Monday, 13 August 2012

Ramadhan 1433H



Sedar tak sedar kita sudah dalam minggu terakhir Ramadan yang hanya datang setahun sekali.

Umat Islam seluruh dunia majoritinya menghabiskan masa untuk beribadat dengan harapan untuk memperolehi “ganjaran pahala besar” dari pencipta.

Akan tetapi, tidak ramai umat Islam yang mengambil iktibar daripada falsafah Ramadan bagi meneruskan kehidupan sepanjang tahun.

Di bulan Ramadan, pada waktu siang, katakanlah teman kita yang bukan Islam menawarkan makanan, kita akan menolak dan berkata, “maaf saya berpuasa hari ini.”

Teman yang menawarkan makanan tadi pasti memohon maaf kerana beliau lalai atau terlupa bahawa kita sedang berpuasa.

Situasi kedua, seorang pegawai kerajaan yang menguruskan bahagian tender pembersihan bagi sesuatu jabatan ditawarkan “wang sagu hati” kerana membantu sebuah syarikat mendapatkan perkerjaan tersebut.

Tidak pula pegawai kerajaan itu menolak atau berkata, “maaf saya tidak ambil rasuah kerana saya orang Islam.”


Kebanyakkan daripada mereka akan ambil wang tersebut kerana rasuah dalam masyarakat Islam pada hari ini tidak dianggap sebagai dosa bagi kebanyakkan orang.

Umat Islam hari ini terutamanya di Malaysia terlalu sibuk untuk mengintai dengan siapa si “A” tidur atau skodeng ditaman-taman bunga kalau-kalau ada pasangan bercinta sedang berdua-duaan.

Ini sebabnya mengapa kita lihat dunia Islam pada hari ini berada dalam kemunduran dan tidak menjadi pemain utama dunia dalam kebanyakkan bidang baik dari segi politik, ekonomi, kelilmuan dan macam-macam lagi.

    

Nilai yang diajarkan oleh Islam tidak diterapkan dalam pemerintahan negara seperti “good governance” atau pentadbiran baik.

“Good governance” diamalkan oleh kebanyakkan negara kafir di Eropah atau negara Asia Timur seperti Jepun dan Korea Selatan.

Di Korea Selatan, bekas presiden Roh Moo Hyun membunuh diri kerana dituduh rasuah.

Belumpun lagi dibuktikan bersalah beliau sudah mengambil tindakan sebegitu oleh kerana di negara Kafir seperti Korea selatan, rasuah itu adalah sesuatu yang jijik dan hina dan tidak boleh dimaafkan
.

Di negara-negara Islam, yang dituduh atau dibuktikan rasuah pergi umrah atau haji untuk “mencuci dosa” dan hidup seperti biasa selepas pulang oleh kerana masyarakat sekeliling menganggap mereka sudah diampunkan dosa.

Impian Ramadan saya pada tahun ini adalah agar umat Islam di Malaysia menghayati falsafah disebalik bulan mulia ini.

Jika kita boleh menahan lapar dan dahaga, sudah tentu kita boleh menahan diri daripada mengambil rasuah.

Jika pada waktu malam di bulan Ramadan umat Islam boleh memberi tumpuan untuk beribadat di masjid atau surau untuk solat Terawaih dan membaca Al-Quran, mengapa tidak selepas Ramadan umat Islam menuntut ilmu sebanyak mungkin yang akan memberi maanfat kepada semua.

Sebab itu saya sering tekankan terdapat perbezaan besar diantara Islam dan Arab. Jangan kita menyangka apabila mengenakan jubah Arab kita sudah Islam daripada yang lain.

Tanya kepada diri sendiri apakah kita mengamalkan nilai-nilai kemanusiaan yang diajarkan oleh Muhammad S.A.W?

Atau cukup sekadar berbangga kerana menganggap diri kita bersama kebenaran dan orang-orang lain semuanya berada dalam kesesatan?

Maaf, saya tidak berminat dengan apa yang dibawa oleh golongan yang mendakwa mereka adalah ulamak pewaris kepada Nabi pada hari ini.

Jika benar mereka membawa ajaran Muhammad, mengapa tidak golongan yang mendakwa mereka ulamak membebaskan masyarakat daripada penindasan?

Bukankah ayah kepada Fatimah Al-Zahra itu menghapuskan amalan perhambaan yang jelas sebagai satu penindasan daripada satu manusia kepada manusia lain?

Jika seseorang dianggap ulamak hanya kerana boleh berbahasa Arab dan menghafal ayat-ayat Quran tetapi dangkal pemikirannya dalam pelbagai perkara, tidak hairanlah mengapa dunia Islam pada hari ini berada di zaman gelap.

Dunia Islam pada hari ini sama seperti masyarakat Eropah dizaman gelap.


Akan menjadi cerah apabila, umat Islam merasa jijik dengan rasuah sepertimana masyarakat kafir di Korea Selatan.

Semoga impian Ramadan saya tercapai.- The Malaysian Insider.



-mzkesturi-

Apa itu Seksyen 114A..??

Assalamualaikum, entry aku kali ni pasal seksyen 114A..kali ni aq copy paste je...hahah..(ni untuk rujukan aku..)




Seksyen 114A: Undang-undang kandang lembu?
Kalau kita ini tuan kedai, dan kita tangkap seorang anak muda mencuri coklat, kemudian mahu didakwa anak muda itu di mahkamah; adalah menjadi tanggungjawab tuan kedai untuk membuktikan bahawa coklat yang yang dicuri itu miliknya, dan hak milik itu dirampas tanpa izinnya. Mudah begitu.


Kalau kita ini tuan kedai, dan ada anak muda lalu di depan kedai kita dengan memegang sekeping coklat yang kebetulan dijual di kedai kita, adalah tidak masuk akal untuk kita mengheretnya ke mahkamah dan menyuruh si anak muda itu untuk membuktikan bahawa coklat yang dipegangnya itu tidak dicuri dari kedai kita.

Ini undang-undang mudah. Arwah Tan Sri Harun Hashim, apabila disoal tentang apa itu undang-undang dalam fahamnya, beliau menjawab bahawa undang-undang itu ‘common sense‘. Bukan setakat ‘common sense‘ dalam erti kata sesuatu yang ‘masuk akal’, bahkan mencakupi apa yang dipanggil ‘kesepakatan umum’.
Undang-undang mesti masuk akal dan disepakati umum

Undang-undang dibentuk atas sesuatu yang disepakati umum. Kalau umum tidak sepakat, ia tidak jadi norma dan lantas tidak cukup haul untuk diangkat sebagai umum. Kenyataan ini masuk akal. Kalau pekerjaan mencuri itu disepakati umum sebagai satu kesalahan, maka salahlah mencuri itu.

Kalau pekerjaan pakai kasut di kepala itu disepakati sebagai salah, maka bolehlah dikanunkan dan dijadikan undang-undang. Itu konsep kesepakatan umum dalam memahami makna fungsi undang-undang.

Jadi dalam kesepakatan umum selama ini, seorang yang dituduh dengan sesuatu kesalahan adalah tidak bersalah sehingga benar-benar terbukti bahawa dia bersalah; bukan sebaliknya.

Konsep ini difahami pepatah undang-undang, Ei incumbit probatio qui dicit, non qui negat; cum per rerum naturam factum negantis probatio nulla sit – yang mafhumnya ialah beban bukti letaknya pada yang mendakwa, bukan pada yang dituduh atau menafi, kerana memang fitrahnya, yang menafikan dakwaan selalunya payah untuk membawakan bukti.

Jika sebaliknya, maka memang terbaliklah sistem manusia ini. Bayangkan, siapa sahaja boleh ditangkap polis, untuk apa sahaja kesalahan sehingga dia boleh buktikan yang dia tidak bersalah.

Sistem yang begitu pastilah tidak adil, bukan?

Namun malang bagi kita yang mendiam di negara Malaysia yang diterajui United Malays National Organisation ini, pihak pemerintah sedang cuba berfikir dan bertindak secara tidak adil. Ini sebenarnya amat mudah bagi mereka, kerana memang sudah menjadi kelaziman bagi pemerintah untuk berlaku zalim.

Lihat sahaja undang-undang jahat seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dahulu yang membenarkan sesiapa sahaja ditangkap dan dipenjara tanpa perlu dibicarakan.

Jadi pemerintah yang nakal ini beberapa bulan lalu telah membuat sebuah pindaan kepada Akta Keterangan 1950 yang membuatkan dunia kita semua bakal terbalik. Pindaan tersebut dikenali sebagai Seksyen 114A.

Apa itu Seksyen 114A?

Seksyen 114A adalah satu daripada dua pindaan terhadap Akta Keterangan yang dibentangkan di parlimen April lalu dan telah digazetkan pada 31 Julai 2012. Tujuan seksyen ini dipinda katanya adalah khas untuk bertindak terhadap bahan-bahan ‘berbahaya’ di internet. Pindaan tersebut memudahkan pihak berkuasa mendakwa mana-mana pihak yang menyiarkan sesuatu yang memfitnah atau menghasut di internet.

Pindaan terbaru ini meletakkan kebertanggungjawaban kepada pemilik atau penyelaras blog, forum yang membolehkan orang lain menyiarkan komen; pembekal internet dan pembekal webhosting serta mereka yang memiliki komputer atau alat untuk menyiarkan bahan secara online.

Sebagai contoh sekiranya ada apa-apa kenyataan fitnah yang boleh dijejak kembali kepada kata laluan anda, atau alat elektronik anda, bahkan rangkaian internet rumah anda; Seksyen 114A memberi tanggapan bahawa anda bersalah sehingga anda dapat membuktikan sebaliknya. Ini bersalahan dengan tanggapan tidak bersalah sehingga terbukti bersalah seperti yang menjadi amalan kehakiman selama ini di seluruh dunia.

Justeru pindaan gila ini secara tidak adil memindahkan beban bukti kepada pengguna internet yang mungkin didakwa secara salah, untuk sebarang kenyataan fitnah atau menghasut yang terbit daripada rangkaian internetnya. Malah pentadbir forum-forum juga boleh dikenakan tindakan untuk kenyataan-kenyataan yang diterbitkan di laman forum mereka.

Apa yang lebih buruk ialah seandainya rangkaian internet seseorang digodam dan digunakan untuk menyiarkan bahan-bahan tersebut.

Inilah yang bakal berlaku…

Bayangkan seorang nenek yang sendirian di rumah, hanya guna internet untuk buka YouTube buat belajar memasak atau mengait; tiba-tiba sahaja pintu rumahnya diketuk polis. Mengapa? Kerana ada kenyataan yang menghasut diterbitkan dari rangkaian WiFi rumahnya yang digodam orang.

Jadi pindaan sebegini ini adalah gila dan tidak masuk akal. Undang-undang begini adalah undang-undang bobrok dan zalim yang mengekang kebebasan bersuara rakyat jelata.

Pemerintah yang mengekang kebebasan rakyat bersuara dan mengkritik ini adalah pemerintah yang selayaknya dihumbankan ke jurang paling dalam apabila selesai sahaja Pilihanraya Umum akan datang.

Kesannya nanti, orang akan takut untuk bersuara dan tidak lagi berani mengkritik. Malah blog-blog juga akan terpaksa menapis komen-komen dengan lebih tegas. Apa dia garis pemisah antara fitnah, hasut dengan ayat-ayat kritikan dan penegasan untuk mencabar pemerintah yang menzalimi rakyatnya? Ini semua hanya berhak ditafsirkan oleh pemerintah sendiri.

Maka akan takutlah sekalian hamba rakyat untuk mempersoal tindakan pemerintah. Akan tutuplah WiFi percuma di tempat-tempat lepak awam, risau rangkaian internetnya nanti digunakan untuk menulis ayat-ayat bahaya yang menggugat pemerintah. Di mana lagi kami semua nak lepak minum the tarik nanti kalau sudah tak ada WiFi percuma?

Bukan sahaja media massa dikawalnya, internet juga mahu dikawalnya. Ini pemerintah jenis apa ini?

Tetapi apabila pecacainya sendiri menyiarkan fitnah dan tohmah, kebal pula mereka itu daripada tindakan undang-undang. Lihat sahaja bagaimana mereka menggerakkan tentera siber dan media sosialnya untuk memfitnah dan menyebar berita palsu secara berleluasa, dan tidak pula memberi ruang untuk diskusi dan jawapan balas.

Ini halal pula? Tidak pula dihukum kafir harbi? Undang-undang tidak menyalahkan mereka? Ini undang-undang apa? Undang-undang kandang lembu? Mungkin lembu lebih mulia daripada segelintir manusia kemaruk kuasa yang berhati busuk serta zalim kerana sanggup mengongkong rakyat sendiri.
harap-harap blog aku xkena...hahah..oleh yang demikian 14/08/2012 merupakan "internet blackout day"

sumber: http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/12482-seksyen-114a-undang-undang-kandang-lembu

-mzkesturi-

Sunday, 12 August 2012

Pantun Hari Raya 2012

 Assalamualaikum , entry aku kali ni…pasal pantun untuk hari raya..pantun ni aku reka sendiri takde ciplak-ciplak…hahah.. 




Ni pendapat aku "INGAT HARI RAYA EIDULFITRI ALLAH KURNIAKAN MERUPAKAN KEMENAGANAN UMAT ISLAM DI ATAS JIHAD YANG BERPUASA, AGAR KITA MERASAI KESUSAHAN, PENDERITAAN SAUDARA KITA YANG SUSAH.. OLEH ITU, SIAPA YANG TAK BERPUASA PENUH BILA MENCAPAI AKHIL BALIGH TANPA SEBARANG KEUZURAN, JANGAN ANGGAP INI SUATU KEMENANGAN"




Salam Eidulfitri dari pelajar, 
Kepada semua para pengajar,
Saya Zulaffandi baru belajar,
Salah silap adat belajar.



Assalamualaikum sebagai pra-ucapan,
Dari saya Zulaffandi sebagai perwakilan,
Salam Eidulfitri tanda ingatan,
Salah silap harap dimaafkan.

 

Hari raya hari gembira,
Jangan pula rasa duka,
Jimat cermat amalan mulia,
Semoga pahala dikurnia kita.



Hari raya hari gembira,
Jangan pula rasa duka,
Jimat cermat amalan mulia,
Semoga kita dapat pahala.



Anak pak jenin suka melompat,
Ingin melompat sampai bertingkat,
Nak bagi kad tak tahu alamat,
Mesej Salam Eidulfitri ok what.



Pak najib kantoi scorpin,
Amalannya asyik nak spin,
Ajak berdebat takut nak in,
Itu ke prime ministrin,
E eh bukan ke rosmah kantoi cincin.

-mzkesturi-

Thursday, 2 August 2012

STRAW - Demo ni ore tino

layan gak aku dengar lagu ni



Demo ni ore tino, kawe ore jate
Demo kato suko panggil kawe abe
Demo ni ore tino, kawe ore jate
Kawe ingat sokmo ingat adik saye..

Bakpo gak weh
Kito gi tembo
Demo royak kasih ko ambo
Kawe ni gak weh tok tentu aroh
Mace dok cayo bule ceroh..
Kawe ni gak weh kelabu mato
Sapa hok kuning ingak ko meroh..

Berange kawe dok berange
Tido jenero make kenye
Dok sedar kasih hile
Tengoh jale..

Jahane habih jahane
Tane padi tumbuh lale
Demo hok ambo saye
Nyo ambik ko ore..

Bakpo gak weh..

Demo ni ore tino tokleh ambo harap
Mulut kato suko lari lesap perap
Demo ni ore tino
Kawe ore jate
Demo tak dok guno kawe tinggal sore..

Bakpo gak weh
Kito gi tembo
Demo royak kasih ko ambo
Kawe ni gak weh tok tentu aroh
Mace dok cayo bule ceroh
Kawe ni gak weh kelabu mato
Sapa hok kuning ingak ko meroh..

Berange kawe berange
Tido jenero make kenye
Dok sedar kasih hile
Tengoh jale..

Jahane habih jahane
Tane padi tumbuh lale
Demo hok ambo saye
Nyo ambik ko ore..

Bakpo gak weh
Demo ni ore tino
Kawe ore jate
Demo kato suko panggil kawe abe
Demo ni ore tino kawe ore jate
Demo tak dok guno kawe tinggal sore..

Monday, 25 June 2012

Jawapan kepada tajuk 10 jenis pengguna facebook

Assalamualaikum, korang pernah bacakan pasal 10 jenis pengguna facebook..aku sebenarnya dah lama nak post Jawapan kepada tajuk 10 jenis pengguna facebook..tapi xberkesempatan..haha..apa² pun selamat membaca dan mengamalkanya kerana "SETIAP YANG DIPEROLEHI JIKA TIDAK DISAMPAIKAN @ TIDAK DIKONGSIKAN SEPERTI POHON YANG TIDAK BERBUAH"



1. MODEL
Tukar gambar setiap hari
JWP: setiap orang yang mempunyai normal mesti mempunyai naluri untuk melakukan sesuatu yang baru. 

"oit..xpe r gambar aku kot..ble aku rasa patut tukar aku tukar lah..kan kita negara demokrasi...SIBUK JE..please minr your own business"


2. PENJENAYAH
Tukar nama setiap hari…

JWP: ni jenis aku tak tahu nak explain..mungkin dia xsuka nama @ tidak ingin dikenali...hahah
"aku rasa nama aku tu ada huruf tertinggal la..", "ye r kalau xtukar takut orang xkenal aku pulak", "ye r kalau xtukar takut orang kenal aku pulak..hehe.." 

  


3. OVER ACTING @ PERASAN BAGUS
Namanya menggunakan simbol² sehingga menyusahkan kwn² nak cari terutamanya ketika kecemasan (Contoh – 71M@T -> Jimat)
JWP: ni aku rasa aku respect sebab dia menarik perhatian member² untuk baca..dan membolehkan otak pengguna lain berfungsi dengan baik..
"aku minat dengan nombor jadi aku rasa patut bagi member² aku tahu jugak..aku nak mengajak diorang berimiginasi" "jangan sesekali bagi otakmu lembab sentiasa" 


4. WARTAWAN
suka menyebarkan pesanan, walaupun tak penting !
JWP: jenis ni pun aku suka..nanti ko boleh jawab.."wei suka hati aku la..ko ingat semua wartawan tu bagi pesanan betul ke..!!" lagi satu "kan amru ma'ruf nahi mungkar tu di tuntut dalam islam"



5. PENGGANAS
Suka menyebarkan link yang menakutkan (contoh : sila sebarkan pesanan ini jika tidak anda akan ditimpa kesusahan @ bencana etc)
JWP: jenis ni aku rasa sekarang xwujud dah
 


6. BINTANG FILEM
Suka update status setiap 5 minit

JWP: "wei pelakon pun manusia jugak..ape salah aku nak jadi bintang filem..!! kan sekarang bing filem asyik BERGADUH je...sikit² nak saman,saman,saman...bodoh..!! nak selesaikan cuba kita guna kaedah "KEMBALI KEPADA ISLAM" insya'allah selesai..




7. BINGUNG
Tidak dapat membezakan ruang untuk wall post atau status -.-’
JWP: "wei biarlah account facebook aku suka hati lah nak buat apa..account ko sikit pon aku xkacau"




8. PERASAN HEBAT
Selalu melaporkan dimana lokasi semasa setiap masa ! Contoh ( otw ke Mydin Mall ) kemudian ( di Mydin Mall shopping jap ) kemudian ( karaoke di Mydin Mall ) bla..bla..bla.. Semuanya berlaku dlm 1 jam. So annoying okayy ==”
JWP: "hoi...aku nak bagi jealous kat member yang xikot lah..lagi satu kalau diorang minat boleh join sekali mana tahu dekat² je tempat member aku..ko tahu ape..??  
 




9. BUDAK HINGUSAN
Selalu menampilkan gambar dgn gaya aksi ! (contohnya amek gmbr dgn mulut terbuka luas, tak takut ke lalat masuk dlm mulut ?
JWP: haha..ni aku pon xtahu nak explain apa.."biarla facebook aku ko sibuk apasal..??!! kubur lain²"
memangla kubur lain² tapi jangan salahkan aku kat PADANG MAHSYAR cakap aku xtegur..
"biarla aku tahula aku ni comel, handsome, kacak, bergaya lagi menawan..ko hade..??!!!"



 
10. SHOWOFF
Nak makan pun siap ambil gambar dulu dan dibuat pic profile.
JWP: "hoiii biarla aku nak buat kenangan lagi 1 aku nak tolong ingatkan supaya makan itu keperluan"

lepas ni kalau ada blog yang post benda macam ni korang copy paste apa yang aku tulis..haha


-mzkesturi-