan ketua
kerajaan dan Perdana Menteri bagi memimpin Malaysia.
Beliau adalah orang yang paling layak menduduki kerusi
kepimpinan ini. Paling layak untuk melaksanakan tuntutan-tuntutan bernegara
pada marhalah yang cukup penting ini, bagi membangunkan Malaysia dan
memajukannya pada semua sudut. Inilah perkara yang kalian sudah sepakati
sepanjang masa yang lalu.”
Sebelum pelancaran itu,
Tuan Guru
Nik Aziz menunaikan solat Jumaat di Masjid
Putrajaya dan menerima sambutan yang amat memberangsangkan. Malam ini beliau
akan menyampaikan ceramah di Shah Alam.
(Kenyataan ini dikeluarkan parti KEADILAN)
sumber :KeadilanDaily
-mzkesturi-
SISTEM DUIT SENYAP DIRUMAH TERBONGKAR!
FORMULA LUAR BIASA JANA PENDAPATAN!
No comments:
Post a Comment